Dari sut korporat ke apron dapur, Dato’ Hifdzi Hamzah yang dulunya seorang peguam korporat berprofil tinggi terkenal, kini muncul dengan misi baharu iaitu membangunkan jenama makanan segera tempatan pertama dikenali sebagai MyBaik.
Pelancaran rasmi restoran pertama MyBaik berlangsung meriah di Bandar Seri Putra, Selangor baru-baru ini namun, di sebalik jenama yang membawa tagline Rasa Baik dari Malaysia ini, tersembunyi satu tekad besar, membina legasi makanan segera yang bukan sekadar mengenyangkan, tetapi membanggakan.

Dari meja rundingan ke dapur restoran
Selepas dua dekad mengendalikan urusan korporat dan pelaburan, Dato’ Hifdzi membuat keputusan berani, meninggalkan dunia undang-undang demi membina empayar makanan segera Muslim.
“Setiap kali saya ke Mekah, saya kagum tengok rakyat Arab bangga dengan Al-Baik. Dari situ saya tertanya, bila pula kita di Malaysia akan ada jenama seperti itu — yang kita sendiri boleh banggakan?”
Dato’ Hifdzi
Gabung ayam, burger & pizza

Nama MyBaik bukan sekadar catchy di telinga, tapi membawa makna yang dalam — rasa yang baik, layanan yang baik, dan niat yang baik.
Dibangunkan sepenuhnya oleh anak muda tempatan, resipi MyBaik menampilkan rasa ayam goreng rangup, pedas yang seimbang, dan sos ciptaan sendiri yang ‘kena’ dengan tekak Malaysia.



“MyBaik bukan tiruan mana-mana francais luar. Ia 100% lokal, 100% Muslim, dan 100% Malaysia,” tegas Dato’ Hifdzi.
Berbeza daripada jenama fastfood lain, MyBaik tampil dengan konsep unik: gabungan ayam goreng, burger dan pizza dalam satu restoran.
Idea ini lahir daripada pemerhatian mudah iaitu setiap ahli keluarga ada selera berbeza, tapi semua tetap mahu makan bersama. Maka lahirlah Family Platter MyBaik, hidangan besar yang menyatukan tiga menu utama dalam satu set menjimatkan dan lengkap untuk keluarga moden.
Jenama lokal, jiwa nasional

Dalam masa singkat sejak pembukaannya, MyBaik Bandar Seri Putra sudah menarik ribuan pelanggan dari kawasan Bangi, Kajang dan Nilai.
Ramai pelanggan memuji rasa ayamnya yang “unik tapi dekat di hati”, kombinasi sempurna rempah tradisional dan sentuhan moden.
Melihat sambutan luar biasa, MyBaik kini dalam perancangan membuka cawangan kedua di Presint 15, Putrajaya menjelang akhir tahun ini, sebagai langkah pertama ke arah pengembangan nasional.
Model niaga patuh syariah, peluang miliki restoran tanpa urus sendiri
MyBaik juga memperkenalkan konsep License-Partnership berasaskan Musyarakah (perkongsian patuh syariah), yang membolehkan orang ramai menjadi Rakan Niaga MyBaik dengan modal serendah RM50,000.
Menariknya, pelabur tidak perlu terlibat dalam operasi harian sebaliknya semua urusan dikendalikan oleh HQ melalui Akademi MyBaik.
“MyBaik bukan sekadar menjual ayam goreng. Kami mahu membina ekonomi umat Islam dan beri peluang rakyat biasa menjadi luar biasa,” kata Dato’ Hifdzi penuh semangat.
Sasar 20 cawangan menjelang 2026

Menjelang 2026, MyBaik menyasarkan pembukaan 20 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia, sebelum melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak.
“Kalau orang luar boleh bangga dengan jenama mereka, kenapa tidak kita? MyBaik ialah langkah pertama membina keyakinan bahawa rakyat Malaysia juga mampu cipta sesuatu yang hebat bermula dengan satu rasa yang baik,” ujar beliau menutup bicara.
📍 MyBaik Bandar Seri Putra
No. 18-G & 18-2, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
🌐 mybaik.my | 📧 mybaikhq@gmail.com | ☎️ 018-943 4802