Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 2026

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo
    • Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden
    • Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik
    • Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR
    • Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven
    • Konnichi-WOW: Baskin Robbins Malaysia Perkenal Japan Summer Series Menerusi Tiga Perisa Ikonik
    • Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu
    • Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’
    Saturday, October 17
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

      October 16, 2026

      MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

      October 8, 2026

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026

      Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO

      September 27, 2026

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Dari bonet kereta ke jutaan jualan, fenomena air coklat Choco Albab bangkit ekonomi usahawan jalanan
    Featured

    Dari bonet kereta ke jutaan jualan, fenomena air coklat Choco Albab bangkit ekonomi usahawan jalanan

    Team KLHypeBy Team KLHypeJuly 7, 2025No Comments7 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Bermula dengan seorang usahawan kecil yang membuka bonet kereta dan menjual minuman coklat buatan sendiri, kini fenomena air coklat Choco Albab telah meledak menjadi gelombang perniagaan mikro yang menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan untuk ribuan ejen di seluruh Malaysia.

    Menariknya, trend yang pernah tular di TikTok ini bermula hanya dengan menjual air coklat di kawasan tapak projek dan kawasan pejabat. Keuntungan awal pula dikhabarkan mencecah sehingga RM10,000 sebulan bagi sesetengah ejen, menjadi pemangkin kepada lebih ramai yang mahu mencuba nasib dalam perniagaan mudah alih berkonsepkan jualan ‘open bonet’.

    Siapa sangka, daripada sekadar ‘cuba-cuba’, usaha ini terus meledak menjadi satu fenomena nasional.

    Air coklat Choco Albab dijual secara open bonet kini jadi pendapatan lumayan.

    Begitulah permulaan kisah air coklat Belgian Choco Albab, sebuah jenama tempatan di bawah syarikat Saudagaar Asia Sdn Bhd yang kini mencatat jualan ratusan ribu kotak dan menghidupkan semula semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan B40 dan wanita. 

    Ia bukan sekadar tentang air coklat malah tentang bagaimana satu produk sederhana boleh membawa perubahan luar biasa.

    Jualan dari bonet kereta beri impak

    Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd, Coach Said Saiful Fazli.

    Fenomena ini bermula sekitar tahun lalu apabila seorang individu mula menjual air coklat dengan hanya menggunakan bonet kereta sebagai ‘premis’ perniagaan mudah alih. 

    Strateginya mudah tetapi berkesan dengan menyasarkan lokasi-lokasi tumpuan seperti tapak pembinaan dan pejabat dengan ada yang berjaya meraih pendapatan RM8,000 hingga RM10,000 sebulan hanya dengan menjual dari bonet. 

    Melihat lebih 2,000 Saudagaar menggerakkan inisiatif ini secara berdikari, syarikat itu tampil memperkenalkan pendekatan yang lebih profesional bagi memastikan keseragaman dan kualiti pengalaman pelanggan.

    “Kami mendengar suara komuniti kami. Inilah masanya untuk membawa gerakan ini ke peringkat seterusnya sebagai alternatif kerjaya dalam ekonomi gig negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd, Coach Said Saiful Fazli.

    Menurutnya, dengan lebih 6 juta rakyat Malaysia terlibat dalam ekonomi gig, Choco Albab Joy Station menawarkan peluang perniagaan yang fleksibel dan mudah diakses – sesuai untuk surirumah, pelajar, graduan, dan Gen Z yang mahukan kawalan dalam kehidupan dan kerjaya mereka.

    Pengurusan lebih sistematik

    Jelas Coach Said, seiring populariti yang mendadak melalui TikTok dan media sosial, muncul cabaran baru iaitu ketidakkonsistenan rasa dan kualiti. 

    “Pelanggan mula mengadu: “Tak rasa Belgian,” “Tak sedap macam viral,” “Beli sebab viral, tapi kecewa.”

    “Justeru, pihak HQ menyedari satu perkara penting: bila produk menjadi milik ramai, ia perlu dikawal agar tidak menjejaskan reputasi. Maka bermulalah usaha penstrukturan semula perniagaan, dengan memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) rasmi, latihan barista, resepi standard, dan video panduan.

    Coach Said

    Beliau menambah, kini setiap ejen yang menyertai perniagaan ini bukan sahaja menerima kit fizikal, tetapi juga bimbingan profesional agar produk yang dijual menepati standard HQ dari rasa, penyediaan, hingga kebersihan bonet kereta.

