Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif
    • Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama
    • Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia
    • Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun
    • Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast
    • Marriott International, IOI Properties Meterai Perjanjian Buka 4 Hotel Baharu di Malaysia
    • Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan
    • Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim
    Wednesday, November 4
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026

      Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

      November 2, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » NGO Malaysia komited perjuang hak pendidikan 2 juta kanak-kanak tercicir Yemen 
    CSR

    NGO Malaysia komited perjuang hak pendidikan 2 juta kanak-kanak tercicir Yemen 

    Team KLHypeBy Team KLHypeAugust 9, 2025Updated:September 5, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Konflik bersenjata yang berlarutan sejak 2015 telah meninggalkan parut mendalam pada kehidupan rakyat Yemen, khususnya generasi mudanya. Di sebalik retorik politik dan perebutan kuasa, hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan menjadi antara korban terbesar.

    Statistik terkini menunjukkan lebih daripada dua juta kanak-kanak Yemen tercicir daripada sistem pendidikan, satu angka yang membimbangkan dan mencerminkan krisis kemanusiaan yang semakin parah.

    Inilah latar yang mendorong penganjuran The Partners for Yemen Conference, sebuah inisiatif anjuran Yemen International Agency Development (YIAD), Yayasan INSAN (INSAN), Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), MyCare, Qudwah International dan rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain. 

    Menurut Setiausaha Agung INSAN, Dr Saleem Mogyalis, persidangan kali kedua diadakan (selepas edisi pertama di Turki tahun lalu), memberi fokus khusus kepada isu keciciran pendidikan akibat krisis kemanusiaan dan ekonomi di Yemen.

    “Delegasi Malaysia, Indonesia, dan beberapa negara lain hadir bagi membincangkan strategi, merangka tindakan, serta menggembleng sokongan untuk kanak-kanak Yemen yang terpinggir.

    “Salah satu isu utama yang dibangkitkan dalam persidangan ini ialah kemusnahan sekolah-sekolah di seluruh Yemen, sama ada akibat serangan bersenjata, kekurangan dana, atau faktor keselamatan,” katanya.

    Jelas beliau, kejatuhan ekonomi negara telah memaksa ramai kanak-kanak bekerja pada usia muda demi menyara keluarga malah keadaan ini bukan sahaja menafikan hak mereka untuk belajar, malah menjerumuskan mereka ke kitaran kemiskinan yang berpanjangan.

    “Keadaan ini digelar ramai pemerhati sebagai proxy war, di mana kuasa-kuasa luar menggunakan Yemen sebagai medan perebutan pengaruh.

    “Ketiadaan kestabilan politik menambah parah keadaan. Yemen kini berpecah kepada dua pentadbiran, satu di utara, satu di selatan di samping campur tangan pihak luar yang menyalakan lagi bara konflik. 

    Pendidikan sebagai sebahagian daripada bantuan kemanusiaan

    Bagi Presiden MAHAR, Jismi Johari pendidikan tidak pernah dianggap agenda sampingan. Dalam setiap misi bantuan kemanusiaan, selain bekalan makanan dan tempat tinggal, akses kepada pendidikan turut disertakan sebagai total package.

    “Antara usaha yang sedang dijalankan termasuk menyediakan kelas sementara di kawasan pelarian dan khemah pelarian dan mengutip dana untuk membina atau membaik pulih sekolah.

    “Malah, NGO yang terlibat turut menyalurkan bantuan asas seperti pakaian seragam, beg sekolah, dan makanan harian bagi membolehkan kanak-kanak kembali belajar,” katanya.

    “Kos keseluruhan bantuan pendidikan ini memang besar, namun seperti ditegaskan oleh pihak penganjur, sumbangan kecil juga mampu membawa perubahan. 

    Katanya, sebuah organisasi kecil yang menaja peralatan sekolah atau makanan tengah hari, misalnya, sudah cukup memberi sinar harapan buat kanak-kanak yang terkesan.

    Malaysia dan peranan diplomatik

    Menjelas lanjut Jismi berkata, Malaysia bukan sekadar hadir dalam kapasiti kemanusiaan. Sejak awal krisis, Malaysia turut memainkan peranan sebagai orang tengah dalam usaha perdamaian, sebagaimana yang pernah dilakukan dalam konflik serantau lain. 

