Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    ALP Labur RM500 Juta Bina Hub Rantai Sejuk Pintar, OMEGA 2 di Shah Alam

    May 17, 2026

    DPDDM Berdiri Teguh Di Belakang Sultan Selangor, Sokong Larangan Penternakan Babi

    May 14, 2026

    All Star Influencers Award (ASIA) 2026 Himpun Lebih 100 Influencer dari 20 Negara

    May 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • ALP Labur RM500 Juta Bina Hub Rantai Sejuk Pintar, OMEGA 2 di Shah Alam
    • DPDDM Berdiri Teguh Di Belakang Sultan Selangor, Sokong Larangan Penternakan Babi
    • All Star Influencers Award (ASIA) 2026 Himpun Lebih 100 Influencer dari 20 Negara
    • YAR sumbang kerusi roda untuk kegunaan HTSMTI Kulai
    • Nama Ibu Jadi Inspirasi, Salamah Gold & Jewellery Buka Cawangan Ketiga di Galaxy Ampang Mall
    • POP MART Bawa Watak CRYBABY ke Sunway Pyramid, Pertama di Asia Tenggara
    • KLIBW Anjur The Beauty & Fragrance House 2026, himpun produk kecantikan & wangian tempatan
    • Jubin Nautiyal Kembali ‘Pukau’ Peminat Malaysia Dengan Konsert Maraton 3 Jam Malam Ini!
    Sunday, May 17
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      KLIBW Anjur The Beauty & Fragrance House 2026, himpun produk kecantikan & wangian tempatan

      May 9, 2026

      Jubin Nautiyal Kembali ‘Pukau’ Peminat Malaysia Dengan Konsert Maraton 3 Jam Malam Ini!

      May 9, 2026

      Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

      May 4, 2026

      Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

      April 28, 2026

      DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

      April 28, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Bukan Sekadar Kereta Kompak! Ini Sebab Kenapa Toyota Yaris G Jadi Pilihan Paling ‘Stailo’ Untuk Anak Muda

      April 8, 2026

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » ALP Labur RM500 Juta Bina Hub Rantai Sejuk Pintar, OMEGA 2 di Shah Alam
    BIZ

    ALP Labur RM500 Juta Bina Hub Rantai Sejuk Pintar, OMEGA 2 di Shah Alam

    OMEGA 2 Shah Alam - Kemudahan rantai sejuk AS/RS berbilang tingkat pertama binaan pemaju di Malaysia – menyokong permintaan negara yang semakin meningkat untuk infrastruktur logistik cekap tenaga dan berpacukan teknologi
    Team KLHypeBy Team KLHypeMay 17, 2026No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR, 16 Mei 2026 – Pemaju dan pengendali infrastruktur logistik pintar terkemuka dari Taiwan, Ally Logistic Property (ALP), mengumumkan pelaburan berjumlah RM500 juta (AS$127 juta) bagi membangunkan OMEGA 2 Shah Alam, sebuah kemudahan rantai sejuk pintar binaan khas di Selangor.

    Projek seluas sembilan ekar yang terletak di selatan Shah Alam itu merupakan kemudahan rantai sejuk Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Automatik (AS/RS) berbilang tingkat pertama seumpamanya di Malaysia yang dibina oleh pemaju, dan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun 2028.

    Langkah strategik ini diambil bagi memenuhi permintaan pasaran domestik yang semakin meningkat terhadap infrastruktur logistik cekap tenaga dan berpacukan teknologi, khususnya bagi industri sensitif suhu.

    Infrastruktur Logistik Pelbagai Suhu

    Pengarah Urusan Ally Logistic Property Malaysia, Bryan Yeo, berkata logistik rantai sejuk kini memegang peranan yang semakin kritikal merentasi pelbagai sektor utama negara seperti pengedaran makanan, farmaseutikal, peruncitan, dan e-dagang.

    Bagaimanapun, beliau melihat pasaran infrastruktur rantai sejuk tempatan masih belum diteroka sepenuhnya daripada aspek automasi, kebolehskalaan, serta kecekapan tenaga.

    “OMEGA 2 Shah Alam direka khusus untuk merapatkan jurang pasaran ini melalui penyelesaian rantai sejuk yang lebih pintar dan mampan.

    “Selain memacu kecekapan operasi, kami percaya infrastruktur logistik termaju ini mampu menyokong aspirasi meluas Malaysia untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpacukan teknologi, di samping menyokong matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tataurusa (ESG) serta peralihan tenaga negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Kemudahan berkapasiti tinggi itu menawarkan ruang binaan kira-kira 577,000 kaki persegi dengan keupayaan menampung lebih 30,000 kedudukan palet dalam sistem AS/RS miliknya.