    “Kita bukan sistem francais yang wajib hadir latihan seminggu. Tapi kita mudahkan semua orang dengan SOP jelas dan boleh terus mula walau tanpa pengalaman niaga,” katanya.

    Satu misi, bukan sekadar perniagaan

    Salah seorang penerima anugerah Rising Star 2025 yang mengiktiraf kejayaan ejen baharu.

    Apa yang membuatkan jenama ini berbeza ialah misi sosialnya yang mendalam. Bagi Coach Said, Choco Albab bukan hanya tentang menjual air coklat, tapi tentang membina sistem ekonomi yang lebih inklusif dan lestari.

    “Dulu ekonomi kita berbentuk ‘diamond’— ramai B40, sedikit T20. Kami mahu tukar jadi ‘diamond economy’. Ramai M40 yang stabil, kurang yang terlalu susah,” jelasnya.

    Coach Said berkata, kini buktinya jelas, ramai suri rumah, ibu tunggal dan individu yang kehilangan pekerjaan kini bergantung sepenuhnya kepada jualan Choco Albab sebagai sumber rezeki. 

    Sesetengahnya mencatat pendapatan sehingga RM30,000 ke RM50,000 sebulan. Mereka bukan sekadar menjual, tetapi mendidik dan membimbing orang lain menjadi ejen.

    “Ada yang dulu isteri sahaja berniaga, kini suami turut sama bantu. Pendapatan sekeluarga meningkat, keyakinan diri pun naik,” tambah beliau.

    Pelaburan kecil, impak besar

    Coach Said berkata, dengan modal permulaan serendah RM150, sesiapa pun boleh bermula menjadi usahawan Choco Albab dengan setiap kit lengkap dengan bahan bancuhan, shaker, cawan, straw, stiker dan SOP. 

    “HQ kini menyusun semula branding bonet agar lebih seragam dan profesional daripada rekaan apron hingga ke warna kain meja lipat.

    Menariknya, walaupun beroperasi dari bonet kereta, kebersihan tetap menjadi keutamaan. 

    Antara SOP ditetapkan termasuk penggunaan sarung tangan, apron, kawasan bonet yang bersih dan tidak tercemar, serta penutup cawan. Tanpa meja dan struktur tetap, jualan ini juga mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan HQ kini dalam perbincangan dengan PBT untuk memudahkan urusan pelesenan.

    Belgian Mocha dan kafe coklat

    Bukan itu sahaja, syarikat ini juga memperkenalkan produk baharu iaitu Belgian Mocha, gabungan kopi dan coklat Belgian yang premium. 

    Dikenali sebagai mocha pertama seumpamanya di Malaysia, ia dijangka menarik minat peminat kopi yang mahukan kelainan.

    Lebih menarik, HQ kini dalam perancangan untuk membuka kafe fizikal dan memulakan sistem francais coklat café pada tahun depan. Konsepnya akan membawa rasa yang sama dari bonet ke meja kafe, lengkap dengan pencuci mulut dan pelbagai variasi minuman coklat.

    Kekuatan Choco Albab bukan sekadar pada produknya, tetapi pada komuniti yang dibinanya. Ia memberi ruang untuk orang biasa mencipta kehidupan luar biasa.

    “Ini bukan bisnes 3-4 tahun. Ini bisnes warisan. Kalau ejen meninggal, anak boleh ambil alih, pendapatan berterusan. Sebab itu kami jaga kualiti dan jenama dengan sangat serius.

    Choco Albab bukan sekadar air coklat sebaliknya ia simbol kepada perubahan hidup, harapan baharu, dan bukti bahawa kejayaan tidak semestinya bermula di atas pentas besar. Kadangkala ia bermula dari bonet kereta yang dibuka dengan tekad.

    Surirumah kongsi kisah kejayaan

    Nur Sabiha Mohd Zailan antara perintis konsep Open Bonet yang berjaya menjana pendapatan sehingga RM18,000.

    Seorang wanita muda berusia hanya 25 tahun, Nur Sabiha Mohd Zailan bergelar ibu kepada dua cahaya mata, memilih bonet keretanya sebagai ‘kaunter’ pertama dalam dunia perniagaan. 

    Bermula dengan hanya dua cawan air coklat, hari ini dia mampu menjana pendapatan tertinggi sehingga RM18,000 sebulan, membuktikan bahawa semangat dan keberanian mampu mengubah segalanya.

    “Saya tak ada modal, saya cuma ada semangat dan anak-anak,” katanya.

