PUTRAJAYA, 14 Ogos 2026 – GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. terus memperkukuh kedudukannya dalam sektor peruncitan tempatan menerusi pembukaan cawangan terbaharu Giant di Destina Putrajaya, sebuah pasar raya moden yang menggabungkan kemudahan membeli-belah barangan harian, pilihan sajian, serta perkhidmatan kesihatan dan kecantikan di bawah satu bumbung.
Terletak di lokasi strategik dengan kemudahan akses terus ke stesen MRT Putrajaya dan KLIA Transit, pembukaan cawangan ini memperluas legasi Giant dalam menawarkan nilai pembeliaan optimum menerusi kempen “Harga Rendah, Lebih Lama” bagi barangan asas, hasil segar, dan keperluan dapur.


Majlis pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Cheah Yong Hock, bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Linda Phang; Pengurus Besar Kanan Pembangunan & Komersial Kumpulan KLCC Holdings, Ikhwan Hamzah Azizan; serta Timbalan Pengarah (Pembangunan) Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam, Pardon Munawar.
Penuhi keperluan gaya hidup komuniti moden
Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Cheah Yong Hock berkata, pengenalan Giant Destina Putrajaya merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk kekal relevan dengan dinamik dan kehendak pengguna masa kini.
“Giant Destina Putrajaya menggabungkan nilai yang sinonim dengan Giant dengan pengalaman membeli-belah yang lebih moden dan lengkap. Dengan akses terus kepada rangkaian pengangkutan awam, kami berharap cawangan ini dapat memberikan lebih kemudahan kepada penduduk, penjawat awam, warga kerja serta komuniti komuter di Putrajaya,” kata beliau.
Bagi melengkapkan kemudahan gaya hidup serba moden, premis ini turut dilengkapi pelbagai ruang sajian menarik seperti Uncle Jack Fried Chicken, Sudut Nasi Campur, Kyojin Sushi, serta Mercato Café & Bakery yang menyajikan kopi, roti sourdough segar, dan pastri.






Rangkaian perkhidmatan kesihatan dan penjagaan diri pula ditawarkan menerusi pembukaan MY CHEMIST Hub.
Pesta ‘Jalan Jalan Cari Jajan’ dan keistimewaan penjawat awam


Sempena pembukaannya, Giant menganjurkan pesta “Jalan Jalan Cari Jajan” bermula 13 hingga 31 Ogos 2026 yang menampilkan pelbagai pilihan snek dan minuman popular khas buat komuniti setempat serta pengguna pengangkutan awam.
Sebagai tanda penghargaan khusus, Giant turut memperkenalkan penawaran istimewa buat penjawat awam dan pesara kerajaan bagi pembelian makanan di Uncle Jack, Mercato Café, dan Kyojin Sushi.
Langkah ini sejajar dengan usaha syarikat dalam menyediakan nilai tambah yang komprehensif kepada ekosistem pentadbiran negara di Putrajaya.


