KUALA LUMPUR, 6 Julai 2026 – Dua jenama makanan haiwan peliharaan terkemuka, MR.VET dan Bite of Wild berjaya mencipta impak di peringkat global apabila merangkul pengiktirafan berprestij di Orange Dot Award, sebuah platform antarabangsa yang mengiktiraf inovasi dalam industri haiwan peliharaan.
Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan kedua-dua jenama dalam menawarkan penyelesaian pemakanan moden, malah meletakkan rantau Asia Tenggara sebagai hub pembangunan produk nutrisi haiwan yang kompetitif di persada dunia.
Dalam penganugerahan tersebut, MR.VET dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Biotech Innovation, manakala Bite of Wild membawa pulang anugerah dalam kategori Nutrition.
Kedua-dua kemenangan ini didorong oleh pendekatan pemakanan berasaskan sains serta inovasi formulasinya yang unik.
Pendekatan ‘precision healthcare’ jadi keunggulan MR.VET


Pencapaian MR.VET dalam kategori Biotech Innovation disumbangkan oleh fokus jenama itu terhadap konsep precision healthcare. Pendekatan ini menawarkan penyelesaian nutrisi khusus bagi menangani pelbagai isu kesihatan kucing secara bersasaran.
Antara faktor utama kejayaan MR.VET termasuk:
- Teknologi Freeze-Drying Khas: Membantu mengekalkan nutrien sensitif yang sering terjejas akibat pemprosesan suhu tinggi, sekali gus memastikan kualiti dan keberkesanan formulasi berada pada tahap optimum.
- Formulasi Bersasaran: Menangani keperluan spesifik kesihatan kucing seperti sistem pencernaan, penjagaan kulit dan bulu, kesihatan saluran urinari, serta keperluan kucing yang hidup di dalam rumah (indoor).
Kenali Siri T (T-Series) daripada MR.VET:

- T1 – Intestinal Care: Menyokong kesihatan sistem pencernaan.
- T2 – Skin & Coat Care: Penjagaan intensif untuk kulit dan bulu.
- T3 – Urinary Health: Memelihara fungsi saluran urinari.
- T4 – Indoor Cat: Diformulasikan khusus untuk gaya hidup kucing domestik di dalam rumah.
Bite of Wild pertaruh formula diet semula jadi kucing
Sementara itu, Bite of Wild membuktikan kehebatannya dalam kategori Nutrition menerusi falsafah pemakanan semula jadi yang diinspirasikan daripada corak diet asal kucing sebagai karnivor obligat.
Diasaskan oleh Steve Bui, jenama ini memfokuskan kepada keseimbangan antara keperluan biologi semula jadi haiwan dengan piawaian nutrisi moden. Hasilnya, Bite of Wild 42 Series kini menjadi produk tunjang yang mendapat permintaan tinggi.

Spesifikasi Utama Bite of Wild 42 Series:
- Mengandungi 92% bahan mentah berasaskan haiwan.
- Kandungan 42% protein kasar untuk nutrisi padat.
- Formulasi bebas bijirin (grain-free) dan bebas daging khinzir (pork-free).
Malaysia pasaran strategik makanan premium
Seiring dengan pengiktirafan ini, Malaysia terus dilihat sebagai pasaran paling dinamik dan strategik bagi pertumbuhan industri makanan haiwan peliharaan premium di Asia Tenggara.
Peningkatan trend memelihara haiwan serta kesedaran yang tinggi terhadap aspek penjagaan kesihatan pencegahan mendorong pemilik haiwan di Malaysia untuk beralih kepada produk yang lebih berkualiti, telus dari segi ramuan, dan memberikan manfaat jangka panjang.
Rangkaian pengedaran meluas seluruh negara
Bagi memastikan akses mudah buat para pemilik haiwan peliharaan, produk-produk daripada MR.VET dan Bite of Wild kini boleh didapati secara meluas di rangkaian peruncitan fizikal utama di seluruh Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.
(Gunakan Gutenberg Table Block atau List Block)
| Rangkaian Kedai Fizikal | Platform E-Dagang (Online) |
| • Daco Petsmart • HyperPets • Pet Lovers Centre • Pets Wonderland • Pets Twenty One • Petico Malaysia • Nimanja (Sabah & Sarawak) | • TikTok Shop • Shopee • Lazada |
Melangkah ke hadapan, pihak syarikat komited untuk memperluaskan lagi kehadiran pasaran di Malaysia, memperkasakan pendidikan komuniti mengenai kepentingan nutrisi haiwan, serta memperkenalkan lebih banyak inovasi berasaskan kajian saintifik demi kesejahteraan haiwan kesayangan.


