Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 2026

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 2026

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah
    • HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai
    • Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda
    • Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja
    • Sentuhan Ajaib Untuk Kulit Sempurna: Rawatan Revolusioner DJM Magic Finger Kini di ESME
    • Tam Spider, Zamani & Hazama Bakal Gegar Showcase JRNL Demi ‘Anak Syurga’
    • Kolaborasi Unik Kapten Batik x Tetris Gamit Memori 90-an
    • Batuk Berpanjangan Atau Sesuatu Yang Lebih Serius? Fakta Kesihatan Paru-Paru Wanita Wajib Tahu
    Sunday, July 5
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

      June 24, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Definisi Baharu Kecantikan Estetik: ReGlo Lab Perkenal ‘Skin Turnover Protocol’ Demi Kulit Sihat Tanpa Kesan Sampingan

      June 11, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » SRAI 19 anjur forum bantu ibu bapa hadapi cabaran bentuk sahsiah anak
    Featured

    SRAI 19 anjur forum bantu ibu bapa hadapi cabaran bentuk sahsiah anak

    Shamz JohanBy Shamz JohanDecember 29, 2025No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Pendedahan yang tidak terkawal terhadap penggunaan gajet dan media sosial dikenal pasti sebagai antara punca utama murid dan pelajar mudah terpengaruh dengan unsur negatif, sekali gus menyumbang kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah dalam kalangan generasi muda.

    Melihat kepada keperluan itu, Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam (SRAI 19) menganjurkan Forum Perdana bertajuk ‘Cabaran Ibu Bapa dan Guru-guru dalam Membentuk Sahsiah Anak-anak Generasi Alfa dan Beta’ pada Jumaat lalu.

    Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRAI 19, Mohd Naqiyuddin Idris berkata, perbezaan paling ketara antara generasi masa kini dan terdahulu adalah akses kepada maklumat yang terlalu mudah tanpa penapisan berkesan.

    “Persekitaran digital dan kemajuan teknologi merupakan antara cabaran terbesar dalam pembentukan peribadi serta sahsiah murid pada hari ini.

    “Golongan ini terdedah secara langsung kepada platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan YouTube. Jika pendedahan ini tidak dikawal, ia boleh mendatangkan mudarat kepada anak-anak serta generasi akan datang,” katanya.

    Pantau penggunaan gajet

    Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRAI 19,
    Mohd Naqiyuddin Idris

    Tegasnya, kandungan berunsur negatif yang mudah diakses mampu menjadi ikutan dan mempengaruhi tingkah laku murid dan pelajar, terutamanya mereka yang kerap melayari aplikasi media sosial.

    Walaupun tidak menolak kepentingan penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet dan teknologi Internet of Things (IoT) dalam membantu proses pembelajaran, Mohd Naqiyuddin menegaskan penggunaannya perlu dipantau secara berterusan dan bertanggungjawab.

    “Ibu bapa perlu lebih cakna. Ada yang mudah membelikan gajet kepada anak-anak, namun aspek kawalan penggunaan sering diabaikan.

    Beliau turut membandingkan perbezaan antara Generasi Milenial yang lahir sekitar 1980-an hingga 1990-an dengan Generasi Alfa (2010–2024) serta Generasi Beta (2025–2039).

    Ustaz Elyas Ismail.

    “Perbezaannya sangat ketara. Generasi sekarang boleh mendapatkan apa sahaja hanya di hujung jari. Taip sahaja, maklumat terus keluar dan penapisan kandungan pula sangat lemah,” jelasnya.

    Cabaran didik anak masa kini

    Selain itu, sikap sukar ditegur turut dikenal pasti sebagai satu lagi cabaran besar dalam mendidik anak-anak masa kini.

    “Berdasarkan maklum balas guru-guru, anak-anak sekarang lebih sukar ditegur. Berbeza dengan zaman dahulu, kita lebih takut dan segan apabila ditegur,” tambahnya.

    Tambahnya, budaya tegur-menegur semakin terhakis apabila orang ramai bimbang tindakan menegur akan mengundang risiko kepada diri sendiri.

    “Anak-anak yang baik bukan lahir hanya datang dari sekolah yang baik tetapi daripada keluarga dan masyarakat yang berfungsi dengan nilai-nilai murni,” katanya lagi.

    Forum sempena jubli perak

    Terdahulu, lebih 600 peserta hadir ke forum perdana anjuran SRAI 19, Shah Alam pada 19 Disember lalu di sekolah tersebut.

    Forum yang diadakan sempena sambutan jubli perak 25 tahun penubuhan sekolah turut menampilkan personaliti tv, pendakwah dan pempengaruh iaitu Ustaz Elyas Ismail, PU Hafiz dan PU Amin, manakala Ustaz Rafee Rahman sebagai moderator.

    Turut hadir, tetamu jemputan daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling iaitu Penolong Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah, Ustaz Nairawi Sarry yang diiringi Guru Besar SRAI 19, Siti Aminah Mohamed Noor.

    Hadir sama pegawai-pegawai PAID Petaling daripada Unit Pendidikan termasuk Penyelia Akademik, Maizan Mohamed Salleh; Penyelia KAFA, Zailaniza Bakar dan Fatimah Zahrah Manan; Penyelaras Pusat Kegiatan Guru, Mahmood bin Buang serta Pegawai Penyelaras Pengajian Sepanjang Hayat, Mohd Shukri Ruslan.

    Featured Featured Slider forum pendidikan SRAI 19
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBerjaya Air Naik Taraf Pengalaman Penerbangan Serantau, Terima Dua pesawat ATR 72-600 menjelang 2026
    Next Article Wakaf kereta bugi EV kepada Madrasah Ustaz Wadi Annuar, Pengasas Go Auto angkat nilai keberkatan dalam perniagaan
    Shamz Johan

    Related Posts

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 2026

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 2026

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    By Team KLHypeJuly 4, 2026

    KUALA LUMPUR, 4 Julai 2026 – Sebuah filem terbitan negara Arab yang ketika ini diberi…

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 20262K

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 20261K

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 20262K

    Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja

    July 3, 20262K

    Sentuhan Ajaib Untuk Kulit Sempurna: Rawatan Revolusioner DJM Magic Finger Kini di ESME

    July 3, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Filem Arab ‘Mr VIP’ Pilih KL Lokasi Penggambaran, Sasar Promosi Malaysia ke Timur Tengah

    July 4, 2026

    HWC Coffee Lancar Kempen ConnectKL, Belanja Lebih RM350,000 Bakeri Percuma Sepanjang Julai

    July 4, 2026

    Raikan Demam Piala Dunia Bersama Applecrumby: Koleksi Edisi Terhad Eksklusif & Kempen ‘Spend & Win’ Bernilai RM16,990 Menanti Anda

    July 4, 2026

    Kerugian RM1.8 juta, Briar Resources fail saman pembekal didakwa langgar kontrak bekalan baja

    July 3, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.