Semangat patriotisme dan perpaduan rakyat Malaysia bakal dirai dalam suasana penuh warna-warni menerusi penganjuran Blooming Merdeka Festival di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) bermula 15 Ogos hingga 20 September 2026.
Kempen selama sebulan ini diinspirasi daripada kekayaan warisan flora tempatan sebagai simbolik pertumbuhan serta kebersamaan. Selain hiasan bunga-bungaan menarik dan kibaran Jalur Gemilang, pelbagai ruang bergambar bertema turut disediakan bagi mengabadikan detik indah sepanjang sambutan Hari Kebangsaan.
Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn. Bhd., TJ Cheah, berkata pusat beli-belah tersebut berhasrat menjadi ruang perhimpunan yang menyatukan masyarakat tempatan dan pelawat antarabangsa.

“Di MOP KLIA, kami percaya bahawa pengalaman membeli-belah bukan sekadar tentang membeli-belah, tetapi ia juga menjadi ruang untuk menyatukan masyarakat dan meraikan detik-detik bermakna bersama. Kami turut berbangga dapat menyokong inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026 serta mengetengahkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang dinamik,” katanya.
Ganjaran & cabutan bertuah menanti pengunjung


Sepanjang festival berlangsung, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai ganjaran eksklusif berdasarkan jumlah perbelanjaan harian:
- Pulangan Tunai & Baucar Khas: Belanja minimum RM400 untuk menerima pulangan tunai sehingga RM50. Hadiah baucar tunai RM50 turut ditawarkan kepada 100 pembeli pertama yang lahir pada bulan Ogos dengan perbelanjaan RM500 (maksimum 2 resit).
- Cenderamata Eksklusif: Lengkapkan Blooming Festival Trail untuk menebus set coaster eksklusif. Perbelanjaan RM750 (maksimum 2 resit) melayakkan pembeli menebus Blind Box dan menyertai Cabutan Bertuah Bloom & Roll.
- Hadiah Utama Cabutan Bertuah: Pembeli yang berbelanja RM1,000 ke atas (maksimum 2 resit) berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti:
- Kerusi Urut Gintell B-Bravo 1 (bernilai RM5,988)
- Kusyen Urut Mickey Mouse & Alat Urut Kaki Gintell (bernilai RM2,486)
- Jam Tangan Hummer Chronograph Unisex (bernilai RM1,088)
Orang ramai dijemput hadir membawa keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan sambutan. Maklumat lanjut mengenai jadual aktiviti boleh didapati menerusi laman web rasmi www.mitsui-shoppingpark.com.my/MOPKLIA atau laman Facebook rasmi @MOPKLIA.


