Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records
    • Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman
    • DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara
    • TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium
    • Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi
    • Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest
    • DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia
    • MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10
    Tuesday, May 5
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

      May 4, 2026

      Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

      April 28, 2026

      DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

      April 28, 2026

      MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

      April 27, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Bukan Sekadar Kereta Kompak! Ini Sebab Kenapa Toyota Yaris G Jadi Pilihan Paling ‘Stailo’ Untuk Anak Muda

      April 8, 2026

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » lyf Georgetown Penang: Destinasi baru gabungan moden & warisan yang memukau ini wajib masuk dalam bucket list anda!
    KAKI JALAN

    lyf Georgetown Penang: Destinasi baru gabungan moden & warisan yang memukau ini wajib masuk dalam bucket list anda!

    Team KLHypeBy Team KLHypeFebruary 1, 2025Updated:February 3, 2025No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Pulau Pinang, dengan segala keindahan dan warisan budayanya, kini menyambut sebuah inovasi baru dalam dunia perhotelan.

    lyf Georgetown Penang, hotel pertama yang menawarkan konsep “social living” di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO, mengubah cara kita melihat penginapan dan pengembaraan.

    Ini bukan sekadar tempat untuk tidur, tetapi sebuah pengalaman yang menyatukan keselesaan moden, keaslian tempatan, dan hubungan sosial yang mendalam.

    Menyaksikan kehidupan baru di Georgetown

    Nikmati saja perasaan kagum ketika melangkah masuk ke hotel bertaraf 4 bintang ini, suasana yang harmoni, haruman segar, pencahayaan elegan malah kombinasi perabot moden dan lukisan dinding memukau pandangan.

    Sentuhan moden, pencahayaan yang terang serta vibrant hotel ini mampu mengubah mood, mencipta suasana yang menyegarkan dan membangkitkan semangat setiap tetamu yang melangkah masuk.

    Begitu juga perasaan dialami penulis ketika mengunjungi lyf Georgetown Penang yang baru dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, baru-baru ini.

    lyf Georgetown Penang by The Ascott Limited, bukanlah hotel biasa. Ia adalah ruang kediaman bersama yang direka khas untuk pengembara generasi baharu yang mencari lebih daripada sekadar tempat untuk berehat.

    Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menandatangani plak sempena merasmikan Hotel Lyf Georgetown, baru-baru ini.

    Di sini, setiap sudut menawarkan pengalaman yang direka dengan penuh teliti untuk memupuk kolaborasi, kreativiti, dan keterhubungan budaya.

    Hotel ini menampilkan 144 bilik yang anggun dan ruang komuniti yang terbuka, memberikan tetamu peluang untuk berinteraksi, berkerjasama, dan menikmati pengalaman sosial yang memupuk hubungan yang bermakna.

    “Anda bukan hanya menginap, tetapi juga menjadi sebahagian daripada sebuah komuniti global yang saling menginspirasi.

    Pilihan pelbagai jenis penginapan

    Para tetamu boleh memilih daripada pelbagai pilihan bilik yang disediakan, termasuk Good for One (Studio), One of a Kind (Studio), Side by Side Plus (Studio Berkembar), Two of a Kind (2-Bilik Tidur), dan All Together (3-Bilik Tidur), sesuai untuk pengembara solo, bersama teman, dan juga kumpulan besar. Hotel ini turut menawarkan pelbagai kemudahan lain termasuk:

    UNWIND Lounge: Ruang sosial yang selesa dengan kerusi empuk dan suasana tenang, sesuai untuk berehat, berkongsi cerita, atau bertemu kenalan baru.

    CONNECT Event Space: Sebuah hab yang serba dinamik untuk penganjuran majlis komuniti, acara pop-up, dan bengkel kreatif. 

    COLLAB: Bilik mesyuarat direka teliti yang menggabungkan fungsi dan elemen inspirasi, sesuai untuk sesi percambahan minda, perkongsian idea, dan kerjasama kreatif. 

    BOND Kitchen: Ruang dapur komuniti di mana para tetamu boleh menyediakan dan berkongsi makanan. Bond Kitchen memupuk suasana mesra dengan memberi peluang kepada tetamu untuk bertukar resipi, mencuba cita rasa tempatan, dan berkongsi cerita sambil memasak bersama.

    BURN Social Gym: Ruang kecergasan yang serba lengkap untuk pelbagai jenis senaman, daripada sesi solo hinggalah kepada senaman komuniti dan aktiviti sosial aktif.

