Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 2026

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 2026

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’
    • SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030
    • KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC
    • STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur
    • MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung
    • Kenaikan Cukai Tanah 13 Kali Ganda: Berjaya Hills Resort Bantah Tindakan Penguatkuasaan Kerajaan Pahang
    • Peraduan Yeo’s To Japan: Menangi Tiket Penerbangan ke Jepun Sempena Pelancaran Teriyaki Tuna Pertama di Malaysia
    • SURE-i Rai Ulang Tahun Ke-12 Dengan Pengiktirafan Asia Record, Pelopor Ekosistem Kesihatan Pencegahan Bersepadu
    Tuesday, October 13
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

      October 8, 2026

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026

      Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO

      September 27, 2026

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026

      SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul

      September 25, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » ALP Labur RM500 Juta Bina Hub Rantai Sejuk Pintar, OMEGA 2 di Shah Alam
    BIZ

    ALP Labur RM500 Juta Bina Hub Rantai Sejuk Pintar, OMEGA 2 di Shah Alam

    OMEGA 2 Shah Alam - Kemudahan rantai sejuk AS/RS berbilang tingkat pertama binaan pemaju di Malaysia – menyokong permintaan negara yang semakin meningkat untuk infrastruktur logistik cekap tenaga dan berpacukan teknologi
    Team KLHypeBy Team KLHypeMay 17, 2026No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR, 16 Mei 2026 – Pemaju dan pengendali infrastruktur logistik pintar terkemuka dari Taiwan, Ally Logistic Property (ALP), mengumumkan pelaburan berjumlah RM500 juta (AS$127 juta) bagi membangunkan OMEGA 2 Shah Alam, sebuah kemudahan rantai sejuk pintar binaan khas di Selangor.

    Projek seluas sembilan ekar yang terletak di selatan Shah Alam itu merupakan kemudahan rantai sejuk Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Automatik (AS/RS) berbilang tingkat pertama seumpamanya di Malaysia yang dibina oleh pemaju, dan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun 2028.

    Langkah strategik ini diambil bagi memenuhi permintaan pasaran domestik yang semakin meningkat terhadap infrastruktur logistik cekap tenaga dan berpacukan teknologi, khususnya bagi industri sensitif suhu.

    Infrastruktur Logistik Pelbagai Suhu

    Pengarah Urusan Ally Logistic Property Malaysia, Bryan Yeo, berkata logistik rantai sejuk kini memegang peranan yang semakin kritikal merentasi pelbagai sektor utama negara seperti pengedaran makanan, farmaseutikal, peruncitan, dan e-dagang.

    Bagaimanapun, beliau melihat pasaran infrastruktur rantai sejuk tempatan masih belum diteroka sepenuhnya daripada aspek automasi, kebolehskalaan, serta kecekapan tenaga.

    “OMEGA 2 Shah Alam direka khusus untuk merapatkan jurang pasaran ini melalui penyelesaian rantai sejuk yang lebih pintar dan mampan.

    “Selain memacu kecekapan operasi, kami percaya infrastruktur logistik termaju ini mampu menyokong aspirasi meluas Malaysia untuk beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpacukan teknologi, di samping menyokong matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tataurusa (ESG) serta peralihan tenaga negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Kemudahan berkapasiti tinggi itu menawarkan ruang binaan kira-kira 577,000 kaki persegi dengan keupayaan menampung lebih 30,000 kedudukan palet dalam sistem AS/RS miliknya.

    Pengarah Urusan Ally Logistic Property Malaysia, Bryan Yeo.

    Beroperasi berasaskan model pelbagai penyewa, hub logistik pelbagai suhu ini akan menyepadukan zon penyimpanan ambien, berhawa dingin, sejuk, dan beku dalam satu ekosistem infrastruktur bersama. Pendekatan ini sekali gus dapat mengurangkan pertindihan aset logistik dan meminimumkan keseluruhan penggunaan tenaga rantaian bekalan.

    Sokong Agenda NETR, NIMP 2030 dan RMKe-13

    Pembangunan OMEGA 2 Shah Alam turut dirangka berteraskan prinsip kemampanan menerusi pengurusan tenaga pintar bagi mengoptimumkan penggunaan sumber berbanding kemudahan konvensional.

    Inisiatif ini dilihat selaras dengan acuan dasar kerajaan termasuklah Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang menekankan pertumbuhan industri mampan dan pengadunan teknologi tinggi.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, menyifatkan projek pelaburan ini sebagai sumbangan bermakna kepada transformasi industri negara.

    “Sebagai kemudahan rantai sejuk AS/RS berbilang tingkat pertama binaan pemaju di Malaysia, OMEGA 2 Shah Alam mencerminkan profil pelaburan bernilai tinggi dan berteraskan teknologi yang dihasratkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) dan NIMP 2030.

    “Inisiatif ini secara langsung memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau yang kompetitif bagi pelaburan logistik termaju,” ujar beliau.

    Senada dengan pandangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari, menegaskan komitmen negeri itu dalam memfasilitasi pelaburan strategik sedemikian demi merealisasikan visi Selangor sebagai paksi utama industri bernilai tinggi sedia masa hadapan.

    ALP Featured Featured Slider OMEGA 2 Rantai Sejuk Pintar teknologi
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDPDDM Berdiri Teguh Di Belakang Sultan Selangor, Sokong Larangan Penternakan Babi
    Next Article AURUM GOLD Cetus Fenomena Baharu, Perkenal Ekosistem Emas Moden Bertaraf Global
    Team KLHype

    Related Posts

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 2026

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 2026

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    By Team KLHypeOctober 10, 2026

    SUBANG JAYA, 10 Oktober – Hub perindustrian bersepadu generasi baharu EcoWorld di Malaysia Vision Valley…

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 20266K

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 20263K

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 20263K

    STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur

    October 8, 20266K

    MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

    October 8, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 2026

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 2026

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 2026

    STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur

    October 8, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.