Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Sakit Sendi Bukan Hanya Untuk Orang Tua – Adakah Anda Berisiko?

    April 29, 2026

    Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

    April 28, 2026

    DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

    April 28, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Sakit Sendi Bukan Hanya Untuk Orang Tua – Adakah Anda Berisiko?
    • Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest
    • DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia
    • MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10
    • Turkiye Sasar 10,000 Pelajar Malaysia, Negara Serantau Lanjut Pelajaran, Tawar Biasiswa Penuh
    • TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas
    • Gleneagles Hospital Penang, Hospital Pertama di Wilayah Utara Perkenal Rawatan Epilepsi Lanjutan dengan Terapi VNS
    • Wedding Showcase 2026 Marriott Bonvoy Kembali 25-26 April 2026
    Wednesday, April 29
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

      April 28, 2026

      DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

      April 28, 2026

      MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

      April 27, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      Libang Libu: Gabungan ‘All-Star’ Paling Dinantikan Kini Di Pawagam! 

      April 23, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Bukan Sekadar Kereta Kompak! Ini Sebab Kenapa Toyota Yaris G Jadi Pilihan Paling ‘Stailo’ Untuk Anak Muda

      April 8, 2026

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Sakit Sendi Bukan Hanya Untuk Orang Tua – Adakah Anda Berisiko?
    Editor's Picks

    Sakit Sendi Bukan Hanya Untuk Orang Tua – Adakah Anda Berisiko?

    Penulis merupakan Pakar Bedah Ortopedik Perunding di Pantai Hospital Sungai Petani, Dr Kamarul Izham Bin Kamarudin.
    kolumnisBy kolumnisApril 29, 2026No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Gaya Hidup Tidak Aktif Tingkatkan Risiko Osteoartritis - Dr Kamarul Izham Kamarudin
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Osteoartritis ialah penyakit kronik yang lazimnya dikaitkan dengan golongan berusia, dan sering dianggap berpunca daripada kehausan rawan (kartilaj) pada sendi. Namun, adakah golongan muda juga perlu bimbang?

    Dengan gaya hidup yang semakin sedentari (kurang bergerak), bagaimana ia mempengaruhi risiko kita untuk mengalami artritis?

    Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, berikut ialah penjelasan daripada Pakar Bedah Ortopedik Perunding di Pantai Hospital Sungai Petani, Dr Kamarul Izham Bin Kamarudin.


    1. Apakah punca osteoartritis?

    Osteoartritis ialah penyakit sendi yang tidak melibatkan keradangan dan boleh dibahagikan kepada dua jenis utama:

    • Osteoartritis primer: Berlaku akibat proses penuaan tanpa sejarah kecederaan. Ia paling kerap berlaku dalam kalangan individu berusia 55 tahun ke atas. Keadaan ini disebabkan oleh “haus dan lusuh” pada permukaan sendi.
    • Osteoartritis sekunder: Berlaku akibat kecederaan pada sendi, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kecederaan atau patah tulang berhampiran sendi boleh menyebabkan ketidakseimbangan struktur, seterusnya memberi tekanan tidak normal pada sendi dan membawa kepada osteoartritis.

    2. Apakah simptom biasa osteoartritis?

    Gejala bergantung kepada tahap penyakit:

    • Peringkat awal: Pesakit biasanya mengalami sakit sendi ketika bergerak dan lega ketika berehat. Kesakitan sering berlaku pada waktu pagi dan berkurang apabila pesakit mula bergerak.
    • Peringkat pertengahan: Apabila penyakit semakin teruk, pesakit mungkin mengalami kekakuan sendi dan kesukaran melakukan pergerakan seperti mencangkung atau duduk bersila.
    • Tahap lanjut: Kecacatan sendi boleh berlaku, contohnya lutut menjadi bengkok ke luar.

    3. Bagaimana osteoartritis didiagnosis?

    Diagnosis biasanya berdasarkan tiga tanda utama: sakit mekanikal, kekakuan sendi dan perubahan bentuk sendi.

    Namun, pada peringkat awal, X-ray diperlukan. Tanda-tanda seperti ruang sendi yang mengecil, pengerasan tulang, sista kecil, dan pembentukan tulang berlebihan (osteofit) membantu mengesahkan diagnosis.

