Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Raja Izzuddin Iskandar Shah Dilantik Penasihat Do’zee dan Santara, Sasar Perkukuh Eksport Menjelang 2027

    November 20, 2026

    Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

    November 18, 2026

    MAMSB Perkasa Transformasi Digital, Pastikan Industri Perkhidmatan Wang Kekal Berdaya Saing

    November 16, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Raja Izzuddin Iskandar Shah Dilantik Penasihat Do’zee dan Santara, Sasar Perkukuh Eksport Menjelang 2027
    • Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1
    • MAMSB Perkasa Transformasi Digital, Pastikan Industri Perkhidmatan Wang Kekal Berdaya Saing
    • Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’
    • Langkah Penuh Gaya: Sepatu Tricia Lew Sempurnakan Busana di Pentas Fashionably Modest Asia 2026
    • Satu Lapisan, Dua Iklim: 5 Cara UNIQLO HEATTECH Mengiringi Percutian Musim Sejuk Hingga ke Gaya Harian di Malaysia
    • Rambut Gugur vs Gaya Hidup: Apa Sebenarnya yang Cuba Disampaikan oleh Tubuh Anda?
    • Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti
    Friday, November 20
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

      November 18, 2026

      Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti

      November 13, 2026

      KHIND Raikan 65 Kisah Inspirasi Rakyat Malaysia Menerusi Kempen ‘Sebut Namamu’

      November 11, 2026

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026

      Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

      November 2, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti

      November 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Raja Izzuddin Iskandar Shah Dilantik Penasihat Do’zee dan Santara, Sasar Perkukuh Eksport Menjelang 2027
    BIZ

    Raja Izzuddin Iskandar Shah Dilantik Penasihat Do’zee dan Santara, Sasar Perkukuh Eksport Menjelang 2027

    Team KLHypeBy Team KLHypeNovember 20, 2026No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Jenama produk pencuci dan penjagaan kediaman tempatan, Do’zee, melakar fasa pertumbuhan baharu apabila mengumumkan pelantikan Yang Amat Mulia Raja Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah sebagai Penasihat Syarikat, di samping menyasarkan eksport sehingga 15 kontena sebulan ke Dubai menjelang tahun hadapan.

    Pelantikan berprestij itu turut merangkumi jenama makanan dan hospitaliti Santara, melibatkan tiga entiti korporat utama iaitu SR Asia Resources Sdn. Bhd. dan NGDM (M) Sdn. Bhd. bagi Do’zee, serta Akarr Cafe Sdn. Bhd. yang mengendalikan Santara.

    Perkukuh hala tuju strategik dan tadbir urus

    Pengisytiharan rasmi pelantikan tersebut berlangsung dalam satu majlis khas di Ibu Pejabat Do’zee pada Rabu lalu, lengkap dengan upacara penyerahan watikah pelantikan sebagai simbol penerimaan tanggungjawab.

    Ketua Pegawai Eksekutif Do’zee dan Santara, Dato’ Seri Dr. Mohd Syukri, dalam ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Raja Izzuddin Iskandar Shah menerima pelantikan berkenaan yang disifatkan sebagai pedoman penting untuk memacu tadbir urus serta daya saing organisasi.

    “Sesungguhnya, keberangkatan Yang Amat Mulia Tuanku merupakan satu penghormatan yang amat besar kepada pihak kami. Kami berharap pandangan, pengalaman serta nasihat Yang Amat Mulia Tuanku dapat menjadi pedoman dalam memperkukuh hala tuju strategik, tadbir urus dan pembangunan perniagaan kami pada masa hadapan.

    “Kami akan terus komited meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan, memperluas peluang perniagaan serta membangunkan Do’zee dan Santara sebagai jenama tempatan yang dipercayai dan dihormati di dalam mahupun di luar negara,” katanya.

    Jadikan Dubai hab pasaran Timur Tengah

    Dalam sesi sidang media berasingan pada majlis sama, pihak pengurusan memaklumkan Do’zee kini giat memperluas pasaran antarabangsa ke Brunei, Singapura dan Thailand, selain menjadikan Dubai sebagai hab utama bagi menembusi pasaran Timur Tengah.

