Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records
    • Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman
    • DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara
    • TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium
    • Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi
    • Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest
    • DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia
    • MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10
    Tuesday, May 5
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

      May 4, 2026

      Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

      April 28, 2026

      DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

      April 28, 2026

      MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

      April 27, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Bukan Sekadar Kereta Kompak! Ini Sebab Kenapa Toyota Yaris G Jadi Pilihan Paling ‘Stailo’ Untuk Anak Muda

      April 8, 2026

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Program Amal Mesra Ceritera Sunnah dan PIBS santuni ibu tunggal, bina masyarakat sihat & harmoni
    Featured

    Program Amal Mesra Ceritera Sunnah dan PIBS santuni ibu tunggal, bina masyarakat sihat & harmoni

    Team KLHypeBy Team KLHypeMay 27, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Ceritera Sunnah dan Pertubuhan Ibu Bestari Selangor (PIBS) baru-baru ini telah menganjurkan Program Amal Mesra yang bertemakan Gaya Hidup Sihat sebagai usaha membina masyarakat yang sihat dan harmoni. 

    Bertempat di Masjid Fastabiqul Khayrat, Batu 3, Shah Alam, program ini menjadi platform untuk memperkenalkan pasukan Ceritera Sunnah kepada ahli PIBS serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak yang berkongsi aspirasi memperkasa komuniti. 

    Pengerusi PIBS Ismaliza Ismail berkata, penganjuran program ini turut memberi penekanan kepada kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh, seiring dengan usaha melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap kesejahteraan diri dan keluarga.

    “Program ini juga bertujuan memperkenalkan Ceritera Sunnah selaku rakan NGO PIBS yang akan sama-sama berganding bahu bagi memantapkan gerak kerja amal yang akang dilaksanakan pada masa akan datang.

    “Menerusi program yang dijalankan, PIBS dan Ceritera Sunnah turut membawa 30 orang ibu tunggal untuk diraikan, pemberian sumbangan barang keperluan selain membuka peluang keusahawanan dan kebajikan untuk mereka,” katanya ketika ditemui di Masjid Fastabiqul Khayrat, Batu 3, Shah Alam, baru-baru ini.

    Menurut Ismaliza atau mesra disapa Mummy, selaku penggerak utama program, segala aktiviti bersama Ceritera Sunnah bermula sejak awal tahun dan berlangsung secara berterusan sehingga kini.

    “Gabungan tenaga muda dari Ceritera Sunnah dan pengalaman Mummy yang lebih 35 tahun dalam bidang NGO dan keusahawanan wanita telah memperkukuh gerak kerja lapangan.

    Ismaliza Ismail

    “Keunikan Ceritera Sunnah terletak pada tenaga kerja mudanya yang digabungkan dengan kepakaran NGO wanita berpengalaman seperti PIBS.

    Pengerusi PIBS Ismaliza Ismail bersama Pengarah Ceritera Sunnah, Haswari Ali.

    Sementara itu, Pengarah Ceritera Sunnah, Haswari Ali berkata, kerjasama erat PIBS dan Ceritera Sunnah telah memulakan pelbagai inisiatif kebajikan sejak Februari lalu, memberi tumpuan khusus kepada golongan ibu tunggal dan masyarakat yang memerlukan. 

    “Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah penyerahan kotak makanan sumbangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pengagihan 5,000 pek bubur lambuk perdana sempena Ramadan,” katanya.

    Turut hadir Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Azli Yusof dan Ahli Majlis MPP Zon 8 Batu 3 Shah Alam, Siti Nur Aisyah Mohd Zain yang menunjukkan sokongan padu terhadap program berorientasikan komuniti ini. 

    Program disempurnakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Azli Yusof (lima dari kiri) dan Ahli Majlis MPP Zon 8 Batu 3 Shah Alam, Siti Nur Aisyah Mohd Zain (dua dari kanan).

