Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu

    October 12, 2026

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 2026

    Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

    October 9, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu
    • Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’
    • Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan
    • SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030
    • KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC
    • STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur
    • MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung
    • Kenaikan Cukai Tanah 13 Kali Ganda: Berjaya Hills Resort Bantah Tindakan Penguatkuasaan Kerajaan Pahang
    Thursday, October 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

      October 8, 2026

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026

      Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO

      September 27, 2026

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026

      SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul

      September 25, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Lebih besar & berani: KLFW2025 kembali bertenaga
    Fashion

    Lebih besar & berani: KLFW2025 kembali bertenaga

    Team KLHypeBy Team KLHypeAugust 1, 2025No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Kembali dengan lebih besar dan menyerlah, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week, KLFW) sekali lagi berganding tenaga bersama Suria KLCC dan KLCC Holdings Sdn Bhd untuk menghidupkan semula pentas peragaan berhadapan Menara Berkembar PETRONAS yang ikonik bagi minggu fesyen tempatan yang penuh bertenaga.

    Dari 4 hingga 10 Ogos 2025, edisi ke-13 acara fesyen tahunan yang berskala lebih besar ini pasti akan meningkatkan keterujaan dan gaya yang lebih mempersonakan dengan memaparkan bilangan tertinggi barisan penyertaan setakat ini. 

    Melibatkan lebih 55 pereka dan jenama, KLFW2025 bakal mempersembahkan penampilan semula pereka fesyen veteran terkenal, pereka muda berbakat dan nama fesyen kegemaran ramai. 

    Dengan ruang ketibaan khusus yang lebih segar, ruang peragaan KLFW2025 meliputi hampir keseluruhan Esplanade, Taman KLCC. Dewan persembahan utama, pentas peragaan dan pelbagai ruang aktiviti pengaktifan turut memenuhi struktur monokrom setingkat serba moden dan anggun yang tersedia. 

    Selain 500 tetamu yang dijangka menghadiri setiap persembahan fesyen yang diadakan, peminat fesyen tanah air sekali lagi berpeluang untuk menyaksikan hasil sentuhan bakat-bakat dunia fesyen menerusi penstriman langsung yang disiarkan secara eksklusif pada panel LED layar besar yang terdapat di bahagian luar dewan. 

    Kolaborasi berani menjadi tumpuan utama KLFW2025. Mengubah seni tekstil warisan yang dipelihara Muni dan Sofia Iman, masing-masing menyerlahkan keindahan warna semulajadi dan songket tradisional dalam rekaan yang mempersonakan. 

    Menggabungkan keanggunan dan gaya moden, label pakaian wanita, Larney, mempamerkan gandingan mengujakan bersama Afiq M yang kembali ke pentas peragaan serba hitam menerusi pementasan semula rekaan-rekaan klasik yang sering dinanti-nanti ramai. 

    (Dari kiri) (L-R) Aman Zakaria, AirAsia Inflight Ancillary and Engagement Specialist, Albert Thien, Content & Advocacy, L’Oréal Paris, Francis Tan, Executive Director and CEO of Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Tan, Founder of KLFW.

    KLFW 2025 juga teruja untuk mengalu-alukan kehadiran semula Ezzati Amira, Hatta Dolmat, Maarimaia, Mimpikita, Neonate, dan Private Stitch, masing-masing dengan koleksi yang melampaui sempadan dan menambahkan lagi kepelbagaian gaya dalam acara fesyen ini. 

    Penampilan sulung 5 pereka

    Bersedia untuk memberikan tanggapan pertama yang berani dalam penampilan sulung mereka di KLFW 2025 adalah bintang-bintang baharu seperti Akmal Hakim, ShazNash, Ugly Pretty, HUNTILANAK dan MOKJY. 

    Mereka akan menyertai barisan peserta setia KLFW seperti Outdwell dan Doubleback. Turut membuat penampilan yang sangat dinantikan ramai ialah pereka terkemuka, Radzuan Radziwill dan artisan bespoke, Teh Firdaus, masing-masing dikenali dengan rekaan couture ikonik untuk barisan artis-artis A-lister dan kerabat diraja.

    Landasan KLFW2025 akan turut memperlihatkan kehadiran pereka muda Raja Irfan, Mei Mei, dan Salahuddinhilmi dalam segmen “Rekaan Demi Kelestarian” (Design to Sustain) susulan kemenangan hebat mereka pada pertandingan Pencarian Pereka KLFW 2024 (KLFW Designer Search 2024). 

    “Susulan kejayaan penganjuran KLFW2024 yang berimpak dan penuh ikonik dalam ruang peragaan yang dibina khas, kami sedar bahawa adalah penting untuk kami kembali menganjurkan acara ini sekali lagi. 

    “Tujuan kami untuk memacu dunia fesyen tidak pernah berubah. Malah, KLFW2025 menandakan kehadiran semula yang lebih gah dengan cita-cita yang lebih besar, barisan peserta yang menarik perhatian, rekaan fesyen serta trend yang lebih menyerlah dan berani serta kelas dunia. 

