Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula
    • Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal
    • DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR
    • Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah
    • Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai
    • Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu
    • Fenomena Ahmad’s Fried Chicken: Takluk Cawangan Ke-56 Di Prima Gombak, Pertaruh ‘Mad’s Sausage’
    • Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Wednesday, April 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

      April 14, 2026

      Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

      April 13, 2026

      Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

      April 10, 2026

      Bioré dari Kao Percepat Pertumbuhan Global dengan Kemasukan ke Pasaran Korea Selatan dan Pelancaran Kempen Global Bersepadu

      April 5, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Alam Shah Travel & Tours lancar Pakej Haji 2026, lebih fleksibel, selesa untuk jemaah 
    Featured

    Alam Shah Travel & Tours lancar Pakej Haji 2026, lebih fleksibel, selesa untuk jemaah 

    Team KLHypeBy Team KLHypeNovember 3, 2025Updated:November 3, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    SHAH ALAM, 3 November 2025 – Syarikat pelancongan haji dan umrah, Alam Shah Travel & Tours tampil memperkenalkan pakej haji 2026 dengan pendekatan lebih fleksibel dan selesa, bagi memenuhi keperluan serta kehendak pelbagai lapisan jemaah Malaysia.

    Menurut Pengarah Urusannya, Haji Mohd Zahid Saaizan, pakej haji tahun hadapan akan menawarkan pelbagai pakej yang memenuhi permintaan jemaah.

    “Antaranya kita ada dua pilihan utama sama ada jemaah ingin menginap sepenuhnya di Mekah, atau memilih pakej Aziziyah yang membolehkan mereka berulang-alik dari hotel ke kawasan melontar tanpa perlu bermalam di khemah.

    “Kami memahami kehendak jemaah yang berbeza-beza. Ada yang mahu dekat dengan Masjidil Haram sepanjang masa, dan ada juga yang mahukan keselesaan tidur di hotel ketika melontar. 

    Jadi kedua-dua pilihan ini kami sediakan untuk keselesaan semua bakal haji,” katanya pada sidang media pada Majlis Pelancaran Pakej Haji 1447H (2026M) dan Khatam Al-Quran bersama jemaah haji 2025 Alam Shah Travel & Tours di sini, semalam.

    Turut hadir, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Haji Jamali Mohd Adnan, Pengarah Operasi Alam Shah Travel, Ustaz Haji Mohd Ikram Ahmad Badarddin dan Guru Bimbingan Haji Alam Shah Travel, Ustaz Sheikh Abdullah Jahaf.

    Menurutnya, terdapat lima pakej Haji yang ditawarkan iaitu Pakej Mekah Klasik, Pakej Movenpick Klasik, Pakej Movenpick Eksklusif, Pakej Safwa Aziziyah dan Pakej Safwa PMN Eko.

    Sasaran hingga 350 jemaah haji

    Tahun 2026 bakal menjadi tahun kedua Alam Shah sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen di bawah Tabung Haji. Namun, pengalaman syarikat itu bukan baru, Alam Shah telah mengurus jemaah haji Furada dan Mujamalah sejak 2016, di samping menawarkan perkhidmatan umrah setiap tahun.

    Alam Shah Travel antara 37 syarikat yang terpilih sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen di bawah Lembaga Tabung Haji.

    “Tahun lepas kami bawa sekitar 100 jemaah. Untuk musim haji 2026, kami menjangka peningkatan kepada 300 hingga 350 jemaah, dengan harga pakej bermula RM44,900,” katanya lagi.

    Walaupun jumlah kuota tertakluk kepada peruntukan Tabung Haji, pihak Alam Shah optimis dapat memanfaatkan sepenuhnya kuota sedia ada, termasuk bagi jemaah rayuan.

    Persediaan logistik dan operasi mantap

    Mohd Zahid turut menegaskan bahawa semua persediaan logistik sudah pun siap sedia untuk menampung sehingga 500 jemaah, sekiranya kuota tambahan diluluskan.

    “Kami sudah bersedia dari segi penginapan, penerbangan dan tenaga kerja sejak awal. Staf kami juga dilatih menggunakan sistem haji dengan baik bagi mengelakkan kekeliruan ketika proses pertukaran jemaah atau semakan biometrik,” jelasnya.

    Syarikat itu mengekalkan kerjasama rapat dengan Saudi Airlines sejak 2017 malah, Alam Shah pernah tersenarai dalam Top 3 pelanggan terbaik Saudi Airlines 2023.

