Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Happy Grains Diiktiraf The Asia Records Sebagai Jenama Bijirin Sihat Paling Laris 2025

    May 6, 2026

    Sans Wellness Diiktiraf Pusat Kesejahteraan Terapi Semulajadi Terbesar di Asia 2025, Menampilkan Terapi Genkilogy Berpaten

    May 6, 2026

    The Feruni Atelier – Di Mana Reka Bentuk Menjadi Suatu Pengalaman

    May 6, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Happy Grains Diiktiraf The Asia Records Sebagai Jenama Bijirin Sihat Paling Laris 2025
    • Sans Wellness Diiktiraf Pusat Kesejahteraan Terapi Semulajadi Terbesar di Asia 2025, Menampilkan Terapi Genkilogy Berpaten
    • The Feruni Atelier – Di Mana Reka Bentuk Menjadi Suatu Pengalaman
    • All Star Championship: Dubai Edition lonjak standard global, pentas baharu sukan digital
    • PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records
    • Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman
    • DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara
    • TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium
    Thursday, May 7
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

      May 4, 2026

      Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

      April 28, 2026

      DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

      April 28, 2026

      MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

      April 27, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Bukan Sekadar Kereta Kompak! Ini Sebab Kenapa Toyota Yaris G Jadi Pilihan Paling ‘Stailo’ Untuk Anak Muda

      April 8, 2026

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Lelaki bergelar ‘Datuk’ tipu ratusan pelabur, hasil penipuan cecah RM1bilion
    News

    Lelaki bergelar ‘Datuk’ tipu ratusan pelabur, hasil penipuan cecah RM1bilion

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaNovember 7, 2023No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    PETALING JAYA – Seorang individu bergelar ‘Datuk’ didakwa mendalangi sindiket penipuan pelaburan membabitkan ratusan pelabur dengan hasil pelaburan mencecah RM1 bilion sejak beberapa tahun lalu.

    Pengerusi Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (MAPER) Shah Abdul Malek berkata, lelaki terbabit dikenali sejak 2007 selepas diperkenalkan melalui seorang rakan dan tertarik dengan pelaburan yang ditawarkan oleh lelaki yang dikenali sebagai Datuk Wira itu.

    Shah yang juga merupakan usahawan kosmetik kemudiannya membuat pelaburan tersebut sebelum dilantik sebagai penasihat di syarikat pinjaman wang berlesen milik lelaki tersebut tetapi tidak mencampuri urusan operasi harian.

    “Saya juga telah membawa masuk ramai pelabur termasuk ahli keluarga saya serta rakan untuk melabur dalam syarikat-syarikat miliknya dengan pelaburan dianggarkan berjumlah RM5 juta.

    “Bagaimanapun, selepas beberapa tahun saya menyedari banyak penipuan dilakukan terhadap peminjam, terhadap kerajaan dan pelabur-pelabur sebelum saya meminta kembali segala wang pelaburan saya serta wang pelabur yang saya bawa,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

    Menurut Shah, dalam kesnya lelaki terbabit berjanji untuk memberikan keuntungan antara lima ke enam peratus, namun pulangan tidak diberi seperti dijanjikan.

    Susulan itu katanya, dia bertegas untuk mendapatkan semula wang yang dilabur selain wang pelabur yang dibawa masuk.

    “Namun, saya dianiaya dengan pelbagai tindakan dilakukannya menjadikan beban hutang melambak hingga menyebabkan saya muflis.

    “Malah, saya difahamkan lelaki ini menjalankan rantaian sindiket penipuan pelaburan ini dengan berselindung di sebalik rakannya bergelar Tan Sri yang didakwa mempunyai pengaruh dengan pihak berkuasa,” katanya.

    Beliau berkata, hasil maklumat diperolehinya, terdapat ratusan pelabur terdiri daripada kakitangan kerajaan, golongan profesional dan pelabur antarabangsa menjadi mangsa penipuan lelaki berkenaan.

    Ramai di antara mangsa penipuan individu ini takut untuk tampil kerana diugut dan diberikan janji-janji manis meskipun sudah mengalami kerugian berjuta ringgit.

    Justeru, beliau turut merayu agar mangsa-mangsa lain tampil membantu mendedahkan kegiatan itu.

    “Setakat ini rantaian penipuan mereka mencecah hampir RM1 bilion termasuk pelaburan yang dibuat oleh seorang usahawan dari United Kingdom (UK), Lee Rodger Meiklejohn, berjumlah hampir RM60 juta,” katanya.

