Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?

    November 6, 2026

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 2026

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?
    • 10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand
    • Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif
    • Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama
    • Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia
    • Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun
    • Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast
    • Hard Rock Cafe at Wyndham Ion Majestic Hotel Genting Highlands Takes Breast Cancer Awareness To New Heights
    Saturday, November 7
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026

      Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

      November 2, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 
    Celebrities

    Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 

    Team KLHypeBy Team KLHypeSeptember 10, 2026No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Penyanyi yang kini aktif sebagai penganjur acara, Rayme Zainal, mengakui lebih rela menguruskan sendiri pelbagai acara karnival selepas serik berdepan pengalaman ditipu rakan kongsi serta segelintir pihak yang hanya ingin mengambil kesempatan.

    Mengambil pendekatan baharu secara ‘one man show’, pelantun lagu Andai itu kini lebih selesa memantau sendiri setiap aspek penganjuran menerusi syarikatnya, Raydiates Blue Sdn Bhd (Raydiates Blue).

    Langkah ini diambil bagi mengelak berdepan masalah berulang, terutamanya membabitkan isu pembayaran wang, komitmen perniagaan, serta dokumen perjanjian yang tidak adil.

    Serik ditipu rakan kongsi, pilih urus sendiri

    Bercakap mengenai cabaran yang pernah dilaluinya, Rayme, 47, memberitahu bahawa dia pernah memberikan kepercayaan kepada rakan kongsi untuk menguruskan beberapa perkara penting. Namun, apabila acara selesai, pihak terbabit memilih untuk menghilangkan diri dan meninggalkannya sendirian untuk menyelesaikan pelbagai masalah.

    “Pernah saya berikan kepercayaan kepada rakan kongsi, tetapi akhirnya saya pula yang terpaksa berdepan dengan masalah pembayaran, komitmen kepada pihak lain dan perkara berkaitan perjanjian. Pengalaman itu memang memberi pengajaran yang sangat besar kepada saya.

    “Sebab itu sekarang saya memilih untuk memantau sendiri setiap aspek penganjuran khususnya kewangan, pembayaran, vendor dan dokumentasi. Penat memang penat, tetapi sekurang-kurangnya saya tahu apa yang berlaku dan tanggungjawab dapat diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta (AMFF) 2026 X Festival Budaya Malaysia di Hotel Seri Pacific, di sini.

    Meskipun pernah berdepan detik sukar, Rayme tidak pernah serik untuk terus bertapak dalam bidang penganjuran acara, sebaliknya menjadikan pengalaman tersebut sebagai iktibar untuk membina syarikat Raydiates Blue dengan sistem yang lebih profesional dan telus.

    AMFF 2026 kembali menerusi Festival Budaya Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa

    Terbaharu, Raydiates Blue dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bakal menganjurkan Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta (AMFF) 2026 edisi kedua yang berlangsung berskala lebih besar menerusi Festival Budaya Malaysia 2026.

    Acara berkenaan bakal diadakan selama enam hari bermula 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

    Bertemakan ‘Kita Malaysia: Seni, Budaya & Citarasa’, AMFF 2026 menghimpunkan lebih 80 vendor daripada pelbagai segmen perniagaan yang merangkumi gastronomi, seni dan budaya, muzik, kecantikan, gaya hidup, kecergasan, serta program komuniti.

    Penganjuran ini bukan sekadar menyediakan lot niaga, malah bermatlamat untuk menghidupkan budaya menerusi pengalaman yang interaktif dan dekat dengan masyarakat:

    • Malam Kita Malaysia (15 September): Menampilkan persembahan mini konsert khas bersempena Ambang Hari Malaysia yang menggabungkan elemen muzik, seni, dan budaya.
    • Sambutan Hari Malaysia & Kecergasan (16 September): Acara SimplyFit Zumba Malaysia Day hasil kerjasama rakan strategik seperti SimplySiti, Anytime Fitness, dan SimplyFit Zumba Malaysia Day berserta aktiviti keluarga dan komuniti.

    Sebagai rekod, edisi julung kali AMFF 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun lalu berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung menerusi penyediaan hampir 300 lot niaga, acara Fun Run, serta kemunculan khas Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

    Selepas lokasi di Taman Tasik Titiwangsa, kemeriahan AMFF 2026 akan meneruskan siri jelajah ke MAEPS, Serdang dari 9 hingga 11 Oktober 2026 sempena Mysihat Expo 2026. Edisi MAEPS ini dijadualkan menghimpunkan kira-kira 600 vendor merangkumi pelbagai sektor dengan kerjasama rakan strategik seperti Moonman Event (HUNTR Games Kuala Lumpur 2026) dan Event Lab di bawah MSDI (FRAGMANIA).

    Rekod cemerlang, single baharu ‘Lelaki Itu Aku’

    Sejak beralih ke dunia perniagaan penganjuran acara dua tahun lalu, Rayme telah mencipta pelbagai kejayaan termasuk penganjuran Anjung Syawal Putrajaya yang mencetuskan fenomena dengan kehadiran lebih sejuta pengunjung, Karnival Anjung E.A.T.S sempena Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025, Karnival BSN Mikro Madani Zon Pantai Timur di Pasar Payang, serta Gema Raya Putrajaya 2026.

    Meski sibuk mengendalikan perniagaan, bekas peserta All Together Now 2022 ini menegaskan bahawa bidang muzik tidak pernah dilupakan. Rayme bakal mengubati kerinduan peminat apabila melancarkan single baharu berkonsep balada pop bertajuk ‘Lelaki Itu Aku’ pada bulan depan.

    Lagu ciptaan Rayme sendiri bersama penulis lirik dari Indonesia, Choky itu telah selesai proses rakaman pada Ogos lalu dan kini dalam perancangan pembentukan muzik video.

    Selain itu, Rayme yang terkenal dengan jolokan ‘raja single raya’ turut merancang untuk menghasilkan lagu duet bersama juara Raise The Star Malaysia 2025, Didie Shazry.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAnjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 
    Next Article Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM
    Team KLHype

    Related Posts

    You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?

    November 6, 2026

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 2026

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?

    By kolumnisNovember 6, 2026

    A marathon runner can spend months preparing for race day. They follow training schedules, build…

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?

    November 6, 20265K

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 20263K

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 20265K

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 20263K

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    You May Be Fit Enough to Run a Marathon. But Is Your Heart?

    November 6, 2026

    10 sekolah rendah dapat manfaat program CSR Ayam Brand

    November 6, 2026

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.