    Bagi melancarkan operasi di Emiriah Arab Bersatu (UAE), syarikat telah menubuhkan entiti tempatan dikenali sebagai Dozee Global General Trading LLC yang beroperasi di Sheikh Zayed Road serta kemudahan gudang sendiri.

    Menurut Pengerusi Do’zee, Dato Zulkifli Hussin, pasaran di Dubai kini berada pada fasa percubaan dengan sambutan memberangsangkan, manakala dua kumpulan pengedar lain di Timur Tengah turut menyatakan minat menjalin kerjasama.

    Susulan perkembangan itu, Do’zee menyasarkan penghantaran antara 10 hingga 15 kontena berukuran 20 kaki setiap bulan ke Dubai.

    Pelaburan robotik RM5 juta dan sasaran 1 juta unit

    Ketika ini, kilang pengeluaran Do’zee mengeluarkan sekitar 300,000 hingga 350,000 unit pelbagai produk pencuci termasuk pencuci pakaian, pencuci pinggan, pencuci lantai dan pewangi setiap bulan menggunakan kemudahan yang 85 peratus automatik dan 15 peratus manual.

    Menjelang tahun 2027, syarikat itu menyasarkan peningkatan kapasiti antara 500,000 hingga satu juta unit sebulan, dipacu oleh pengenalan pembungkusan baharu yang lebih eksklusif serta produk Sabo 2Z empat dalam satu berunsur antibakteria.

    Untuk menyokong lonjakan tersebut, Do’zee merancang melabur antara RM3 juta hingga RM5 juta bagi menaik taraf barisan pengeluaran kepada sistem robotik sepenuhnya.

    Langkah automasi itu dijangka meningkatkan kelajuan pengeluaran tiga hingga empat kali ganda berbanding kapasiti semasa sekitar 20,000 liter sehari, sekali gus mengurangkan kadar kerosakan produk.

    Perluas rangkaian pasar raya dan rancangan IPO

    Tambah Dato’ Seri Dr. Mohd Syukri, di pasaran tempatan, Do’zee kini dalam proses memperluas pengedaran ke rangkaian pasar raya dan peruncit utama di seluruh Malaysia termasuk 99 Speedmart dan Mr. DIY, selain merancang menembusi pasaran stesen minyak menerusi pembungkusan bersaiz ringkas.

    Dari sudut perkembangan korporat jangka panjang, syarikat itu turut meletakkan sasaran untuk melaksanakan penyenaraian awam permulaan (IPO) dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, tertakluk kepada kesiapsiagaan kewangan dan kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

    Featured Featured Slider
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSiti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1
    Team KLHype

    Related Posts

    Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

    November 18, 2026

    MAMSB Perkasa Transformasi Digital, Pastikan Industri Perkhidmatan Wang Kekal Berdaya Saing

    November 16, 2026

    Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’

    November 16, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Raja Izzuddin Iskandar Shah Dilantik Penasihat Do’zee dan Santara, Sasar Perkukuh Eksport Menjelang 2027

    By Team KLHypeNovember 20, 2026

    Jenama produk pencuci dan penjagaan kediaman tempatan, Do’zee, melakar fasa pertumbuhan baharu apabila mengumumkan pelantikan…

    Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

    MAMSB Perkasa Transformasi Digital, Pastikan Industri Perkhidmatan Wang Kekal Berdaya Saing

    Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Raja Izzuddin Iskandar Shah Dilantik Penasihat Do’zee dan Santara, Sasar Perkukuh Eksport Menjelang 2027

    November 20, 20265K

    Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

    November 18, 202610K

    MAMSB Perkasa Transformasi Digital, Pastikan Industri Perkhidmatan Wang Kekal Berdaya Saing

    November 16, 20263K

    Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’

    November 16, 20262K

    Langkah Penuh Gaya: Sepatu Tricia Lew Sempurnakan Busana di Pentas Fashionably Modest Asia 2026

    November 15, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Raja Izzuddin Iskandar Shah Dilantik Penasihat Do’zee dan Santara, Sasar Perkukuh Eksport Menjelang 2027

    November 20, 2026

    Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

    November 18, 2026

    MAMSB Perkasa Transformasi Digital, Pastikan Industri Perkhidmatan Wang Kekal Berdaya Saing

    November 16, 2026

    Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’

    November 16, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.