Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi

    September 25, 2025

    Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

    September 24, 2025

    Pecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman

    September 24, 2025
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi
    • Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara
    • Pecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman
    • Peniaga dakwa tanah dikaveat secara tidak sah, mahu fail tuntutan pada syarikat peminjam wang berlesen
    • Dr. Suresh Kumarasamy dari Hospital Gleneagles Penang terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Asian Society of Gynaecologic Oncology
    • Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital
    • Inovasi digital Pinn Yang: 20 platform tempatan untuk kemudahan seharian
    • Ahmad’s Fried Chicken sasar 80 cawangan menjelang akhir 2025
    Thursday, September 25
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

      September 24, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025

      Sans Wellness rai 25 tahun kejayaan: Angela Chan dipilih duta jenama, seru wellness jadi gaya hidup

      September 6, 2025

      GGR Motor terima kunjungan Pegawai JPJ Wilayah Persekutuan

      September 6, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      RingConn, cincin pintar ultra nipis pertama dunia dengan pemantauan apnea tidur kini di Malaysia

      August 18, 2025

      Proton X50 terbaharu didedahkan: kini lebih sporty, bergaya & luas

      July 1, 2025

      Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

      May 1, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Nur Amisha sedia uji Milena, bakal pamer kejutan di RF3 Kuda Merah

      September 8, 2025

      Mat Korro puas benam pencabar Thailand

      August 22, 2025

      Dari Muzium ke Raintree Walk, semua ada dalam Heritage Ride

      August 22, 2025

      PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 kembali dengan sasaran 200,000 penonton, dimeriahkan 2 festival EDM

      August 18, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025

      Sans Wellness rai 25 tahun kejayaan: Angela Chan dipilih duta jenama, seru wellness jadi gaya hidup

      September 6, 2025

      PromasterSkill Academy bawa revolusi pendidikan kecantikan TVET ke aras baru

      August 24, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara
    Lifestyle

    Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

    Shamz JohanBy Shamz JohanSeptember 24, 2025Updated:September 24, 2025No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Festival Cita Rasa Warisan @ Kuala Lumpur telah pun menutup tirai pada 16 September lalu, namun, keterujaan pengunjung untuk hadir ke penganjuran akan datang terus membara.

    Bagi Devi, 40, dia menganggap festival ini sangat unik kerana menampilkan pelbagai jenis makanan tempatan daripada semua negeri di Malaysia namun mencadangkan agar elemen kesenian turut disuntik jika festival sama dianjurkan lagi.

    “Kita ada ‘wisata kuliner’ (di Indonesia) tapi tidak sebesar (penganjuran) ini. Boleh banyakkan lagi aktiviti dan permainan atau cenderamata untuk pengunjung dan juga muzik.

    “Soalnya di Jakarta, (festival) macam ini dia ada muzik (persembahan konsert) atau Live band, ia lebih seronok dan lebih menarik,” katanya yang bekerja di kedutaan Indonesia.

    DEVI (kanan) ambil kesempatan mencuba pelbagai juadah di hari terakhir Festival Cita Rasa Warisan @ Kuala Lumpur di Taman Tasik Titiwangsa, baru-baru ini.

    Katanya lagi, dia sudah mencuba pelbagai juadah seperti mee rebus, laksa penang, keropok lekor dan pasembur sepanjang sembilan bulan berada di Malaysia.

    “Di sini, udangnya (mee rebus) itu lebih besar,” katanya lagi.

    Teruja cuba makanan tempatan

    Manakala, bagi Chhan Sambopisey, 31, berkata dia amat teruja dapat mencuba dan merasai pelbagai jenis makanan yang terdapat di festival tersebut.

    Chhan Sambopisey teruja mencuba makanan yang pertama kali dijumpai di Malaysia.

    “Ada banyak jenis makanan yang saya dapat cuba, ada yang saya tidak pernah jumpa lagi. Tapi semuanya sedap dan manis,” katanya yang berasal dari Kemboja.

    Festival tersebut bermula pada 12 hingga 16 September lalu di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur merupakan inisiatif mempromosi dan mengukuhkan sektor pelancongan dan kebudayaan yang berfokus kepada tiga teras utama iaitu ekopelancongan, kebudayaan, dan warisan.

    Melalui program ini, makanan warisan diketengahkan sebagai produk utama bagi menampilkan keindahan seni, budaya dan warisan pelbagai kaum dan etnik Malaysia.

    Antara juadah dan makanan autentik yang terdapat di festival ini termasuklah lontong darat, lemang, rendang tok, daging salai, masak lemak itik, beko, serabai, laksam, asam pedas Melaka, muruku, kuih bulan, punten, char kuey teow dan asam laksa Pulau Pinang, ambuyat, linopot, latok, amplang, kuih cincin, rempenyek, laksa Sarawak, mee kolok, celorot, ABC, cendol, ubi kayu rebus dengan kelapa, sate, keropok lekor, cekodok pisang, labu, ubi, dan pelbagai lagi keunikan cita rasa tradisi Malaysia yang dikumpulkan dalam satu festival.

    Festival ketengah identiti bangsa

    Sementara itu, Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara, Dr. Eyo Leng Yan, berkata festival ini ibarat sebuah ‘kelas terbuka’ tentang identiti bangsa.

    “Makanan warisan adalah bahagian penting daripada warisan budaya kita. Kalau tiada generasi baharu yang menyambungnya, ia boleh hilang begitu sahaja,” katanya.

    Menurutnya, setiap hidangan di sini bukan sekadar penawar lapar, tetapi memori kolektif yang mengikat kita dengan akar budaya malah festival ini mempunyai misi yang lebih besar daripada sekadar mengenyangkan pengunjung.

    “Festival ini membantu kita kembali menghargai apa yang diwariskan oleh nenek moyang,” katanya lagi.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman
    Next Article KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi
    Shamz Johan

    Related Posts

    Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

    September 19, 2025

    Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

    September 10, 2025

    Sans Wellness rai 25 tahun kejayaan: Angela Chan dipilih duta jenama, seru wellness jadi gaya hidup

    September 6, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi

    By Team Editorial KLHypeSeptember 25, 2025

    KUALA LUMPUR, 25 September 2025 – Koperasi Aman Berhad (KOPERAB) memeterai kerjasama strategik dengan P2P…

    Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

    Pecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman

    Peniaga dakwa tanah dikaveat secara tidak sah, mahu fail tuntutan pada syarikat peminjam wang berlesen

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi

    September 25, 20253K

    Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

    September 24, 20255K

    Pecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman

    September 24, 20252K

    Peniaga dakwa tanah dikaveat secara tidak sah, mahu fail tuntutan pada syarikat peminjam wang berlesen

    September 22, 20257K

    Dr. Suresh Kumarasamy dari Hospital Gleneagles Penang terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Asian Society of Gynaecologic Oncology

    September 22, 2025119
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi

    September 25, 2025

    Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

    September 24, 2025

    Pecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman

    September 24, 2025

    Peniaga dakwa tanah dikaveat secara tidak sah, mahu fail tuntutan pada syarikat peminjam wang berlesen

    September 22, 2025
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.