    4. Siapakah yang berisiko?

    • Individu berusia lebih 50 tahun.
    • Wanita selepas menopaus (terutamanya osteoartritis lutut).
    • Mereka yang mempunyai sejarah keluarga.
    • Individu dengan sejarah kecederaan atau patah tulang.
    • Individu obes.

    5. Bolehkah perubahan gaya hidup membantu?

    Ya, dan ia sangat penting:

    • Pengurangan berat badan: Setiap penurunan 1 kg berat badan boleh mengurangkan tekanan sehingga 3 kg pada lutut.
    • Pemakanan sihat: Kurangkan gula dan makanan berlemak.
    • Senaman ringan berkala: Seperti berjalan laju, berenang dan berbasikal.
    • Amalan ergonomik: Elakkan mencangkung atau melutut terlalu lama.
    • Tabiat sihat: Berhenti merokok dan kurangkan alkohol.

    6. Apakah rawatan yang tersedia?

    • Rawatan bukan pembedahan: Ubat tahan sakit, fisioterapi, senaman penguatan otot.
    • Suntikan sendi: Asid hyaluronik untuk pelinciran sendi.
    • Alat sokongan: Seperti pendakap lutut.
    • Pembedahan: Penggantian sendi dengan implan jika keadaan teruk.

    7. Bagaimana obesiti mempengaruhi risiko?

    • Obesiti meningkatkan beban pada sendi seperti lutut dan pinggul, mempercepatkan kerosakan rawan.
    • Tisu lemak menghasilkan bahan kimia yang boleh mencetuskan keradangan dan merosakkan sendi, termasuk sendi tangan.

    8. Senaman apa yang sesuai?

    Senaman ringan seperti berenang, berbasikal dan berjalan laju membantu menguatkan otot dan menyokong sendi.

    9. Peranan genetik dalam osteoartritis

    Sekitar 40–60% risiko adalah diwarisi. Faktor genetik boleh mempengaruhi bentuk sendi dan kekuatan rawan.

    10. Adakah semua sendi boleh terjejas?

    Ya. Walaupun sering melibatkan lutut dan pinggul, osteoartritis juga boleh menjejaskan tangan, siku dan tulang belakang, terutama jika terdapat tekanan berulang atau postur yang tidak betul.


    Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, osteoartritis bukan lagi sekadar “penyakit orang tua”. Gaya hidup moden yang kurang aktif dan peningkatan kadar obesiti menjadikan golongan muda juga berisiko. Namun, berita baiknya ialah keadaan ini boleh dicegah dan dikawal melalui langkah awal seperti menjaga berat badan, kekal aktif dan mengamalkan postur yang betul.

    Jika anda mula mengalami sakit atau ketidakselesaan pada sendi, jangan abaikan—dapatkan pemeriksaan awal kerana rawatan yang tepat pada masanya mampu membantu anda mengekalkan kualiti hidup yang lebih baik dan aktif sepanjang usia.

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMinat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest
    kolumnis

    Related Posts

    Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

    April 28, 2026

    DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

    April 28, 2026

    MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

    April 27, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Sakit Sendi Bukan Hanya Untuk Orang Tua – Adakah Anda Berisiko?

    By kolumnisApril 29, 2026

    Osteoartritis ialah penyakit kronik yang lazimnya dikaitkan dengan golongan berusia, dan sering dianggap berpunca daripada…

    Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

    DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

    MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Sakit Sendi Bukan Hanya Untuk Orang Tua – Adakah Anda Berisiko?

    April 29, 20261K

    Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

    April 28, 20261K

    DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

    April 28, 20262K

    MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

    April 27, 20262K

    Turkiye Sasar 10,000 Pelajar Malaysia, Negara Serantau Lanjut Pelajaran, Tawar Biasiswa Penuh

    April 26, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Sakit Sendi Bukan Hanya Untuk Orang Tua – Adakah Anda Berisiko?

    April 29, 2026

    Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

    April 28, 2026

    DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

    April 28, 2026

    MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

    April 27, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.