Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Kumpulan Suria KLCC Rai Deepavali Penuh Gemilang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall

    October 29, 2026

    The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

    October 29, 2026

    CSUN Rasmi Dilancarkan, Meterai 50 MOU Rentas Sektor & Raih Asia Record

    October 29, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Kumpulan Suria KLCC Rai Deepavali Penuh Gemilang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall
    • The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI
    • CSUN Rasmi Dilancarkan, Meterai 50 MOU Rentas Sektor & Raih Asia Record
    • KESO Legacy Network Dan KLNET Akademi Terajui GEMERSIT BUMI, Perkasakan TVET Menerusi Kepakaran Industri Emas
    • TPM Temui Komuniti Permotoran Di Semenyih Malam Esok, Tiket MotoGP Percuma Antara Tarikan Utama
    • Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia
    • Premier Clinic Dedah Pentingnya Rawatan Bersasar, Kesihatan Kulit Jangka Panjang
    • KAB Gold Buka Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur, Santuni 60 Asnaf
    Thursday, October 29
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Premier Clinic Dedah Pentingnya Rawatan Bersasar, Kesihatan Kulit Jangka Panjang

      October 26, 2026

      Watsons Plus Kini di Isetan Lot 10: Cawangan Terbesar dan Kedai ke-888 Diiktiraf MBOR

      October 16, 2026

      MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

      October 8, 2026

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Fly High Education Centre terus dominasi Tuisyen PKSK dengan pendekatan modul dan guru pakar
    Featured

    Fly High Education Centre terus dominasi Tuisyen PKSK dengan pendekatan modul dan guru pakar

    Team KLHypeBy Team KLHypeSeptember 4, 2025Updated:September 5, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    SHAH ALAM, 4 September 2025 – Pusat tuisyen Fly High sekali lagi muncul sebagai penyedia utama bagi persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), satu-satunya peperiksaan di peringkat pusat yang dilaksanakan secara standard di seluruh negara.

    Pengasas Fly High Education Centre, Pn Fida Alie berkata sejak awal penubuhannya pada 2017, pihaknya menekankan kualiti dengan menampilkan tenaga pengajar berpengalaman yang benar-benar mahir dalam bidang PKSK, selain menyediakan modul khas yang disusun sendiri oleh guru.

    “Berbeza dengan tuisyen biasa, semua soalan PKSK adalah standard dan dilaksanakan serentak di seluruh negara. Oleh itu, ibu bapa perlu mencari pendekatan yang betul. 

    Puan Fida (tengah) bersama tenaga pengajar di Fly High Education.

    “Ramai guru sekolah pun masih kurang jelas mengenai format dan kaedah peperiksaan ini, dan di situlah Fly High mengisi kekosongan tersebut,” katanya.

    Siri bengkel intensif seluruh negara

    Setiap tahun, Fly High mengadakan siri bengkel intensif di pelbagai negeri, termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Tenaga pengajar seramai 40 orang kini mengendalikan hampir 1,800 pelajar secara berkala, selain sesi bengkel one-off yang dianjurkan mengikut permintaan.

    Menurut Puan Fida, pendekatan Fly High berbeza kerana mengutamakan “sentuhan manusia” berbanding semata-mata bergantung pada teknologi.

    “Dalam kelas kami, murid bukan sekadar belajar, tetapi mereka berinteraksi secara langsung dengan guru. Ada mak ayah yang pernah beritahu, mereka sendiri duduk di sebelah anak semasa kelas online kerana mahu turut sama menyerap ilmu yang disampaikan. Bagi saya, itu satu penghargaan besar kepada usaha kami,” jelasnya.

    Fly High menawarkan dua pakej kelas — Juara Umum bernilai RM100 untuk 20 sesi (bersamaan RM5 setiap kelas), dan Premium Class bernilai RM350. Walaupun pakej premium lebih mahal, ia tetap mendapat sambutan kerana menampilkan tenaga pengajar “bertaraf pemain bola sepak” yang diikat dengan kontrak khas demi mengekalkan kualiti.

    Jelajah PKSK bersama Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar di Shah Alam, baru-baru ini.

    “Kelas premium sebenarnya untuk memastikan guru-guru terbaik kekal bersama Fly High. Kalau tidak, mereka mudah direbut oleh pusat lain. Ibarat pemain bola sepak, kita perlu ikat kontrak supaya pelajar dapat belajar dengan guru yang konsisten dan berkualiti tinggi,” kata Puan Fida.