    Shah mendakwa tindakannya membawa Lee Rodger dan Amarjit Singh bagi membuat pendedahan kegiatan Datuk Wira berkenaan serta meminta mangsa-mangsa pelaburan lain sama ada yang berada di dalam atau luar negara untuk bertemunya bagi mencari solusi dan cara terbaik menghalang lelaki itu daripada menipu lebih ramai lagi mangsa.

    Mohon kerjasama mangsa penipuan lain untuk dapatkan semula wang yang ditipu

    “Matlamat saya membuat pendedahan ini adalah supaya kita boleh bekerjasama untuk mendapatkan balik sebanyak mana yang mungkin sebahagian daripada wang yang telah ditipu oleh individu-individu bergelar Datuk Wira dan Tan Sri ini,” katanya.

    Sementara itu, Lee Rodger berkata, permulaan detik hitam ditipu individu berkenaan adalah pada tahun 2010 ketika bertemu di Glasgow, Scotland.

    Katanya, beliau hanya menyedari ditipu sebanyak RM60 juta pada November 2017 selepas mengesyaki lelaki itu membuat representasi palsu berhubung pelaburan yang dikemukakan.

    Shah Abdul Malek meminta mereka yang menjadi mangsa penipuan untuk menghubunginya.

    “Lelaki itu mendakwa seorang individu bergelar Tan Sri melabur jutaan ringgit ke dalam syarikat pelaburannya dan memaklumkan dalam proses mengambil alih sebuah syarikat telekomunikasi dalam tempoh terdekat.

    “Dua kali saya datang ke Malaysia untuk bertemu dengannya, namun selepas November 2017, semua panggilan telefon dan email tidak dijawab,” katanya.

    Menurut Lee, pihaknya membuat laporan polis berhubung pelaburan penipuan itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, semalam.

    Susulan kejadian itu, mereka mendesak pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, untuk memastikan siasatan dan tindakan diambil terhadap kegiatan penipuan lelaki itu.

    Mangsa boleh berhubung dengan Pengerusi Sekretariat MAPER ditalian 014-221 4433 atau emel di alamat maper.action@gmail.com.

    Datuk Seri Anwar Ibrahim pdrm pelaburan penipuan PMX sindiket viral
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAC GAS kenang tempat mula bertapak, kongsi rezeki termasuk ke tabung Gaza
    Next Article Anak Sindrom Down tawan pentas peragaan Malam Gala Amal Runway Fesyen Warisan Malaysia
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

    April 24, 2026

    PKR Kedah Sambut Baik Kerajaan Negeri Laksana Dasar Penjimatan Selaras Kerajaan MADANI

    April 18, 2026

    Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

    March 28, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Happy Grains Diiktiraf The Asia Records Sebagai Jenama Bijirin Sihat Paling Laris 2025

    By Team KLHypeMay 6, 2026

    KUALA LUMPUR, 6 Mei 2026 – Jenama makanan kesihatan terkemuka, Happy Grains, secara rasmi melakar…

    Sans Wellness Diiktiraf Pusat Kesejahteraan Terapi Semulajadi Terbesar di Asia 2025, Menampilkan Terapi Genkilogy Berpaten

    The Feruni Atelier – Di Mana Reka Bentuk Menjadi Suatu Pengalaman

    All Star Championship: Dubai Edition lonjak standard global, pentas baharu sukan digital

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Happy Grains Diiktiraf The Asia Records Sebagai Jenama Bijirin Sihat Paling Laris 2025

    May 6, 20262K

    Sans Wellness Diiktiraf Pusat Kesejahteraan Terapi Semulajadi Terbesar di Asia 2025, Menampilkan Terapi Genkilogy Berpaten

    May 6, 20262K

    The Feruni Atelier – Di Mana Reka Bentuk Menjadi Suatu Pengalaman

    May 6, 20261K

    All Star Championship: Dubai Edition lonjak standard global, pentas baharu sukan digital

    May 6, 20264K

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Happy Grains Diiktiraf The Asia Records Sebagai Jenama Bijirin Sihat Paling Laris 2025

    May 6, 2026

    Sans Wellness Diiktiraf Pusat Kesejahteraan Terapi Semulajadi Terbesar di Asia 2025, Menampilkan Terapi Genkilogy Berpaten

    May 6, 2026

    The Feruni Atelier – Di Mana Reka Bentuk Menjadi Suatu Pengalaman

    May 6, 2026

    All Star Championship: Dubai Edition lonjak standard global, pentas baharu sukan digital

    May 6, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.