    Melalui pelaksanaan program sebegini, Ceritera Sunnah dan PIBS terus komited dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih sihat, berdaya tahan dan penuh empati, khususnya dalam kalangan wanita dan keluarga yang memerlukan sokongan berterusan.

    Program ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Gardenia, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra, Persatuan Usahawan Murni Negeri Selangor (PUMNS), MyCARE, Masjid Jamek Fastabiqul Khayrat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Loving Life: Private Caregiver and Nursing, AQ Health, 7Days, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd, Sinchan Sport, Pusat Wanita Berdaya dan Beauxlim. 

    Rangka pelbagai program amal

    Kedua-dua NGO itu kini dalam proses merangka pelbagai aktiviti kebajikan. Antara projek akan datang termasuklah cadangan majlis perkahwinan berkelompok khas untuk anak-anak ibu tunggal kategori asnaf, yang dijangka boleh dijalankan dengan kerjasama masjid dan penaja swasta.

    “Kita ada ramai ibu tunggal yang anak-anak mereka nak kahwin, tapi kekangan kewangan dan tiada sokongan keluarga menjadikan mereka segan. Jadi kita nak bantu dengan platform NGO, buat secara berkumpulan,” jelas Mummy. 

    Tambah beliau lagi, kesedaran dan bimbingan kepada ibu tunggal juga diberi tumpuan, termasuk melalui bantuan guaman, sesi motivasi dan sokongan psikososial.

    Perancangan masa depan juga termasuk penganjuran Karnival Usahawan Muda, satu platform untuk memperkasa golongan belia dengan ilmu keusahawanan dan peluang pemasaran. Karnival tersebut dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat sebagai kesinambungan usaha membina komuniti yang lebih berdikari dan sejahtera.

    “Saya percaya gabungan idea generasi muda dan pengalaman NGO seperti kami akan menghasilkan impak lebih besar untuk masyarakat,” katanya.

    Program-program kebajikan dan pembangunan sosial yang dijalankan PIBS dan Ceritera Sunnah ini menunjukkan bahawa kerjasama antara NGO berpengalaman dan tenaga muda mampu memberi manfaat holistik kepada komuniti, khasnya golongan ibu tunggal dan belia yang sering terpinggir daripada arus pembangunan arus perdana.

    Ceritera Sunnah merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2022. Awalnya Ceritera Sunnah, adalah sebagai medium perkongsian sejarah dan perjalanan rasul terdahulu serta para sahabat menerusi platform media sosial. 

    Namun kini, Ceritera Sunnah semakin aktif dalam menjalankan program kemasyarakatan serta pembangunan komuniti yang memberi impak positif secara berterusan. 

    PIBS pula ialah sebuah NGO yang terdiri daripada dua kategori iaitu PIBS VVIP yang menyokong wanita berdikari seperti ibu tunggal dan PIBS VIP yang membantu wanita berkahwin yang terpaksa memikul tanggungjawab keluarga akibat suami yang sakit atau mengabaikan tanggungjawab. 

    PIBS memberi tumpuan kepada pembangunan jati diri wanita dan telah banyak menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat korporat dalam melaksanakan pelbagai program peningkatan taraf hidup. 

    Featured Featured Slider ibu tunggal kebajikan leisure lifestyle NGO
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGenius Aulad rai ulang tahun ke-25 dengan semangat komuniti dan pendidikan holistik dengan Family Fun Run 2025
    Next Article Kulit lebih segar, berseri dengan rawatan Oxygen Peel dan Ice Globe Therapy di Nazirin Skin Clinic
    Team KLHype

    Related Posts

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    By Team KLHypeMay 4, 2026

    PUTRAJAYA, 4 Mei 2026 – PTTI Group Sdn. Bhd. sekali lagi mencipta pencapaian membanggakan apabila…

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 20265K

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 20263K

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 20262K

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 20263K

    Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi

    April 30, 20261K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 2026

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.