Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines
    • Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan
    • Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus
    • Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’
    • Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM
    • Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 
    • Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 
    • Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026
    Sunday, September 13
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

      September 8, 2026

      ED Fest Kembali Lagi di Summit USJ: Lebih 100 Jenama Dan 500 Barangan Tawaran Hebat Menanti Anda!

      September 5, 2026

      cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti

      August 29, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » MHF anjur SuperCamp suaikan pendidikan dengan diri pelajar
    News

    MHF anjur SuperCamp suaikan pendidikan dengan diri pelajar

    Team KLHypeBy Team KLHypeJanuary 6, 2024No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Yayasan Kemanusiaan Malaysia (MHF) berhasrat untuk mencipta impak dalam landskap pendidikan di negara ini menerusi penganjuran SuperCamp yang memperkenalkan program pendidikan terbaik di luar bilik darjah.

    SuperCamp merupakan jenama pendidikan global yang ditubuhkan pada tahun 1982 oleh profesional hartanah, Bobbi DePorter di San Francisco, Amerika Syarikat dengan asas lapan kunci kecemerlangan yang diilhamkan di Sekolah Perniagaan Burklyn bagi mengukuhkan motivasi dalam diri pelajar.

    Pengarah Eksekutif MHF yang juga peneraju SuperCamp Malaysia, Henry Teh Kok Kheng menyedari bahawa kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran hidup yang lazimnya dipelajari semasa memasuki fasa dewasa. 

    “Sebab itu, kami anjurkan SuperCamp yang menyatukan pelajar daripada pelbagai latar belakang akademik yang boleh dibentuk dengan keperibadian yang dinamik dan positif.

    Henry Teh Kok Kheng

    “Kita perlu ada kesedaran menyesuaikan pendidikan dengan perwatakan tersendiri kanak-kanak ini. Oleh itu, menerusi program SuperCamp, kita dapat mencungkil bakat baharu sama ada dalam bidang akademik mahupun kemahiran vokasional,” katanya. 

    Seramai 23 pelajar sekolah rendah dan menengah dari Malaysia, Singapura, Brunei, Vietnam dan Kanada telah menyertai SuperCamp Malaysia kali ini.

    Program Supercamp ini terbuka untuk kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 19 tahun, iaitu dalam fasa yang paling penting untuk membentuk perwatakan mereka apabila dewasa kelak.

    “Saya juga berharap ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas dapat mempertimbangkan SuperCamp sebagai satu jalan untuk meningkatkan kecemerlangan mereka. 

    Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia dan sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) sebenarnya menunjukkan kecemerlangan di SuperCamp kerana mereka boleh menjadikan keunikan yang ada sebagai kekuatan tersendiri. 

    “Sejajar dengan peningkatan kesedaran terhadap keperluan khas di Malaysia, kita perlu mengambil kira kewujudan kanak-kanak ini dan menyediakan kemahiran hidup supaya mereka boleh menjalankan kehidupan normal,” ujar Henry. 

    Selain itu, MHF turut menjalinkan usahasama dengan Teach for Malaysia (TFM) sebuah organisasi yang komited terhadap kesamarataan dalam pendidikan dan telah mengenal pasti tujuh pelajar layak menerima biasiswa untuk menyertai SuperCamp.

    “Kami melaksanakan sebuah sistem untuk beri peluang kepada pelajar daripada golongan yang kurang berkemampuan. Pada 2024, kami berharap dapat menambah bilangan penerima biasiswa ini kepada sekurang-kurangnya 50 pelajar setiap tahun,” tambah beliau. 

    Henry berkata, MHF berhasrat meluaskan pendekatan SuperCamp untuk mendekati lebih ramai ibu bapa, pelajar universiti dan syarikat lain pada masa akan datang.

    Sokongan ibu bapa pupuk motivasi positif anak

    Bagi Azrina Mohamad Aziz dan suami, Ramzul-Zafran Mohamad, 47, yang berkongsi pengalaman dapat menghantar anaknya, Nur Aliya Farhana, 14, ke SuperCamp yang mana mengubah diri anak perempuannya menjadi lebih positif. 

    Nur Aliya Farhana bersama ibu, Azrina Mohamad Aziz dan dan bapanya, Ramzul-Zafran Mohamad.

    Kongsi Azrina, Aliya seorang yang pendiam dan banyak menghabiskan masanya dengan telefon pintar ketika di rumah. Ia susulan Azrina dan Ramzul yang banyak luangkan masa menjaga anak kedua yang dilahirkan sebagai anak istimewa. 

    “Aliya mengalami ‘sindrom anak tengah’ sejak adiknya lahir. Akibatnya, Aliya mula menjauhkan diri sehingga mengganggu pencapaian akademiknya. Kami perlu memecahkan kepompong Aliya supaya dia boleh berhubung semula dengan kami sebagai sebuah keluarga. 

    “Kira-kira enam tahun lepas, kami telah menghantar anak sulung ke kem seperti ini dan amat kagum dengan perubahan ketara yang ditunjukkan. Sebab itu, kami mencari kem ini secara dalam talian hingga terjumpa mengenai SuperCamp. 

    “Harapan kami program ini dapat memupuk motivasi positif dalam diri Aliya, memberi panduan yang lebih baik dalam kehidupan serta membantunya menangani cabaran di rumah dan sekolah,” katanya.

    Begitu juga anak kepada pasangan Le Van Hung, 50, dan isteri, Nguyen Thi Lien, 46, iaitu Le Nguyen Luu Ann yang berusia 15 tahun mengalami masalah sama. 

    Le Van Hung dan isteri, Nguyen Thi Lien gembira anaknya, Le Nguyen Luu Ann dapat menyertai SuperCamp Malaysia.

    Menurut Nguyen, anak bongsu mereka kini sedang melalui fasa enggan berkomunikasi secara terbuka bersama ahli keluarganya.

    “Lu Ann aktif dalam pelbagai aktiviti sekolah termasuk sukan dan muzik tanpa menjejaskan prestasi akademiknya namun kami bimbang kerana jadual yang padat menghalangnya untuk meluangkan masa dengan keluarga.

    “Saya teringat anak sulung kami pernah menghadiri SuperCamp di Singapura. Bila SuperCamp dianjurkan di Malaysia, saya mahu Lu Ann sertai. Kami mahu anak-anak dilengkapi dengan kemahiran sosial dan pengurusan masa yang boleh menjamin kerjaya cemerlang pada masa akan datang,” kongsinya. 

    BACA JUGA:

    Persidangan Sekolah Amanah pacu kelestarian transformasi pendidikan negara
    pendidikan SuperCamp Yayasan Kemanusiaan Malaysia
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleOmbak Kitchen ‘syurga’ penggemar makanan laut
    Next Article Feruni jalin kerjasama strategik dengan empat pemaju hartanah
    Team KLHype

    Related Posts

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Mounjaro (Tirzepatide): Revolusi Rawatan Medikal Moden Untuk Atasi Perut Buncit & Lemak Visceral

    September 7, 2026

    IHH Healthcare Malaysia dan UiTM Angkat Suara Anak Muda Sempena Sambutan Merdeka

    August 31, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    By Team KLHypeSeptember 12, 2026

    Bagi mengukuhkan lagi kehadiran Taiwan dalam pasaran pelancongan keluar (outbound) di Malaysia, Pentadbiran Pelancongan, Kementerian…

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 20266K

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 20265K

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 20265K

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    September 10, 20265K

    Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM

    September 10, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    September 10, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.