KUALA LUMPUR, 6 November 2026 – Ayam Brand melengkapkan inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan penganjuran kempen terbaharunya iatu #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan melibatkan 10 buah sekolah rendah di 10 negeri di Semenanjung Malaysia.
Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, inisiatif tersebut turut menyantuni lebih 700 penerima manfaat menerusi sumbangan makanan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh negeri.
Pendidikan Pemakanan & Amalan Kelestarian
Menurutnya, program berasaskan sekolah ini menggabungkan pendidikan pemakanan, aktiviti penyediaan makanan secara praktikal dan amalan kelestarian bagi membantu murid membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat serta memahami kepentingan menjaga alam sekitar.
“Melalui aktiviti-aktiviti ini, murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk membuat pilihan yang lebih baik dalam kehidupan seharian.

“Bersama inisiatif sumbangan makanan di seluruh negeri, #AyamBersamaMu mencerminkan komitmen berterusan Ayam Brand untuk menjadikan makanan berkhasiat lebih mudah diakses, menggalakkan amalan lestari dalam kalangan generasi muda serta menyokong komuniti yang memerlukan.
”Di Ayam Brand, kami percaya bahawa usaha menyemai masa depan yang lebih sihat bukan sekadar menyediakan makanan berkhasiat. Melalui #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan, kami berharap dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan, penyediaan makanan dan kelestarian sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan, di samping menggalakkan tabiat sihat yang dapat diamalkan oleh kanak-kanak sehingga mereka dewasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pendedahan Konsep “Suku-Suku Separuh”
Program CSR menampilkan sesi Ayam Brand Nutrition Health Talk yang interaktif, dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya di mana murid diperkenalkan kepada konsep pemakanan seimbang, kumpulan makanan dan pembahagian saiz hidangan melalui konsep “Suku-Suku Separuh” yang dipromosikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mereka turut mempelajari nutrien penting seperti protein dan Omega-3 yang terkandung dalam produk Ayam Brand serta peranannya dalam menyokong tumbesaran dan kesihatan secara keseluruhan.
Seterusnya, murid sekolah mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari melalui aktiviti penyediaan makanan dalam kelas Kemahiran Hidup.

Dengan menggunakan produk Ayam Brand, mereka menyediakan hidangan ringkas dan berkhasiat seperti sandwic ayam carik, wrap ayam carik dan nasi ayam carik Teriyaki.
Komitmen Berterusan Kesejahteraan Komuniti
Mengulas lanjut, Wei Ling berkata, dengan kesemua 10 aktiviti di sekolah telah selesai dilaksanakan dan sumbangan makanan telah disalurkan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh negeri, #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan menggabungkan pendidikan, kemahiran praktikal, kelestarian dan sokongan komuniti.
Kata beliau, melalui usaha tersebut, Ayam Brand terus menyumbang ke arah kesejahteraan komuniti hari ini di samping menyemai amalan yang lebih sihat untuk generasi akan datang.