    Beliau turut menjelaskan bahawa kelewatan modul yang sering dipersoalkan sebenarnya adalah strategi untuk menjaga eksklusiviti.

    “Modul kami bukan bahan fotostat atau salinan dari mana-mana. Guru sendiri yang menyusunnya berdasarkan pengalaman dan silibus sebenar. Sebab itu ia tidak boleh diperoleh di tempat lain. Walaupun kadang-kadang diberikan agak lewat, ia adalah jaminan kandungan yang asli dan berkualiti,” katanya lagi.

    Lahir dari inisiatif ibu bapa

    Fly High bermula sejak 2017 hasil inisiatif ibu bapa yang mencari kelas berkualiti untuk anak-anak mereka. Menurut Puan Fida, titik tolaknya bermula apabila beliau mahu mencari guru terbaik untuk anak sendiri, namun mendapati bayaran one-to-one terlalu tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

    “Saya terfikir, kalau seorang anak pun kosnya begitu besar, bagaimana dengan ibu bapa lain? Jadi saya ajak beberapa pelajar lain untuk belajar bersama dalam satu kumpulan. Dari situ, tanpa disangka, kelas pertama kami menarik sehingga 80 orang pelajar. Dari situlah Fly High lahir,” ujarnya.

    Ketika pandemik COVID-19, Fly High beralih ke platform dalam talian, yang kemudiannya menjadi kelebihan utama kerana mampu menarik ribuan pelajar serentak.

    “Ramai yang pada mulanya skeptikal dengan kelas online. Tetapi kalau dibuat dengan betul, ia boleh jadi sama atau lebih baik daripada kelas bersemuka. Saya sendiri pernah mengendalikan kelas online dengan 5,000 pelajar sekali gus. Itu membuktikan keberkesanan kaedah ini bila ada guru yang betul-betul komited,” katanya.

    Untuk tahun ini, siri jelajah seminar PKSK Fly High akan diteruskan di beberapa lokasi termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, dan kemuncak di Shah Alam pada awal Oktober — menjelang tarikh peperiksaan sebenar.

    “Kami mahu pastikan setiap pelajar, tak kira latar belakang, berpeluang mendapat persediaan terbaik untuk PKSK. Itu misi kami sejak awal, dan Insya-Allah akan terus menjadi kekuatan Fly High,” tambah Puan Fida.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMarriot Executive Apartments debuts in Kuala Lumpur
    Next Article Azharina, Daniesh hadiahkan ‘Gunung Kinabalu’ sebagai tribute untuk Sabah
    Team KLHype

    Related Posts

    Kumpulan Suria KLCC Rai Deepavali Penuh Gemilang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall

    October 29, 2026

    The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

    October 29, 2026

    CSUN Rasmi Dilancarkan, Meterai 50 MOU Rentas Sektor & Raih Asia Record

    October 29, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Kumpulan Suria KLCC Rai Deepavali Penuh Gemilang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall

    By Team KLHypeOctober 29, 2026

    Kumpulan Suria KLCC menjemput orang ramai meraikan Pesta Cahaya dalam suasana penuh gemilang menerusi kempen…

    The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

    CSUN Rasmi Dilancarkan, Meterai 50 MOU Rentas Sektor & Raih Asia Record

    KESO Legacy Network Dan KLNET Akademi Terajui GEMERSIT BUMI, Perkasakan TVET Menerusi Kepakaran Industri Emas

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Kumpulan Suria KLCC Rai Deepavali Penuh Gemilang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall

    October 29, 20263K

    The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

    October 29, 20263K

    CSUN Rasmi Dilancarkan, Meterai 50 MOU Rentas Sektor & Raih Asia Record

    October 29, 20262K

    KESO Legacy Network Dan KLNET Akademi Terajui GEMERSIT BUMI, Perkasakan TVET Menerusi Kepakaran Industri Emas

    October 28, 20263K

    TPM Temui Komuniti Permotoran Di Semenyih Malam Esok, Tiket MotoGP Percuma Antara Tarikan Utama

    October 28, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Kumpulan Suria KLCC Rai Deepavali Penuh Gemilang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall

    October 29, 2026

    The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

    October 29, 2026

    CSUN Rasmi Dilancarkan, Meterai 50 MOU Rentas Sektor & Raih Asia Record

    October 29, 2026

    KESO Legacy Network Dan KLNET Akademi Terajui GEMERSIT BUMI, Perkasakan TVET Menerusi Kepakaran Industri Emas

    October 28, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.