    “Walaupun KLFW mungkin merupakan acara fesyen utama, namun demikian ia kekal sebagai satu pergerakan yang dipacu komuniti iaitu satu kolektif yang dikuasai semangat dan kecintaan serta dedikasi pereka fesyen, penaja, rakan industri dan komuniti yang menggemari dunia fesyen,” kata Andrew Tan, Pengasas KLFW. 

    Sokongan teguh rakan penaja

    Beliau menambah, “Visi kami dikuasai komitmen penaja iaitu Suria KLCC, KLCC (Holdings) Sdn Bhd, L’Oréal Paris, Poh Kong, MOCCONA dan vivo Malaysia. 

    Ia dilengkapkan oleh sokongan teguh daripada rakan-rakan industri dan kerjasama dengan AirAsia, Laurier, GHD, Laurastar, Magnum, HMNS, Vida, AICB, Signature, Colgate, dan Skechers, serta disertai hotel-hotel rasmi Mandarin Oriental, Kuala Lumpur; Traders Hotel Kuala Lumpur dan Impiana KLCC Hotel. 

    “Kami berbesar hati untuk sekali lagi menjadi penaja lokasi bagi KLFW, selepas kejayaan penganjuran sulungnya di KLCC the Place tahun lalu.  

    Kembalinya KLFW di sini mengukuhkan komitmen kami dalam menjadikan KLCC the Place sebagai pusat fesyen, budaya dan kreativiti di kota yang semarak ini. Sebagai rakan penaja, KLCC (Holdings) Sdn Bhd amat komited untuk menyokong acara berprestij ini yang meraikan kemewahan, kepelbagaian dan inovasi dalam landskap fesyen Malaysia.  

    “Penganjuran KLFW 2025 akan menjadi satu lagi penantian dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di KLCC the Place,” kongsi Datuk Sr Mohd. Salem Kailany, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd.

    Pengasas KLFW, Andrew Tan.

    Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, berkata, “Sebagai destinasi beli-belah berkonsepkan pengalaman yang ikonik di Malaysia, Suria KLCC berbangga untuk meneruskan kerjasama bersama KLFW; sebuah platform yang bukan sahaja meraikan gaya, tetapi turut mengangkat kreativiti tempatan ke persada antarabangsa. 

    “Tahun ini, kami amat teruja untuk mempersembahkan ‘Suria KLCC Presents Sofia Iman’, yang menampilkan salah satu jenama tempatan yang bernaung di Suria KLCC sebagai pertunjukan pembukaan rasmi pada 4 Ogos. 

    “Ini merupakan penampilan sulung Sofia Iman di KLFW, dan kami amat menghargai peluang untuk menjadi sebahagian daripada langkah bersejarah ini.

    “Kami juga menantikan pembukaan butik Rizman Ruzaini di Suria KLCC pada suku ketiga 2025. Sebagai antara jenama tempatan yang paling berpengaruh dalam dunia fesyen tanah air, kami berbangga untuk menyediakan ruang di mana kreativiti dan legasi mereka dapat terus berkembang. Suria KLCC akan terus menjadi tempat di mana fesyen bukan sekadar gaya, tetapi satu pengalaman yang memberi inspirasi kepada semua.

    L’Oréal Paris Malaysia, Rakan Rasmi Kecantikan, Solekan & Rambut

    L’Oréal Paris Malaysia berasa berbesar hati menjadi Rakan Rasmi Kecantikan, Solekan & Rambut KLFW2025 yang dilihat sebagai satu platform yang terus meraikan kreativiti yang berani serta menyerlahkan kepelbagaian kecantikan. 

    “Usaha sama ini melampaui pentas peragaan. Ia mengenai pemerkasaan setiap wanita untuk menerima sifat individu mereka dan berasa yakin dengan diri sendiri. 

    “Di L’Oréal Paris, kami percaya kecantikan merupakan satu bentuk ekspresi diri yang amat berkuasa dan menerusi KLFW2025, kami berbangga untuk menghidupkan visi ini.

    Pengarah Pemasaran L’Oréal Paris, Khalil EL Osta

    “Kami akan terus memberi inspirasi dan memperkasakan wanita, khasnya di Malaysia, kerana kami yakin semua perlu menzahirkan nilai diri masing-masing dengan penuh bangga bersama L’Oréal Paris,” kongsi Khalil EL Osta, Pengarah Pemasaran L’Oréal Paris.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMeneroka Guam: Syurga Tropika AS di Pasifik Barat
    Next Article Bekas Imam Masjid Negara Dilantik Timbalan Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan
    Team KLHype

    Related Posts

    Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu

    October 12, 2026

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 2026

    Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

    October 9, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu

    By Team KLHypeOctober 12, 2026

    Jenama barangan dapur premium terkemuka, Cold Storage, kini secara rasmi kembali beroperasi di 1 Mont…

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu

    October 12, 20267K

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 20266K

    Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

    October 9, 20265K

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 20263K

    KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC

    October 8, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu

    October 12, 2026

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 2026

    Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

    October 9, 2026

    SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030

    October 9, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.