    DIP Pool: Sebuah oasis yang menenangkan di mana para tetamu boleh menyejukkan badan daripada cuaca panas tropika, bersantai, dan mengembalikan semula tenaga.

    WASH & HANG: Ruang dobi berinovatif yang mengubah tugas harian menjadi acara sosial, menggalakkan para tetamu untuk berehat, beramah mesra, dan berhubung sambil melakukan tugas harian.

    Teknologi pintar dan kemudahan terbaik

    Menggabungkan teknologi moden dengan kemudahan canggih, lyf Georgetown Penang memastikan pengalaman tetamu yang lancar dan tanpa gangguan.

    Akses kunci mudah alih, perkhidmatan aplikasi Ascott Star Rewards (ASR), serta program sosial yang menyatukan tetamu dan komuniti tempatan adalah sebahagian daripada pengalaman yang ditawarkan.

    Semua ini direka untuk memudahkan pengembara yang menginginkan kemudahan dan gaya hidup serba moden.

    Pengalaman Tempatan yang Autentik

    Tetamu di lyf Georgetown Penang bukan hanya diberi tempat untuk tidur, tetapi juga peluang untuk merasai kehidupan tempatan dengan lebih mendalam.

    Melalui panduan khas, pengembara boleh menikmati tempat-tempat tersembunyi yang hanya diketahui oleh penduduk tempatan, serta restoran dan kafe yang menyajikan hidangan paling lazat di Georgetown.

    Program “lyf Perk” yang membawa kerjasama eksklusif dengan artisan dan perniagaan tempatan memberikan tetamu pengalaman unik yang tidak dapat dijumpai di tempat lain.

    Diskaun eksklusif dan peluang untuk menyertai aktiviti khas membentuk hubungan yang lebih erat dengan budaya setempat.

    “Door of Cosmic Dreams”: Pintu yang Menghubungkan Dunia Baru

    Menambahkan lagi daya tarikan, lyf Georgetown Penang mempersembahkan instalasi seni “Door of Cosmic Dreams”.

    Pintu kosmik ini bukan sahaja menjadi karya seni yang menarik perhatian, tetapi juga simbol perjalanan tanpa penghujung yang mengajak pengunjung untuk meneroka yang tidak diketahui.

    Sebagai sebahagian daripada siri global yang pertama kali diperkenalkan di lyf Singapura, “Door of Cosmic Dreams” adalah sebuah refleksi tentang peralihan, eksplorasi, dan pengalaman manusia yang dikongsi bersama.

    Pengalaman yang Tak Terlupakan

    Sebagai sebuah hotel yang memfokuskan kepada pengalaman, lyf Georgetown Penang bukan sekadar tempat menginap, tetapi sebuah destinasi yang menawarkan sesuatu yang lebih.

    Di sini, setiap tetamu bukan hanya akan tidur, tetapi akan membuka pintu kepada pengalaman baru – pengalaman yang lebih mendalam, berhubung, dan penuh makna.

    Jadi, jika anda merancang perjalanan ke Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk menginap di lyf Georgetown Penang.

    Pengalaman yang ditawarkan akan mengubah cara anda melihat perjalanan dan penginapan. Sebuah pengembaraan yang berteraskan keselesaan, gaya hidup moden, dan hubungan yang erat dengan komuniti tempatan – inilah cara baru untuk meneroka Georgetown.

    Kadar Bermula dari RM308+ semalam

    Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari laman web lyf Georgetown Penang atau ikuti hotel ini di Instagram dan Facebook @lyfgeorgetown untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai tawaran eksklusif dan acara yang akan datang.

    Jangan lupa untuk daftar sebagai ahli Ascott Star Rewards (ASR) secara percuma untuk menikmati pelbagai ganjaran menarik.

    culture Featured Georgetown hotel leisure lifestyle Penang
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleShawlpublika x Sethandluna SLAY-SA Raya 2025: Selesa dan elegan bersatu
    Next Article Pelayaran IslamiCruise Malaysia-Saudia 2026: Meredah Lautan, Menyusuri Keindahan Islam 
    Team KLHype

    Related Posts

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    By Team KLHypeMay 4, 2026

    PUTRAJAYA, 4 Mei 2026 – PTTI Group Sdn. Bhd. sekali lagi mencipta pencapaian membanggakan apabila…

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 20265K

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 20263K

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 20262K

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 20263K

    Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi

    April 30, 20261K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 2026

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.