Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menggalakkan dialog terbuka dan memperkukuh hubungan bermakna bersama komuniti media, IHH Healthcare Malaysia menghimpunkan rakan media serta pasukan daripada hospital-hospital IHH di Kuala Lumpur menerusi program “Strike in Motion” Media Bowling Engagement 2026.
Program ini menghimpunkan kira-kira 70 peserta yang terdiri daripada wakil enam hospital IHH di Kuala Lumpur iaitu Prince Court Medical Centre, Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Pantai Hospital Cheras, Pantai Hospital Ampang dan Pantai Hospital Klang, bersama kumpulan IHH Healthcare Malaysia serta wakil media.
Walaupun aktiviti boling menyediakan suasana santai untuk acara pada sebelah petang, program ini memberi tumpuan kepada usaha mengeratkan kembali hubungan dengan rakan media sedia ada, membina hubungan baharu serta membuka ruang untuk perbualan yang lebih bermakna di luar interaksi media harian.

Khairul Annuar Yusof, Ketua Pemasaran dan Komunikasi, IHH Healthcare Malaysia, berkata hubungan yang kukuh bersama media dibina melalui penglibatan yang konsisten dan bersifat dua hala.
“Media memainkan peranan penting dalam menghubungkan organisasi dengan komuniti yang kami berkhidmat. Bagi kami, hubungan yang kukuh bersama media bukan sekadar melalui siaran media dan interaksi harian. Ia dibina dengan meluangkan masa untuk mendengar, memahami perspektif yang berbeza serta mengadakan perbualan secara terbuka. Strike in Motion memberi peluang kepada kami untuk berbuat demikian dalam suasana yang lebih santai.”
Program ini juga membuka ruang untuk kami mendengar sendiri pandangan rakan media tentang bagaimana industri ini terus berkembang, termasuk perubahan dalam cara audiens mendapatkan maklumat, kemunculan platform baharu serta pendekatan penceritaan yang semakin dinamik.

“Cara masyarakat mendapatkan maklumat hari ini jauh berbeza berbanding beberapa tahun lalu dan perubahan itu akan terus berlaku. Sebagai organisasi yang sentiasa berhubung dengan pelbagai pihak berkepentingan, kami perlu memahami bagaimana audiens berfikir, apa yang mereka perlukan dan bagaimana mereka mahu menerima maklumat. Sebab itu, pandangan daripada rakan media amat berharga kerana ia membantu kami melihat perubahan ini dari perspektif yang lebih dekat dan memastikan komunikasi kami terus relevan, berkesan serta memberi nilai kepada audiens yang kami sasar,” kata Khairul.
“Dunia komunikasi sentiasa berubah. Hari ini, orang ramai mempunyai lebih banyak pilihan platform dan cara untuk mendapatkan maklumat. Sebab itu kami amat menghargai peluang untuk berdialog dengan rakan media. Perkongsian mereka memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang perubahan dalam tingkah laku audiens dan membantu kami menyesuaikan cara kami berkomunikasi supaya mesej yang disampaikan lebih relevan, mudah difahami dan memberi impak kepada masyarakat yang ingin kami capai,” kata Khairul.
Program pada sebelah petang itu turut merangkumi saringan kesihatan percuma serta aktiviti kesejahteraan yang disediakan oleh hospital-hospital IHH di sekitar Kuala Lumpur yang mengambil bahagian, sekali gus menerapkan elemen kesihatan dan kesejahteraan dalam program tersebut.

Strike in Motion merupakan sebahagian daripada usaha berterusan IHH Healthcare Malaysia untuk terus berhubung dengan komuniti media serta memahami perkembangan dan perubahan landskap media.


