Di kala trend kecantikan global kini beralih arah daripada prosedur invasif yang menyakitkan kepada terapi yang lebih santai namun memberikan impak yang luar biasa, pasaran estetik tempatan kini dimeriahkan dengan satu lagi revolusi baharu.
ESME, pusat kecantikan terkemuka di Lembah Klang, kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menjadi antara yang terawal menawarkan inovasi paling dinanti-nantikan tahun ini daripada DJM: iaitu DJM Magic Finger Treatment.
Pelancaran eksklusif ini telah diadakan bersempena dengan acara DJM Magic Finger Treatment Launching & Elite Product Showcase yang berlangsung meriah di premis ESME, Jaya One, Petaling Jaya baru-baru ini.

Pelancaran diserikan lagi dengan upacara simbolik pemotongan reben, menandakan satu lagi pencapaian penting buat DJM dalam misi mereka membawakan solusi kecantikan yang sentiasa ke hadapan.
Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DJM, Puan Tien Tien; Pengarah Pemasaran DJM, Encik Mark; Pengasas ESME, Dr. Karina Ho dan tetamu kehormat, Lim Ker Wei.
Demonstrasi & penghargaan pelanggan


Antara pengisian menarik sepanjang acara adalah sesi pembentangan eksklusif oleh Dr. Karina Ho. Beliau berkongsi secara mendalam tentang inspirasi, konsep, serta keunikan manfaat yang ditawarkan oleh DJM Magic Finger Treatment.
Bagi memberikan gambaran sebenar, para tetamu turut disajikan dengan demonstrasi secara langsung. Melalui sesi ini, para hadirin dapat melihat sendiri teknik rawatan yang digunakan serta memahami bagaimana impak positifnya terhadap kulit dan kesegaran wajah.
Suasana majlis bertukar ceria dan interaktif apabila para tetamu dijemput menyertai kuiz Kahoot!. Lima pemenang bertuah masing-masing membawa pulang Baucar Rawatan Penuh DJM bernilai RM395, manakala pemenang hadiah utama turut menerima kotak topeng muka (Mask Box) eksklusif daripada DJM.

Sebagai tanda menghargai sokongan padu komuniti, Majlis Penghargaan Pelanggan Setia ESME turut diadakan. Dr. Karina Ho menyampaikan token penghargaan kepada para pelanggan tetap ESME yang sentiasa mempercayai dan menyokong jenama ini sejak sekian lama.
Malah, para tetamu yang hadir pada hari tersebut turut ditawarkan pakej pelancaran eksklusif dengan promosi istimewa yang hanya sah pada hari pelancaran itu sahaja.
Kecantikan adalah keyakinan diri
Bercakap di majlis tersebut, Puan Tien Tien, Ketua Pegawai Eksekutif DJM, menzahirkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu:
“Hari ini merupakan detik bersejarah bagi DJM dengan pengenalan DJM Magic Finger Treatment ke pasaran. Pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan.
“Kami percaya bahawa kecantikan bukan sekadar pada rupa paras, tetapi juga tentang keyakinan diri dan kesejahteraan menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, Dr. Karina Ho turut berkongsi falsafah di sebalik rawatan revolusioner ini:
“DJM Magic Finger Treatment dibangunkan dengan visi untuk memberikan pengalaman kecantikan yang profesional, berkesan, dan selesa. Kami komited untuk terus memperkenalkan rawatan inovatif yang memperkasakan setiap individu untuk tampil dan berasa terbaik, di samping mengekalkan standard penjagaan dan profesionalisme yang tertinggi.”
DR KARINA HO
Majlis diakhiri dengan sesi permainan interaktif, ramah mesra, konsultasi produk secara peribadi dan penyampaian Goodie Bag eksklusif daripada DJM kepada semua tetamu yang hadir.
Kejayaan pelancaran DJM Magic Finger Treatment ini membuktikan kesungguhan DJM dalam memacu industri kecantikan dan kesejahteraan ke tahap yang lebih tinggi menerusi inovasi, kolaborasi strategik, dan pengalaman yang mengutamakan pelanggan.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web https://esme.com.my/ atau menerusi Facebook dan platfrom sosial media ESME Malaysia.


