Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 2026

    Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi

    April 30, 2026

    Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

    April 28, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium
    • Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi
    • Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest
    • DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia
    • MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10
    • Turkiye Sasar 10,000 Pelajar Malaysia, Negara Serantau Lanjut Pelajaran, Tawar Biasiswa Penuh
    • TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas
    • Gleneagles Hospital Penang, Hospital Pertama di Wilayah Utara Perkenal Rawatan Epilepsi Lanjutan dengan Terapi VNS
    Saturday, May 2
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

      April 28, 2026

      DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

      April 28, 2026

      MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

      April 27, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      Libang Libu: Gabungan ‘All-Star’ Paling Dinantikan Kini Di Pawagam! 

      April 23, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Bukan Sekadar Kereta Kompak! Ini Sebab Kenapa Toyota Yaris G Jadi Pilihan Paling ‘Stailo’ Untuk Anak Muda

      April 8, 2026

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » ‘Hayati’ drama Raya Suria Yaya Empire Perfume angkat tema kesihatan mental  
    Celebrities

    ‘Hayati’ drama Raya Suria Yaya Empire Perfume angkat tema kesihatan mental  

    Team KLHypeBy Team KLHypeMarch 21, 2025Updated:March 21, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Suria FM mempersembahkan drama raya 2025, yang berjudul Hayati, merupakan drama pertama Suria FM yang mengetengahkan genre ‘Psikologi Emosional Raya’, yang memberi tumpuan kepada betapa pentingnya isu pengurusan mental dan emosi. 

    Menariknya tahun ini, Suria FM berkolaborasi bersama YAYA Empire Perfume dalam menghasilkan Drama Raya berdurasi 40 minit mengenai sebuah kisah penuh emosi yang menyentuh hati, membawa penonton menyelami sebuah perjalanan jiwa yang berliku dalam usaha memaafkan diri sendiri dan menemukan kekuatan untuk melangkah ke hadapan. 

    Kemalangan tragis pada malam raya telah mengubah kehidupan beberapa individu, memaksa mereka melalui perjalanan penyembuhan yang penuh cabaran. 

    Dalam perjalanan ini, batas antara realiti dan imaginasi menjadi kabur, mencetuskan konflik dalaman yang mendalam. 

    Setiap watak perlu menghadapi perasaan bersalah, mencari keberanian untuk memaafkan diri sendiri, dan akhirnya menemui kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan harapan baharu. 

    Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), sejak tahun 2019 sehingga kini, Suria FM telah menerbitkan tujuh drama raya. 

    Idea dan skrip drama Hayati ini telah mula digarap sejak September 2024 dan dipersetujui oleh Yaya Empire pada November 2024. 

    Dibintangi penyampai Suria, pelakon popular

    Selain barisan penyampai Suria, drama raya Hayati turut dibintangi oleh pelakon popular, Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Cik Man, Anas Ridzuan dan Hawra Jamalullail. 

    Drama ini turut menampilkan penyanyi popular Ara Johari, Adam ZBP dan juga kemunculan pempengaruh popular, Mia Azahar. 

    Lebih istimewa lagi, kemunculan khas oleh pengasas Yaya Empire Perfume, Nadia Mat Isa. “Hayati” akan mula ditayangkan di Facebook Suria FM dan di YouTube Suria TV, pada 20 Mac 2025 bermula jam 12 tengahari. 

    Penghasilan drama raya ‘Hayati’ tahun ini, merupakan projek terbesar yang pernah dihasilkan dari sudut skala dan tempoh penggambaran. 

    DJ Lin

    Drama ini menjalani penggambaran selama tujuh hari di sekitar Lembah Klang, dengan sebahagian besar babak dirakam pada waktu malam hingga ke awal pagi. 


    Cabaran cuaca, babak sukar

    Antara cabaran terbesar adalah penggambaran yang melibatkan babak bas, yang memerlukan masa selama tiga hari untuk diselesaikan. 

    Keadaan cuaca yang tidak menentu juga memberi cabaran sepanjang proses penggambaran dilakukan. Meskipun begitu, tenaga produksi tetap komited dengan lebih daripada 100 individu terdiri daripada pelakon dan kru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

    Pengasas Yaya Empire Perfume, Nadia Mat Isa berkongsi,

    “Sebagai seorang yang amat menghargai nilai seni dan budaya, saya tertarik untuk bekerjasama dengan Suria FM kerana komitmen mereka dalam menyampaikan hiburan berkualiti yang sarat dengan nilai-murni. 

    Tema “Sebuah Perjalanan Jiwa” dalam drama ini memberikan peluang unik untuk saya menyumbang kepada pengalaman hiburan yang penuh makna, khususnya pada musim perayaan. 

    “Saya juga berharap agar drama raya Hayati bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi impak mendalam kepada penonton dengan mesej kekeluargaaan, emosi, kehilangan dan kasih sayang yang sering menjadi inti pati Hari Raya. 

    “Semoga drama ini dapat merapatkan jurang antara generasi dan terus menjadi ingatan bukan sahaja di musim perayaan ini, malah sepanjang masa,” katanya.

    Angkat tema kesihatan mental

    Elemen penceritaan kali ini adalah lebih mendalam dan membawa suatu kelainan daripada sebelum ini, di samping sinematografi dan pergerakan para pelakon yang dirancang dengan teliti bagi menjaga kualiti penceritaan. 

    Drama raya “Hayati” ini diharap dapat memberi kesan kepada penonton dan yang terutama sekali, membangkitkan kesedaran bahawa kesihatan mental adalah sangat penting bagi setiap individu. 

    Bagi melengkapkan seluruh penceritaan Hayati, lagu bertajuk ‘Pentas Sandiwara’ oleh artis Fugo, diangkat menjadi lagu rasmi drama ini. 

    Bait-bait lagu yang berkenaan sebuah kehidupan, menjadi sangat dekat dengan mesej yang ingin disampaikan melalui drama ini. 

    Lagu ini yang julung kali diputarkan di Suria FM juga telah mula mendapat tarikan pendengar, terutamanya golongan muda. 

    Pihak Suria FM juga telah menerbitkan muzik video khas ‘Pentas Sandiwara’ berlatarbelakangkan babak dalam drama ini. 

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleST Rosyam Mall pertama dibuka, kempen RM1.5 juta ganjaran
    Next Article Larrie lantik Miller Khan duta baharu Larrie Men
    Team KLHype

    Related Posts

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 2026

    Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi

    April 30, 2026

    Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

    April 28, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    By Team KLHypeMay 1, 2026

    KUALA LUMPUR, 1 Mei 2026 – Gergasi teknologi global, TCL, secara rasmi mengumumkan strategi komersial…

    Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi

    Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

    DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 20263K

    Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi

    April 30, 20261K

    Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

    April 28, 20261K

    DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

    April 28, 20262K

    MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

    April 27, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 2026

    Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi

    April 30, 2026

    Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

    April 28, 2026

    DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

    April 28, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.