    Pada Julai 2024, Sabiha memulakan langkah pertama dengan Choco Albab, tiada gerai, tiada kedai, hanya bonet kereta dan keyakinan pada produk yang dibawa.

    “Saya cuma nak bantu mak. Masa tu mak baru bercerai, dia minta RM50 untuk belanja makan. Saya rasa sangat sedih dan dari situ, saya nekad buat sesuatu,” katanya sambil menahan sebak.

    Dengan dorongan mentor dalam Choco Albab, dia diperkenalkan kepada teknik “open bonet” satu konsep mudah, tapi berani. Dia terus cuba, walaupun belum tahu sepenuhnya caranya. 

    “Yang penting saya buat. Walaupun cuma jual 2 cawan pertama hari tu, saya rakam dan post di TikTok. Dari situ, ramai mula nampak dan tanya,” katanya.

    Dengan dua anak kecil masing-masing berusia dua dan tiga tahun Sabiha tiada pilihan selain terpaksa membawa mereka menemaninya ketika berniaga.

    “Saya bawa anak ke mana-mana. Ambil stok pun bawa. Masa buka bonet, anak main kat belakang kereta. Kadang-kadang dia kacau saya layan pelanggan. Tapi saya sabar kerana saya buat semua ni untuk masa depan mereka.

    Dedikasi itu akhirnya membuahkan hasil apabila hari demi hari, jualannya meningkat. Dari dua cawan, kini mencecah 300 ke 500 cawan sebulan, dengan keuntungan bersih sekitar RM4 secawan. 

    “Kalau satu kotak ada 200 cawan, saya boleh buat RM1,000 untuk satu kotak tu.”

    Dari hanya open order melalui WhatsApp dan hantar ke pejabat-pejabat sekitar, kini Sabiha turut menerima permintaan untuk majlis seperti kenduri kahwin. 

    Lebih membanggakan, beliau kini mampu mengupah pembantu untuk menjaga anak-anak ketika bekerja. 

    “Dulu saya kena bawa anak, sekarang Alhamdulillah saya dah boleh bayar orang jaga. Semua hasil dari jual air coklat,” katanya.

    Dan yang paling menyentuh hati apabila Sabiha kini sudah mampu memberikan apa sahaja yang diminta oleh ibunya. 

    “Apa mak nak, saya usaha bagi. Dulu tak ada income, sekarang boleh tolong mak. Itu rasa paling bahagia,” jelasnya.

    Sokongan dari Choco Albab

    Kejayaan Sabiha juga didorong oleh sistem sokongan dari pihak HQ Choco Albab. Setelah permintaan meningkat, pihak HQ mula memperkenalkan SOP bancuhan dan penyediaan untuk memastikan rasa dan kualiti kekal konsisten di semua lokasi.

    “Dulu ada customer kata rasa tak sama. Tapi sekarang HQ dah keluarkan SOP, resepi semua diselaraskan. Jadi tak ada lagi isu air rasa lain-lain,” jelasnya.

    Bermula dari niat membantu ibu, kini Sabiha menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita, terutama suri rumah yang mencari pendapatan sendiri. 

    “Dulu saya buat untuk diri sendiri, sekarang saya gembira bila orang lain pun boleh jana pendapatan melalui jalan yang sama,” katanya.

    air coklat viral belgian chocolate choco albab culture Featured Featured Slider leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDr S Sri Kumar penerima Life Long Advocate Award
    Next Article Cloud 9 CrispyKrunch baharu tampil dengan varian pretzel & hazelnut
    Team KLHype

    Related Posts

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 2026

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    By Team KLHypeOctober 16, 2026

    Memandangkan sambutan Halloween bakal tiba pada Sabtu, 31 Oktober ini, platform e-Pembaca terkemuka, Rakuten Kobo,…

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 20262K

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 20262K

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 20263K

    Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

    October 16, 20265K

    Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven

    October 14, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Dari Melaka Kolonial Ke Alam Ghaib: Teroka Pilihan Naskhah Seram Popular Menerusi Rakuten Kobo

    October 16, 2026

    Carlo Rino Tampil Koleksi Beg Trunkette Baharu, Hadir Menerusi Enam Pilihan Warna Moden

    October 16, 2026

    Yayasan EcoWorld Sumbang Dua Mesin Hemodialisis Baharu Kepada Yayasan SJAM-KPS, Perkasa Rawatan Dialisis Mampu Milik

    October 16, 2026

    Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

    October 16, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.