Masalah jerawat, pigmentasi, liang pori terbuka, tekstur kulit tidak sekata serta tanda-tanda awal penuaan merupakan antara isu kesihatan kulit yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia hari ini.
Faktor cuaca panas dan lembap di Malaysia, pendedahan berterusan kepada cahaya matahari, tekanan gaya hidup serta pencemaran alam sekitar menyebabkan ramai individu berdepan isu kulit berpanjangan yang sukar diatasi menerusi penggunaan produk penjagaan kulit (skincare) luaran semata-mata.
Kajian serantau melibat pesakit di Asia yang mendapatkan rawatan dermatologi mendapati bahawa 58.2 peratus mengalami hiperpigmentasi pasca-keradangan (PIH) akibat jerawat.
Ini membuktikan bahawa masalah cela dan parut kekal memberi kesan kepada pengguna walaupun masalah jerawat aktif telah memulih.
Kesedaran ini memacu perubahan trend di Malaysia, di mana pengguna kini lebih mengutamakan kualiti kulit secara keseluruhan. Pasaran dermatologi estetik tempatan yang bernilai sekitar USD175.65 juta pada 2024 dipunjun berkembang pesat menerusi segmen rejuvenasi kulit pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 19.52 peratus antara 2025 dan 2032.
Daripada penyelesaian luaran ke rawatan bersasar
Pengarah Perubatan Premier Clinic, Dr. Kee Yong Seng menjelaskan bahawa pengguna hari ini semakin bijak dan kerap mencari jalan penyelesaian yang menyokong kesihatan kulit untuk jangka masa panjang.
“Pesakit hari ini bukan lagi sekadar mencari perubahan sementara. Mereka mahu memahami keadaan kulit dengan lebih baik dan meneroka penyelesaian yang menyokong kualiti kulit yang lebih sihat secara berterusan. — Dr. Kee Yong Seng, Pengarah Perubatan Premier Clinic
“Ramai pesakit datang kepada kami selepas mencuba pelbagai produk kecantikan atau rawatan biasa tetapi masih bergelut dengan parut jerawat, tekstur tidak sekata, atau pigmentasi.

“Peranan kami sebagai doktor adalah menilai keadaan kulit mereka, memahami sasaran yang diingini, dan mengesyorkan pendekatan rawatan paling sesuai berdasarkan keperluan individu. Rawatan estetik perubatan sepatutnya melengkapi rutin penjagaan kulit harian dan gaya hidup sihat dengan menangani masalah yang memerlukan pendekatan lebih bersasaran,” katanya.
Rawatan RF Microneedling: Potenza™, revolusi baru kecantikan

Antara pendekatan rawatan perubatan estetik yang semakin mendapat perhatian ialah Radiofrequency (RF) Microneedling. Teknologi ini menggabungkan teknik jarum mikro terkawal dengan tenaga frekuensi radio bagi merangsang proses pemulihan semula jadi kulit daripada dalam.




Berbeza dengan produk skincare biasa yang hanya bekerja pada lapisan terluar (epidermis), rawatan RF Microneedling menyalurkan tenaga terkawal terus ke lapisan dalam di bawah permukaan kulit. Kaedah ini amat sesuai bagi menangani isu seperti:
- Parut jerawat dan tekstur kulit tidak sekata.
- Pigmentasi dan hiperpigmentasi pasca-keradangan (PIH).
- Pori-pori terbuka dan garis halus.
- Kehilangan keanjalan kulit serta tanda awal penuaan.
Salah satu teknologi RF Microneedling terkemuka di pasaran berlesen hari ini ialah Potenza™, yang membolehkan doktor menyesuaikan tetapan rawatan mengikut kondisi kulit dan sasaran pesakit secara spesifik.
Menurut Pakar Estetik Senior & Pemegang LCP Premier Clinic Mont Kiara, Dr. Foo Wing Jian, setiap kulit pesakit adalah berbeza dan bagi individu yang berdepan masalah parut jerawat memerlukan pendekatan yang berlainan berbanding mereka yang mahu fokus kepada keanjalan kulit atau tanda penuaan.
“Kelebihan RF Microneedling seperti Potenza™ adalah tetapan rawatannya boleh dilaraskan mengikut kondisi dan objektif pesakit. Ini memberi fleksibiliti kepada doktor untuk merangka rawatan yang khusus dan bersasaran.
Dr. Foo Wing Jian
“Inilah sebabnya perancangan rawatan secara peribadi (personalised) sangat penting kerana tiada satu penyelesaian tunggal yang sesuai untuk semua masalah kulit,” katanya.
Memahami keperluan kulit tanpa sekadar mengikut trend
Lambakan pilihan rawatan estetik di pasaran menuntut pengguna membuat keputusan berasaskan bukti klinikal dan bukannya sekadar mengikut ikutan trend semasa.


Menurut Dr. Foo, perbualan antara doktor dan pesakit kini telah beralih daripada “mengikut trend” kepada “membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul” (informed decisions).
“Banyak produk dan rawatan kecantikan boleh memperelok penampilan kulit, namun sesetengah masalah memerlukan pendekatan yang lebih terperinci dan bersasaran. Pesakit kini lebih teliti — mereka membandingkan teknologi, bertanyakan bukti klinikal, dan mahu tahu mengapa sesuatu rawatan itu disyorkan kepada mereka.
— Dr. Foo Wing Jian, Pakar Estetik Senior Premier Clinic Mont Kiara
Permintaan terhadap penyelesaian kesihatan kulit secara peribadi ini turut merentasi pelbagai peringkat umur. Golongan muda lebih fokus kepada parut jerawat, pori terbuka, dan tekstur kulit untuk kekal semula jadi, manakala golongan matang mengutamakan ketegangan kulit dan mengurangkan garis halus.
Seiring perkembangan industri estetik di Malaysia, fokus kini beralih kepada pendekatan kesihatan kulit yang lebih bijak dan personal. Premier Clinic menggalakkan orang ramai mendapatkan nasihat profesional perubatan demi memastikan keputusan rawatan yang selamat, berkesan, dan bermakna.
Untuk maklumat lanjut mengenai rawatan Potenza™, layari laman web rasmi www.premier-clinic.com.


