Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Isetan X Super Structure: The Poetry Of Self-Actualisation On The Runway

    August 9, 2026

    Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026

    August 9, 2026

    NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna

    August 8, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Isetan X Super Structure: The Poetry Of Self-Actualisation On The Runway
    • Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026
    • NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna
    • Bingit, berdentum dan nostalgia, 3 Veto bukti industri rock terus berbisa
    • What to Read After Watching The Odyssey: Kobo’s Reading Guide for Myth-Lovers, Movie Fans, and Epic Adventure Seekers
    • Revolusi Kesihatan Metabolik: Forum Himpun Pakar Taiwan, Malaysia Teroka Inovasi Saintifik
    • From Runway to Retail: Isetan KLCC Transforms Into Malaysia’s Ultimate Fashion Playground
    • Dari Peti Sejuk Terus Ke Kuali, Subi Bawa Kelainan Hidangan Seafood Rangup Untuk Seisi Keluarga
    Saturday, August 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      What to Read After Watching The Odyssey: Kobo’s Reading Guide for Myth-Lovers, Movie Fans, and Epic Adventure Seekers

      August 7, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      The Mines Tawarkan Pilihan Hiburan Baharu, Nation Bowl Dibuka Disember Ini

      July 28, 2026

      WMSKINCARE Buktikan Kualiti, Tembusi Pasaran Kecantikan Tempatan

      July 27, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » YM Tengku Puteri Rosmawini turun padang santuni penduduk Sungai Tua, serlah kepimpinan berjiwa rakyat
    CSR

    YM Tengku Puteri Rosmawini turun padang santuni penduduk Sungai Tua, serlah kepimpinan berjiwa rakyat

    Team KLHypeBy Team KLHypeAugust 31, 2025Updated:September 5, 2025No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    SUNGAI TUA, 31 Ogos – Kepimpinan berteraskan nilai kemanusiaan dan keprihatinan terserlah apabila YM Tengku Puteri Rosmawini Tengku Dato’ Muiz Shah Tengku Temenggong Abdul Aziz binti Abdullah berkenan turun padang menyertai misi kebajikan bersama Skuad Bencana DUN Sungai Tua, pagi tadi.

    Baginda yang juga Penasihat Diraja Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia meluangkan masa menziarahi beberapa penduduk yang mengalami masalah kesihatan, sambil menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas dan peralatan perubatan.

    Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke kediaman En. Imran bin Kassim, seorang pesakit strok, yang menerima sebuah katil medikal, bakul makanan dan barangan harian bagi meringankan beban keluarga.

    Seterusnya, baginda melawat Pn. Hazilah binti Md Zain yang turut terlantar akibat serangan strok. Beliau menerima sebuah kerusi roda dan bantuan keperluan asas.

    Suasana pilu menyelubungi lawatan tersebut apabila Pn. Hazilah dilihat mengalirkan air mata kesyukuran menerima bantuan secara langsung daripada Tengku Puteri Rosmawini.

    Lawatan turut diteruskan ke rumah En. Ady, pesakit kanser otak, yang kini bergantung sepenuhnya kepada penjagaan ahli keluarga. Baginda berkenan menyampaikan sebuah kerusi roda baharu serta bantuan makanan, sekali gus memberi suntikan semangat buat keluarga tersebut.

    Rombongan tersebut turut disertai Skuad Bencana DUN Sungai Tua, serta wakil Menteri Besar Incorporated (MBI) yang mewakili Menteri Besar Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Dato’ Seri Amirudin Shari.

    Fun Run Nadi Sungai Tua dapat sambutan hampir 1,000 peserta

    Program kebajikan tersebut disusuli dengan kehadiran baginda ke acara Fun Run Nadi Sungai Tua di Dataran Niaga Sungai Tua yang menghimpunkan ribuan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

    Kehadiran Tengku Puteri Rosmawini menyerikan acara tersebut, di samping menyempurnakan beberapa sesi penyerahan termasuk sumbangan kepada 20 veteran beruniform sebagai penghargaan atas jasa mereka mempertahankan negara.

    Baginda turut menyampaikan peralatan kemanusiaan kepada Skuad Bencana Sungai Tua bagi memperkukuh kesiapsiagaan pasukan sukarelawan dalam menghadapi bencana.

    Acara diserikan lagi dengan sesi cabutan bertuah yang menyaksikan lebih 100 peserta bertuah menerima hadiah dengan hadiah utama sebuah motosikal sambil dihiburkan oleh personaliti tempatan, Helmi Gimmick.

    Iktiraf barisan hadapan, komuniti setempat

    Program anjuran bersama Skuad Bencana Sungai Tua dan Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia ini mencerminkan komitmen berterusan Tengku Puteri Rosmawini dalam memperkasa kebajikan rakyat, di samping mengiktiraf peranan barisan hadapan dan komuniti setempat.

    Menurut Pemangku Yang Dipertua Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia, Tuan Ahmad Zaki Ahmad Ibrahim, kehadiran baginda bukan sahaja membawa semangat dan sokongan moral kepada penerima bantuan, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara institusi diraja dan masyarakat.

    “Program ini menjadi bukti bahawa kepimpinan berjiwa rakyat mampu memberi impak besar dalam memperkasakan jaringan kebajikan, khususnya kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

    Diraja DUN Sungai Tua Featured fun run merdeka sumbangan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMr. Muscle® Malaysia kini dengan penampilan baharu lebih segar
    Next Article MOP KLIA Sepang mekar dengan kempen Merdeka 2025: Bunga Raya, Bloom with Pride
    Team KLHype

    Related Posts

    Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026

    August 9, 2026

    NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna

    August 8, 2026

    What to Read After Watching The Odyssey: Kobo’s Reading Guide for Myth-Lovers, Movie Fans, and Epic Adventure Seekers

    August 7, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Isetan X Super Structure: The Poetry Of Self-Actualisation On The Runway

    By Team KLHypeAugust 9, 2026

    When designer ManChien stepped away from the spotlight years ago, she wasn’t stepping away from…

    Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026

    NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna

    Bingit, berdentum dan nostalgia, 3 Veto bukti industri rock terus berbisa

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Isetan X Super Structure: The Poetry Of Self-Actualisation On The Runway

    August 9, 20263K

    Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026

    August 9, 20262K

    NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna

    August 8, 20266K

    Bingit, berdentum dan nostalgia, 3 Veto bukti industri rock terus berbisa

    August 8, 20263K

    What to Read After Watching The Odyssey: Kobo’s Reading Guide for Myth-Lovers, Movie Fans, and Epic Adventure Seekers

    August 7, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Isetan X Super Structure: The Poetry Of Self-Actualisation On The Runway

    August 9, 2026

    Paya Bunga Hotel Raih Anugerah Best Muslim Friendly City Hotel di TIA2026

    August 9, 2026

    NIMS Lancar Tiga Produk Baharu Bercitarasa Malaysia, Tawar Proton e.MAS Untuk Pengguna

    August 8, 2026

    Bingit, berdentum dan nostalgia, 3 Veto bukti industri rock terus berbisa

    August 8, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.