    Pengarah Urusan Ally Logistic Property Malaysia, Bryan Yeo.

    Beroperasi berasaskan model pelbagai penyewa, hub logistik pelbagai suhu ini akan menyepadukan zon penyimpanan ambien, berhawa dingin, sejuk, dan beku dalam satu ekosistem infrastruktur bersama. Pendekatan ini sekali gus dapat mengurangkan pertindihan aset logistik dan meminimumkan keseluruhan penggunaan tenaga rantaian bekalan.

    Sokong Agenda NETR, NIMP 2030 dan RMKe-13

    Pembangunan OMEGA 2 Shah Alam turut dirangka berteraskan prinsip kemampanan menerusi pengurusan tenaga pintar bagi mengoptimumkan penggunaan sumber berbanding kemudahan konvensional.

    Inisiatif ini dilihat selaras dengan acuan dasar kerajaan termasuklah Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang menekankan pertumbuhan industri mampan dan pengadunan teknologi tinggi.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, menyifatkan projek pelaburan ini sebagai sumbangan bermakna kepada transformasi industri negara.

    “Sebagai kemudahan rantai sejuk AS/RS berbilang tingkat pertama binaan pemaju di Malaysia, OMEGA 2 Shah Alam mencerminkan profil pelaburan bernilai tinggi dan berteraskan teknologi yang dihasratkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) dan NIMP 2030.

    “Inisiatif ini secara langsung memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau yang kompetitif bagi pelaburan logistik termaju,” ujar beliau.

    Senada dengan pandangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari, menegaskan komitmen negeri itu dalam memfasilitasi pelaburan strategik sedemikian demi merealisasikan visi Selangor sebagai paksi utama industri bernilai tinggi sedia masa hadapan.

    ALP Featured Featured Slider OMEGA 2 Rantai Sejuk Pintar teknologi
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDPDDM Berdiri Teguh Di Belakang Sultan Selangor, Sokong Larangan Penternakan Babi
    Team KLHype

    Related Posts

    DPDDM Berdiri Teguh Di Belakang Sultan Selangor, Sokong Larangan Penternakan Babi

    May 14, 2026

    All Star Influencers Award (ASIA) 2026 Himpun Lebih 100 Influencer dari 20 Negara

    May 14, 2026

    YAR sumbang kerusi roda untuk kegunaan HTSMTI Kulai

    May 12, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    ALP Labur RM500 Juta Bina Hub Rantai Sejuk Pintar, OMEGA 2 di Shah Alam

    By Team KLHypeMay 17, 2026

    KUALA LUMPUR, 16 Mei 2026 – Pemaju dan pengendali infrastruktur logistik pintar terkemuka dari Taiwan,…

    DPDDM Berdiri Teguh Di Belakang Sultan Selangor, Sokong Larangan Penternakan Babi

    All Star Influencers Award (ASIA) 2026 Himpun Lebih 100 Influencer dari 20 Negara

    YAR sumbang kerusi roda untuk kegunaan HTSMTI Kulai

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    ALP Labur RM500 Juta Bina Hub Rantai Sejuk Pintar, OMEGA 2 di Shah Alam

    May 17, 20263K

    DPDDM Berdiri Teguh Di Belakang Sultan Selangor, Sokong Larangan Penternakan Babi

    May 14, 20263K

    All Star Influencers Award (ASIA) 2026 Himpun Lebih 100 Influencer dari 20 Negara

    May 14, 20262K

    YAR sumbang kerusi roda untuk kegunaan HTSMTI Kulai

    May 12, 20262K

    Nama Ibu Jadi Inspirasi, Salamah Gold & Jewellery Buka Cawangan Ketiga di Galaxy Ampang Mall

    May 10, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    ALP Labur RM500 Juta Bina Hub Rantai Sejuk Pintar, OMEGA 2 di Shah Alam

    May 17, 2026

    DPDDM Berdiri Teguh Di Belakang Sultan Selangor, Sokong Larangan Penternakan Babi

    May 14, 2026

    All Star Influencers Award (ASIA) 2026 Himpun Lebih 100 Influencer dari 20 Negara

    May 14, 2026

    YAR sumbang kerusi roda untuk kegunaan HTSMTI Kulai

    May 12, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.