Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 2025

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 2025

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    October 20, 2025
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor
    • UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar
    • Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe
    • MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital
    • The Asia Records rai pencapaian luar biasa individu, organisasi seluruh Asia 
    • Pelayaran sulung Piano Land pacu inisiatif pelancongan pelayaran mesra Muslim di Malaysia
    • Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas
    • MyBaik, jenama fastfood milik anak tempatan pertama gabung ayam, burger & pizza
    Friday, October 24
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

      September 24, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 tawar aksi permotoran & hiburan menggamatkan

      September 30, 2025

      DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah

      September 30, 2025

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      RingConn, cincin pintar ultra nipis pertama dunia dengan pemantauan apnea tidur kini di Malaysia

      August 18, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Nur Amisha sedia uji Milena, bakal pamer kejutan di RF3 Kuda Merah

      September 8, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar
    Featured

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    Team Editorial KLHypeBy Team Editorial KLHypeOctober 24, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Naik Cancelor UPTM, Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh menyampaikan pengiktirafan kecemerlangan akademik melalui Majlis Apresiasi Siswa (MAS) disaksikan Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (tengah).
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2025 – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) terus memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan melalui pelbagai inisiatif strategik merangkumi kolaborasi industri, latihan kemahiran insaniah serta pendekatan penjenamaan pelajar yang lebih profesional dan kompetitif.

    Naik Cancelor UPTM, Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh berkata, sejak peralihan status daripada kolej kepada universiti, UPTM menunjukkan peningkatan positif dalam kadar kebolehpasaran graduan. 

    Sebelum transformasi universiti, kadar tersebut berada sekitar 90 peratus sebelum  meningkat kepada 93.4 peratus.

    Dr. Sharifah Syahirah

    “Insya-Allah, sasaran kami adalah untuk mencecah 95% kadar kebolehpasaran graduan,” katanya.

    Dr. Sharifah Syahirah berkata, UPTM melihat peningkatan ini sebagai indikator penting yang memerlukan usaha berterusan, terutama dalam menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar menjadi ‘future bosses’ atau pemimpin dan usahawan muda yang berdaya saing.

    Naik Cancelor UPTM, Prof. Madya Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh. Gambar: FB UPTM

    Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Academia-Industry Collaboration 3.0 (AIC 3.0) di Kuala Lumpur, semalam yang disempurnakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

    AIC 3.0 2025: Celebrating UPTM Students’ Excellence and Future Career merupakan platform strategik yang bertujuan memperkukuh hubungan sinergi antara pihak akademia dan industri. 

    Program ini berperanan mempertingkat kebolehpasaran graduan UPTM melalui pendedahan kepada jaringan profesional serta memperluas kolaborasi dengan rakan strategik di peringkat nasional dan antarabangsa. 

    Inisiatif ini turut membuka ruang lebih luas kepada peluang kerjaya menerusi penganjuran Pameran Kerjaya yang melibatkan penyertaan 17 syarikat terkemuka, menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, latihan industri, dan sesi temuduga kepada pelajar. 

    Lebih bermakna, acara ini juga akan menyaksikan 30 pemeteraian kerjasama strategik antara UPTM, rakan industri, dan universiti antarabangsa, sekali gus memperkukuh jaringan global dan memperkasa sinergi antara dunia akademik serta industri dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dan berwawasan. 

    Pada masa yang sama, majlis ini turut berperanan sebagai platform rasmi pengiktirafan kecemerlangan akademik melalui Majlis Apresiasi Siswa (MAS), yang meraikan seramai 640 pelajar cemerlang penerima Anugerah Dekan bagi Sesi Julai 2025 (0725) dan Disember 2024 (1224). 

    Kolaborasi industri sebagai tulang belakang kebolehpasaran

    Menyedari evolusi industri yang pantas, UPTM sentiasa memperkukuh hubungan dan jaringan strategik dengan pemain industri melalui kerjasama penyelidikan dan penyelesaian masalah industri, program kolaborasi akademik, latihan industri dan peluang penempatan kerja serta libat urus industri secara berterusan.

    “Jika tidak engage dengan industri, graduan menjadi ketinggalan zaman. Dunia bergerak pantas, jadi universiti mesti bergerak seiring.”

    Mencungkil usahawan muda dari kampus

    UPTM juga memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam bidang keusahawanan. Antara kejayaan membanggakan ialah penyertaan pelajar UPTM sebagai finalis Anugerah Tokoh Usahawan Siswa KPT, dengan perniagaan yang menjana pendapatan lebih tinggi daripada gaji graduan baharu.

    “Universiti akan terus memperkukuhkan unit keusahawanan demi melahirkan lebih ramai pelajar yang berfikiran kreatif, inovatif dan bersedia menjadi pencipta peluang, bukan hanya pencari pekerjaan,” katanya.

    Beliau berkata, walaupun semua program ditawarkan UPTM mematuhi standard MQA, KPT dan MARA serta mempunyai prospek kerjaya, pengurusan menegaskan bahawa kejayaan graduan turut bergantung pada sikap pelajar sendiri.

    “Jika kehidupan universiti hanya pergi kelas dan balik kelas, sukar untuk menyerlah. Pelajar perlu membina jaringan, keyakinan dan personaliti.”

    Melahirkan graduan yang unik, berbakat & berpersonaliti

    Menjelas lanjut Dr. Sharifah Syahirah berkata, UPTM menekankan bahawa graduan masa kini perlu menonjol bukan hanya melalui akademik, tetapi juga personaliti, kemampuan berkomunikasi, jaringan serta keterlibatan dalam aktiviti kampus.

    “Graduan semakin ramai. Jadi siapa yang lebih ‘quirky’, menarik, pandai berkomunikasi dan mampu bina hubungan, itu yang akan menyerlah.”

    UPTM katanya, turut menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam seminar, persidangan, pertandingan, sukan dan aktiviti seni kerana ia membina soft skills yang kritikal untuk kerjaya masa hadapan.

    Usaha UPTM membina graduan holistik tidak terhad kepada akademik, tetapi merangkumi penjenamaan pelajar, pembangunan modal insan, keusahawanan dan kolaborasi industri. 

    Pendekatan menyeluruh ini dijangka terus melonjakkan kebolehpasaran graduan UPTM ke tahap yang lebih tinggi, sesuai dengan keperluan industri masa kini.

    education Featured Featured Slider graduan pendidikan UPTM
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe
    Next Article Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor
    Team Editorial KLHype

    Related Posts

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 2025

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    October 20, 2025

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    October 17, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    By kolumnisOctober 24, 2025

    Sejak kebelakangan ini, kes jangkitan Influenza A menunjukkan peningkatan ketara, terutamanya ketika perubahan musim dan…

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 20251K

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 20254K

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    October 20, 20255K

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    October 17, 20253K

    The Asia Records rai pencapaian luar biasa individu, organisasi seluruh Asia 

    October 17, 20252K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Gelombang Influenza A: Adakah Vaksin Masih Berkesan? Ini Penjelasan Doktor

    October 24, 2025

    UPTM perkukuh kebolehpasaran graduan melalui kolaborasi industri, pembangunan pelajar

    October 24, 2025

    Dari rumah kecil ke pentas dunia: kisah Dr. Reshma Prakash, anak yatim yang menjadi kebanggaan Malaysia di Mrs Universe

    October 20, 2025

    MyBarakah perkenal e-wallet patuh syariah untuk agihan bantuan zakat dan wakaf digital

    October 17, 2025
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.