Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 2025

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 2025

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    October 20, 2025
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor
    • UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar
    • Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe
    • MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital
    • The Asia Records rai pencapaian luar biasa individu, organisasi seluruh Asia 
    • Pelayaran sulung Piano Land pacu inisiatif pelancongan pelayaran mesra Muslim di Malaysia
    • Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas
    • MyBaik, jenama fastfood milik anak tempatan pertama gabung ayam, burger & pizza
    Friday, October 24
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

      September 24, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 tawar aksi permotoran & hiburan menggamatkan

      September 30, 2025

      DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah

      September 30, 2025

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      RingConn, cincin pintar ultra nipis pertama dunia dengan pemantauan apnea tidur kini di Malaysia

      August 18, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Nur Amisha sedia uji Milena, bakal pamer kejutan di RF3 Kuda Merah

      September 8, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe
    Editor's Picks

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    Team Editorial KLHypeBy Team Editorial KLHypeOctober 20, 2025Updated:October 21, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Bagi Dr. Reshma Prakash, setiap langkah menuju kejayaan bukan sekadar tentang keindahan mahkota yang kini menghiasi kepalanya tetapi tentang air mata, ketabahan, dan kasih seorang ibu yang membesarkannya tanpa sang suami di sisi.

    Baru-baru ini di Okada, Manila, menjadi detik penuh emosi apabila wanita jelita bertubuh langsing dari Johor Bahru ini dinobatkan sebagai Naib Johan Keempat (3rd Runner-Up) Mrs. Universe 2025, menewaskan lebih 120 peserta dari seluruh dunia sekaligus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa 

    Namun di sebalik senyuman dan sorakan gemilang, tersembunyi sebuah kisah yang menyentuh hati tentang perjuangan hidup dan cinta seorang anak terhadap ibunya.

    Dr Reshma membesar tanpa sosok seorang ayah yang meninggal ketika beliau baru menjengah dunia. Mendiang ayahnya, seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), meninggalkan mereka sekeluarga sebelum sempat melihat anak bongsu dari dua beradik yang baru sahaja berusia sembilan bulan itu membesar.

    “Saya tak tahu pun ayah dah meninggal sehinggalah berumur sembilan tahun baru saya faham. Selama ni mak cakap ayah pergi kerja,” ceritanya dalam nada sebak.

    Bersama kakaknya, mereka membesar melihat ibu mereka mengerah keringat bekerja siang dan malam, malah Dr Reshma menyifatkan ibunda tercinta seorang wanita tabah yang tidak pernah meminta simpati, meskipun sering dipandang rendah oleh orang sekeliling.

    “Mak saya selalu dibuli, orang panggil kami anak yatim, dan di mana-mana pun dia pergi, dia tak dapat penghormatan yang sepatutnya. Tapi dia tetap jalan terus, balik kerja, masak, dan terus berjuang,” kata Reshma, mengimbas kembali wajah ibunya yang menjadi kekuatan utama dalam hidupnya.

    Tekad mengubah takdir

    Dr Reshma bersama ibu tersayang.

    Kehidupan mereka ketika itu serba sederhana, berlindung dalam rumah kecil yang penuh kekurangan, dan tiada siapa pun yang sudi bertandang. Namun di situlah lahirnya tekad Dr Reshma dan kakaknya: satu hari nanti, mereka akan mengubah nasib keluarga.

    “Mak selalu kata, cuma pelajaran yang boleh ubah hidup. Jadi kami belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading,” ujarnya.

    Dr Reshma tidak malu mengakui bahawa dirinya pernah bekerja di restoran makanan segera dan menjadi pelayan semasa zaman remajanya. Semua itu dilakukan demi membantu ibunya dan menampung perbelanjaan belajar.

    Dr Reshma membesar bersama ibu dan kakak dengan penuh onak dan ranjau.

    Hari ini, tekad itu menjadi nyata, dari rumah kecil yang sunyi, kini dia menghadiahkan sebuah rumah untuk ibunya, simbol kejayaan dan kasih yang tidak pernah pudar.

    Dari anak yatim, doktor dan Ratu Dunia

    Kini, Dr. Reshma bukan sahaja seorang doktor perubatan, tetapi juga seorang wanita inspirasi yang memperjuangkan kesejahteraan masyarakat melalui Klinik Keluarga dan Surgeri yang diusahakan bersama suaminya, Dr Raymond.

    Klinik itu kini mempunyai beberapa cawangan di Johor Bahru dan turut menyediakan rawatan percuma kepada golongan OKU dan kurang berkemampuan selain mengusahakan pusat rawatan dialisis.

    Dalam sidang media selepas pertandingan baru-baru ini, beliau mengucapkan penghargaan kepada suami yang sentiasa menjadi tulang belakangnya dari mula berkahwin sehinggalah mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

    Dr Reshma mendapat sokongan penuh suami dalam mengejar cita-citanya.

    “Dia sentiasa percaya pada saya, malah lebih daripada saya percaya pada diri sendiri,” katanya tersenyum.

    Bagi Dr. Reshma, kejayaannya bukan hanya miliknya seorang, tetapi untuk semua wanita yang pernah diremehkan, dibuli, atau berasa tidak cukup baik.

    “Kalau saya yang dulu budak kampung, anak yatim, boleh berdiri di pentas dunia, semua wanita pun boleh. Jangan berhenti bermimpi,” ujarnya penuh semangat.

    Beliau juga menyeru agar kaum lelaki turut memainkan peranan dalam memberi ruang dan sokongan kepada wanita untuk berkembang dan berjaya.

    “Wanita lebih kuat daripada apa yang dunia sangkakan,” katanya menutup bicara, diiringi tepukan gemuruh media dan hadirin.

    Daripada seorang anak kecil yang kehilangan ayah, kepada seorang wanita yang mengangkat maruah keluarga dan bangsa, Dr. Reshma Prakash membuktikan bahawa kekuatan sebenar tidak lahir daripada kemewahan, tetapi daripada luka yang disembuhkan dengan kasih, tekad, dan harapan.

    Seorang ratu bukan kerana mahkotanya, tetapi kerana hatinya, dan hati Dr. Reshma, jelas sekali, milik rakyat Malaysia.

    beauty with brain Dr Reshma Featured Featured Slider leisure lifestyle Mrs Universe
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital
    Next Article UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar
    Team Editorial KLHype

    Related Posts

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 2025

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 2025

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    October 17, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    By kolumnisOctober 24, 2025

    Sejak kebelakangan ini, kes jangkitan Influenza A menunjukkan peningkatan ketara, terutamanya ketika perubahan musim dan…

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 20251K

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 20254K

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    October 20, 20255K

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    October 17, 20253K

    The Asia Records rai pencapaian luar biasa individu, organisasi seluruh Asia 

    October 17, 20252K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 2025

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 2025

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    October 20, 2025

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    October 17, 2025
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.