Rangkaian peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka, Watsons Malaysia, mencatatkan sejarah baharu menerusi pelancaran cawangan utama (flagship store) terbesarnya, Watsons Plus yang terletak di Isetan Lot 10, Bukit Bintang.
Pelancaran cawangan seluas lebih 18,000 kaki persegi di sepanjang Bintang Walk ini menandakan kedai ke-888 Watsons di Malaysia. Ia turut diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Kedai Peruncitan Kesihatan dan Kecantikan Terbesar di Malaysia.

Sebagai cawangan konsep baharu pertama seumpamanya di dunia, Watsons Plus menggabungkan pengalaman membeli-belah O+O (Offline plus Online), rangkaian produk penjagaan diri, zon gaya hidup, serta perkhidmatan interaktif di bawah satu bumbung.
Misi 32 tahun perkasa gaya hidup, kesihatan & kecantikan

Pengarah Urusan Serantau Kesihatan & Kecantikan Asia AS Watson Group merangkap Pengarah Eksklusif Serantau Watsons Antarabangsa, Caryn Loh berkata, pelancaran cawangan ini menterjemahkan evolusi jenama Watsons sejak memulakan operasinya di Johor Bahru pada tahun 1994.
“Selama lebih 32 tahun, kami kekal komited membantu pelanggan untuk Look Good, Do Good, Feel Great. Pembukaan cawangan Watsons Plus pertama di dunia ini bukan sekadar kedai terbesar kami di Malaysia, malah mewakili langkah berani dalam merangka masa depan industri peruncitan moden

Pelancaran rasmi cawangan ini turut diraikan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AS Watson Group, Dr. Malina Ngai, barisan pengurusan Isetan dan ZUS COFFEE, rakan duta jenama seperti Ayda Jebat, Phei Yong, dan Mekyun, serta selebriti tempatan dan ahli Watsons Club.
Lebih 17,000 produk, identiti seni batik

Bagi meraikan warisan budaya Malaysia, hiasan dalaman Watsons Plus menerapkan elemen seni reka batik kontemporari. Cawangan ini menghimpunkan lebih 17,000 produk kesihatan, kecantikan, dan gaya hidup, termasuk zon khas seperti:
- Beauty Verse & Luxe Skincare: Mengetengahkan trend terkini J-Beauty, K-Beauty, C-Beauty, serta haruman mewah (luxury fragrance).
- Zon Khusus Kesihatan & Penjagaan: Slow Aging, Sleep & Calm, K-Health, Hair Expert, Sustainability Zone, serta pilihan eksklusif Watsons Collection.
- Taste of Malaysia & ASEAN Snacks Corner: Menampilkan pelbagai snek tempatan ikonik berasaskan durian, kelapa, coklat, buahan segar, serta kraf cenderamata budaya tempatan buat pelancong dan pengunjung tempatan.
Perkhidmatan interaktif pertama dengan ZUS COFFEE

Bagi memberikan pengalaman peruncitan holistik, Watsons Plus menyediakan pelbagai perkhidmatan eksklusif merangkumi:
- Watsons Club Lounge: Ruang khas perkhidmatan peribadi buat ahli.
- Scalp Wash Studio by Number76: Perkhidmatan cucian dan urutan kulit kepala profesional.
- Fasiliti Tambahan: Khidmat dandanan kuku, kening, dan bulu mata, imbasan kesihatan kulit dan rambut (Skin & Scalp Scan), ruang mainan kanak-kanak (Fun Zone), serta perkhidmatan farmasi.
- Kafe ZUS COFFEE: Kerjasama khas yang dibina di dalam kedai, menawarkan minuman eksklusif Iced Strawberry Blue Matcha Latté berserta cengkeram cawan (cup sleeve) dan pelekat edisi terhad.
Orang ramai kini boleh mengunjungi Watsons Plus di Tingkat Bawah, Pusat Membeli-belah Lot 10, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


