Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Isetan X Super Structure: The Poetry Of Self-Actualisation On The Runway

    August 9, 2026

    Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026

    August 9, 2026

    NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna

    August 8, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Isetan X Super Structure: The Poetry Of Self-Actualisation On The Runway
    • Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026
    • NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna
    • Bingit, berdentum dan nostalgia, 3 Veto bukti industri rock terus berbisa
    • What to Read After Watching The Odyssey: Kobo’s Reading Guide for Myth-Lovers, Movie Fans, and Epic Adventure Seekers
    • Revolusi Kesihatan Metabolik: Forum Himpun Pakar Taiwan, Malaysia Teroka Inovasi Saintifik
    • From Runway to Retail: Isetan KLCC Transforms Into Malaysia’s Ultimate Fashion Playground
    • Dari Peti Sejuk Terus Ke Kuali, Subi Bawa Kelainan Hidangan Seafood Rangup Untuk Seisi Keluarga
    Tuesday, August 11
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      What to Read After Watching The Odyssey: Kobo’s Reading Guide for Myth-Lovers, Movie Fans, and Epic Adventure Seekers

      August 7, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      The Mines Tawarkan Pilihan Hiburan Baharu, Nation Bowl Dibuka Disember Ini

      July 28, 2026

      WMSKINCARE Buktikan Kualiti, Tembusi Pasaran Kecantikan Tempatan

      July 27, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Konsert Desaku Mendunia rai pelajar MRSM FELDA bakal ke festival orkestra di Prague
    Celebrities

    Konsert Desaku Mendunia rai pelajar MRSM FELDA bakal ke festival orkestra di Prague

    Team KLHypeBy Team KLHypeMay 26, 2025No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR, 26 Mei 2025 — Seramai 53 pelajar Tingkatan Dua hingga Lima dari Maktab Rendah Sains MARA FELDA (MARESMAF), termasuk 39 anak peneroka FELDA bakal mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia dalam pertandingan orkestra antarabangsa berprestij, 26th International Festival Wind Orchestra yang akan berlangsung pada 20 dan 21 Jun 2025 di Prague, Republik Czech.

    Pertandingan tahunan yang kini memasuki edisi ke-26 itu menghimpunkan penyertaan dari 11 buah negara, termasuk Republik Czech selaku tuan rumah, selain Croatia, Iceland, Itali, Latvia, Hungary, Jerman, Poland, Austria dan Switzerland.

    Penyertaan ini dilihat sebagai satu pencapaian besar buat FELDA dalam melahirkan generasi muda berpotensi tinggi serta memperkasakan komuniti peneroka melalui pendekatan pendidikan yang holistik dan berteraskan seni muzik.

    Bagi meraikan pencapaian membanggakan ini dan memberi sokongan moral kepada pasukan orkestra tersebut sebelum mereka berangkat ke Eropah, FELDA dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kementerian Komunikasi akan menganjurkan sebuah konsert khas bertajuk “Desaku Mendunia” pada 27 dan 28 Mei 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri.

    Konsert ini bukan sahaja bertujuan meraikan kejayaan anak-anak FELDA, malah menjadi platform pelancaran awal kepada Mega Karnival 3 Dimensi, yang menghimpunkan tiga acara besar anjuran FELDA, iaitu Hari Peneroka FELDA (HPF), Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

    Majlis pelancaran rasmi Mega Karnival tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

    Pencapaian luar biasa bakat anak muda FELDA

    Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penganjuran konsert ini membawa objektif utama untuk meraikan bakat warga FELDA yang bakal bersaing di pentas antarabangsa, mengukuhkan kolaborasi strategik FELDA bersama kementerian, agensi dan rakan media, serta mempromosikan Mega Karnival 3 Dimensi yang dijangka menjadi antara acara terbesar FELDA pada tahun ini.

    Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

    “Apabila kita hantar pasukan ini ke Prague, saya boleh katakan ia sesuatu yang luar biasa kerana kebanyakan mereka datang dari kampung, cucu-cucu peneroka yang asalnya tidak faham pun tentang muzik atau nota muzik. Tetapi dari sini kita sudah berjaya melahirkan sekumpulan anak muda yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 

    “Ini memang luar biasa, apatah lagi sekarang mereka mampu menghasilkan suara merdu mengikut nota dan nada yang diperlukan, menjadi satu harmoni dan melodi yang sangat menyentuh hati,” katanya pada sidang media Konsert Desaku Mendunia di Hotel Seri Pacific, baru-baru ini.

    Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail.

    Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah RTM, Nasaruddin Abdul Mutalib dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail.

    Konsert dibarisi artis tersohor

    Konsert “Desaku Mendunia” akan dimeriahkan dengan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato’ Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah, Yabang Khalifah, serta personaliti Dato’ Suhaimi Sulaiman.

    Turut membuat persembahan ialah Zam dan Along dari program realiti Feel Da Starz serta kumpulan muda berbakat, Zeppo Youngster. Kehadiran barisan artis ternama ini dijangka menyuntik semangat dan inspirasi kepada para pelajar yang akan beraksi di pentas dunia.

    Penganjuran konsert ini turut mendapat sokongan daripada penaja utama iaitu UMobile, FGV Holdings Berhad, Sustainable Future (SF), dan Hotel Seri Pacific.

    FELDA menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan kepada anak-anak peneroka yang kini bersedia untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

    “Desaku Mendunia” bukan sekadar sebuah tema, tetapi menjadi simbol kepada pencapaian dan kebangkitan generasi baharu FELDA yang mampu bersinar dan bersaing di peringkat global, seiring aspirasi Malaysia sebagai negara berdaya saing tinggi dalam bidang pendidikan, seni dan kebudayaan.

    culture Featured Featured Slider FELDA leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKNKV IDEA Award iktiraf pencapaian 51 syarikat dan usahawan tempatan, antarabangsa
    Next Article Genius Aulad rai ulang tahun ke-25 dengan semangat komuniti dan pendidikan holistik dengan Family Fun Run 2025
    Team KLHype

    Related Posts

    Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026

    August 9, 2026

    NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna

    August 8, 2026

    Bingit, berdentum dan nostalgia, 3 Veto bukti industri rock terus berbisa

    August 8, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Isetan X Super Structure: The Poetry Of Self-Actualisation On The Runway

    By Team KLHypeAugust 9, 2026

    When designer ManChien stepped away from the spotlight years ago, she wasn’t stepping away from…

    Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026

    NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna

    Bingit, berdentum dan nostalgia, 3 Veto bukti industri rock terus berbisa

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Isetan X Super Structure: The Poetry Of Self-Actualisation On The Runway

    August 9, 20263K

    Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026

    August 9, 20262K

    NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna

    August 8, 20266K

    Bingit, berdentum dan nostalgia, 3 Veto bukti industri rock terus berbisa

    August 8, 20263K

    What to Read After Watching The Odyssey: Kobo’s Reading Guide for Myth-Lovers, Movie Fans, and Epic Adventure Seekers

    August 7, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Isetan X Super Structure: The Poetry Of Self-Actualisation On The Runway

    August 9, 2026

    Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026

    August 9, 2026

    NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna

    August 8, 2026

    Bingit, berdentum dan nostalgia, 3 Veto bukti industri rock terus berbisa

    August 8, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.