    “Setiap kali kami mohon tempat duduk atau jadual penerbangan, Saudi Airlines sentiasa beri kerjasama penuh. Kami juga terkenal kerana tidak pernah menunda penerbangan jemaah, kecuali atas sebab teknikal daripada pihak penerbangan,” katanya.

    Fokus kepada kebajikan dan pengalaman unik

    Antara jemaah Haji 2025 yang mengambil pakej bersama Alam Shah Travel.

    Antara kekuatan utama Alam Shah Travel ialah pasukan pengurusan serta mutawif yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang haji dan umrah.

    “Kami bukan sekadar menghantar jemaah menunaikan ibadah, tetapi memberi pengalaman menyeluruh. Misalnya, kami memperkenalkan aktiviti ‘boat riding’ di Laut Merah – sesuatu yang tiada ditawarkan oleh agensi lain,” katanya.

    Selain itu, syarikat itu menekankan semangat sehati sejiwa dalam kalangan semua petugas  daripada pengurusan tertinggi hingga ke mutawif dan staf sokongan bagi memastikan setiap jemaah dilayan dengan penuh hormat dan kasih sebagai tetamu Allah (Duyufur Rahman).

    Cabaran syarat kesihatan Arab Saudi

    Dalam masa sama, syarikat itu mengakui bahawa peraturan kesihatan baharu Kerajaan Arab Saudi memberi cabaran kepada jemaah, termasuk keperluan indeks jisim badan (BMI) seimbang dan pemeriksaan ketat terhadap penyakit kronik.

    “Memang ada jemaah yang kecewa tidak lulus saringan, termasuk mereka yang sihat tetapi BMI tinggi. Ia menjejaskan sedikit jualan dan operasi, kerana bila ada jemaah gagal saat akhir, proses penggantian jadi kelam kabut,” katanya.

    Namun begitu, pihaknya memahami tujuan peraturan itu yang diperkenalkan bagi menjaga imej dan kebajikan jemaah di Tanah Suci.

    “Arab Saudi kini mahu menonjolkan imej moden dan selamat, bukan semata-mata menambah jumlah jemaah. Fokus mereka ialah keselesaan dan kebajikan,” jelasnya.

    Nasihat kepada bakal jemaah

    Mohd Zahid turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih agensi haji, terutama dengan peningkatan kes penipuan pakej tidak berlesen.

    “Pilihlah syarikat yang diiktiraf oleh Tabung Haji sebagai PJH. Syarikat berlesen ini melalui saringan ketat dari segi kewangan, reputasi dan prestasi. Jika berlaku apa-apa, sekurang-kurangnya wang jemaah terjamin.

    Dengan komitmen terhadap kualiti perkhidmatan dan keselesaan, Alam Shah Travel berhasrat menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia yang bakal menunaikan haji 2026, bukan sekadar untuk memenuhi rukun Islam kelima tetapi juga untuk menjejak ke Tanah Suci dengan penuh ketenangan dan keyakinan.

    Alam Shah Featured Featured Slider Haji 2026 Tabung Haji
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLively Hair Studio, Riffa Wildcatz realisasi impian dalam dunia kecantikan & gaya rambut
    Next Article Riffa Wildcatz sedia ganti tempat Linda Elite – “Saya sanggup kalau diperlukan”
    Team KLHype

    Related Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    By Team KLHypeApril 14, 2026

    PETALING JAYA, 14 April 2026 – Program kesetiaan MYguardian Rewards, yang dilancarkan sejak 2025, kini…

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 20265K

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 20263K

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 20262K

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 20265K

    Raia Beach Resort PD Tawar Port Baru ‘Healing’ di Tepi Pantai

    April 10, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli, Tawaran Baucar Rakan Kongsi Bernilai Lebih RM20,000 Kini Bermula

    April 14, 2026

    Real California Cheese Anjur The Ultimate California Cheese Party 2026, Perkenal Keju Artisan Premium California Kini Disahkan Halal

    April 14, 2026

    DPDDM, PDRM Perkukuh Kerjasama Strategik Melalui Program CSR

    April 14, 2026

    Eskayvie Raikan 600 Pelajar Cemerlang SPM 2025, Tekan Kepentingan Nutrisi Minda dari Rumah

    April 13, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.