Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM

    September 10, 2026

    Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 

    September 10, 2026

    Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

    September 9, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM
    • Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 
    • Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 
    • Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026
    • Mounjaro (Tirzepatide): Revolusi Rawatan Medikal Moden Untuk Atasi Perut Buncit & Lemak Visceral
    • DPDDM Teroka Kerjasama Strategik Bersama MAHSA University, Perkasa Modal Insan dan Keusahawanan
    • ED Fest Kembali Lagi di Summit USJ: Lebih 100 Jenama Dan 500 Barangan Tawaran Hebat Menanti Anda!
    • Vibe Merdeka Cara Moden! Lagu ‘Kita Warga Malaysia’ & Aplikasi VYBE Jadi Simbol Perpaduan Generasi Digital
    Thursday, September 10
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

      September 8, 2026

      ED Fest Kembali Lagi di Summit USJ: Lebih 100 Jenama Dan 500 Barangan Tawaran Hebat Menanti Anda!

      September 5, 2026

      cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti

      August 29, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Bawa kampung ke bandar, Kampung Lah beri nuansa berbuka puasa baharu
    KULINARI

    Bawa kampung ke bandar, Kampung Lah beri nuansa berbuka puasa baharu

    Team KLHypeBy Team KLHypeMarch 11, 2024Updated:March 15, 2024No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    IBARAT pulang ke kampung halaman, itu perasaan yang akan dirasai pengunjung tatkala melangkah masuk ke bufet Ramadan Kampung Lah, Iftar Citarasa Kampung Lah di G2G by MTG Garden Hall, Seri Kembangan.

    Membawa tema kampung halaman ke bandar, pengunjung bakal disajikan dengan hampir 100 hidangan Melayu asli resipi turun temurun Negeri Sembilan yang bakal memberi citarasa berbeza terutama kepada mereka yang merindukan suasana berbuka di kampung.

    Pemilik Kampung Lah, Fairuz Idwan berkata, pengunjung Kampung Lah tahun ini bakal merasai pengalaman berbeza seolah-olah berada di kampung dengan pelbagai aktiviti termasuk makan berhidang, alunan lagu-lagu Melayu Asli sekaligus mengimbau kenangan lama mengusik kalbu.

    “Keistimewaan kita sudah pastilah masakan salai lemak cili api citarasa asli, resipi tradisi Negeri Sembilan. Istimewanya adalah kita salai sendiri menggunakan tempurung kelapa. Cara asli turun temurun.

    “Kami bangga dengan masakan lemak kami selain hampir 100 juadah lain yang bakal memberi nuansa Melayu asli kepada pengunjung. Bayangkan duduk bersama keluarga dan sahabat handai, bergurau senda dan menikmati hidangan dahulu kala.

    “Ada juga ulam-ulaman dan kuih-kuih tradisional yang dihidangkan untuk memastikan setiap pengunjung dapat merasai konsep Iftar Citarasa Kampung-Lah yang kami sajikan kepada semua,” ujarnya.

    Mendapat sentuhan cef popular dan juga pemilik bersama, Chef Ibnu yang terkenal dengan masakan kampung asli, Kampung Lah turut menyediakan hidangan kambing golek yang berbeza daripada destinasi berbuka lain.

    Hidangan mendapat sentuhan Chef Ibnu.

    “Di Kampung Lah, proses penyediaan kambing golek berbeza. Kami menggunakan teknik salai sebelum menggoleknya untuk memberi aroma dan rasa berbeza dalam setiap suapan. Kami menggunakan tempurung kelapa disamping perapan istimewa.

    “Malah, kelainan yang kami tampilkan adalah kambing golek akan sentiasa bergolek di atas pemanggang sehingga tamat sesi iftar. Apabila kambing golek pertama habis, kami akan terus menggolek yang baharu.

    “Itu untuk memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan-hidangan istimewa kami tanpa henti. Kita mahu pengunjung dapat bergurau senda, menikmati juadah tanpa risau tentang jumlah hidangan yang disediakan,” katanya.

    Selain kambing golek, pengunjung juga berpeluang untuk merasai Mee Sotong Hj Tamin yang popular di Johor. Itu antara keistimewaan yang diperkenalkan Kampung Lah tahun ini kepada pengunjung.

    “Tahun ini juga, sudah semestinya kami membawakan pelbagai aktiviti dan acara termasuk dendangan muzik daripada kumpula Alun Tradisi yang dikenali ramai. Nikmat rasa dan halwa telinga kami sajikan tahun ini.

    “Kita juga ada beberapa artis jemputan yang masih dirahsiakan. Ada juga aktiviti lain bersesuaian dengan konsep dan tema kampung kami tahun ini,” kongsinya.

    Iftar Citarasa Kampung-Lah akan membuka tirai hidangan pada 15 Mac depan sehingga 5 April 2024 dengan tawaran harga mampu milik bermula RM98 (early bird) dan RM109 untuk pengunjung.

    Selain itu, tawaran potongan 50 peratus kepada kanak-kanak dan warga emas juga turut ditampilkan selain potongan harga istimewa untuk organisasi bagi belian kuantiti besar.

    Kampung Lah mula beroperasi pada 2022 dan mempunyai tiga cawangan di Kota Damasara, Summit USJ dan Serdang (Kampong Salai).

    Fairuz Idwan bersama Diana Rahmad.

    Kampung Lah merupakan perniagaan yang dibina bersama Fairuz Idwan yang bertindak di bahagian pengurusan dan Chef Ibnu (inovasi menu hidangan) manakala Diana Rahman bertindak sebagai Pengarah Pemasaran.

    Pengunjung yang berminat boleh menghubungi talian +60127171723 untuk maklumat lanjutdan tempahan selain melayari laman sosial Kampung Lah.

    berbuka puasa bufet ramadan food review iftar Kampung Lah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHidangan air tangan ibu di Restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi
    Next Article Santapan Ramadan Putra, bersantap umpama raja di Hotel Sunway Putra
    Team KLHype

    Related Posts

    cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti

    August 29, 2026

    Rasa Taiwan 3.0 Kembali ke Kuala Lumpur

    August 26, 2026

    Dari Peti Sejuk Terus Ke Kuali, Subi Bawa Kelainan Hidangan Seafood Rangup Untuk Seisi Keluarga

    August 5, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM

    By Team KLHypeSeptember 10, 2026

    BANGI, 10 September 2026 — Pengiktirafan daripada Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) terhadap…

    Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 

    Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

    Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM

    September 10, 20265K

    Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 

    September 10, 20262K

    Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

    September 9, 20265K

    Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

    September 8, 20265K

    Mounjaro (Tirzepatide): Revolusi Rawatan Medikal Moden Untuk Atasi Perut Buncit & Lemak Visceral

    September 7, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM

    September 10, 2026

    Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 

    September 10, 2026

    Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

    September 9, 2026

    Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

    September 8, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.