    “Walaupun proses damai di Yemen masih berliku, sokongan diplomatik Malaysia dilihat penting untuk memecahkan kebuntuan politik yang menghalang pemulihan pendidikan di negara itu.

    Presiden MAHAR, Jismi Johari

    Katanya, Yemen sebenarnya memiliki sumber yang kaya antaranya minyak, perikanan, warisan budaya, dan kedudukan strategik di persimpangan dua laut. 

    “Namun kekayaan ini menjadi rebutan, bukannya pemangkin kemakmuran rakyat. Selagi konflik berterusan, kanak-kanak Yemen akan terus menjadi mangsa.

    The Partners for Yemen Conference hadir dalam satu mesej jelas – krisis pendidikan di Yemen adalah krisis kemanusiaan, dan ia memerlukan tindakan segera dari seluruh dunia. 

    Pendidikan adalah hak asasi, bukan kemewahan. Menyediakan buku, guru, dan bilik darjah bagi anak-anak ini bukan sekadar amal, tetapi pelaburan untuk masa depan yang lebih cerah.

    Visi Persidangan Partners For Yemen

    Persidangan ini bertujuan memberi tumpuan kepada situasi kemanusiaan di Yemen, menyediakan gambaran jelas mengenai keadaan yang semakin merosot yang dialami rakyat negara itu, membincangkan cabaran dalam sektor pendidikan dan kemanusiaan, serta bertukar idea, pengalaman dan inisiatif bagi menangani cabaran ini secara berkesan dan mampan. 

    Ia juga berhasrat meningkatkan solidariti serantau dan antarabangsa bagi menyokong usaha organisasi antarabangsa dan tempatan dalam memperbaiki keadaan pendidikan di Yemen. 

    Selain itu, persidangan ini akan memfokuskan kutipan dana untuk projek-projek kemanusiaan secara umum, dengan tumpuan khusus kepada projek dalam sektor pendidikan.

    Matlamat utama persidangan ini termasuklah:

    • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai situasi kemanusiaan semasa di Yemen, termasuk menonjolkan kerosakan akibat perang dan kesannya terhadap masa kini serta masa depan pendidikan di negara itu.
    • Melancarkan visi strategik nasional bersama untuk menyokong pendidikan di Yemen, dengan kerjasama pegawai Yemen, rakan kemanusiaan antarabangsa dan penderma.
    • Mengumpulkan rakan antarabangsa, penderma, dan organisasi kemanusiaan di Asia Tenggara bagi mengarahkan usaha mereka menyokong sektor pendidikan di Yemen, di samping mengkaji laporan pencapaian sebelum ini.
    • Menyumbang kepada pembiayaan projek pendidikan mendesak dan mampan berdasarkan Pelan Tindak Balas Kemanusiaan Yemen, serta menyokong projek kemanusiaan penting dan kritikal dalam jangka pendek dan sederhana (1–3 tahun).
    conference Featured leisure lifestyle MAHAR NGO Yemen
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMAHAR bantah kerjasama Maybank-Microsoft bernilai RM1 bilion 
    Next Article Offspring x Mindmade raih Emas di MARKies Awards 2025
    Team KLHype

    Related Posts

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    By Team KLHypeNovember 4, 2026

    Sempena sambutan Pesta Cahaya yang bakal tiba, Shangri-La Kuala Lumpur menjemput orang ramai meraikan kehangatan…

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 20265K

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 20263K

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 20263K

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    November 2, 20265K

    Lexis Hotel Group Celebrates Deepavali With A Lavish Diwali Fest & Feast

    November 1, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Shangri-La Kuala Lumpur Raikan Deepavali Menerusi Buffet Sajian India di Lemon Garden, Tawar Set Hadiah Eksklusif

    November 4, 2026

    Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

    November 3, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026

    Bayu Somerset Terus Melangkah Megah: Cawangan Ke-25 Dibuka di Merdeka 118, Sasar 32 Outlet Menjelang Hujung Tahun

    November 2, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.