AKEMI terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju inovasi dalam industri kelengkapan rumah menerusi pelancaran AKEMI Sleep Sync AI Mattress, tilam berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) pertama yang dibangunkan di Malaysia.
Lebih daripada sekadar pelancaran produk, inisiatif ini menandakan permulaan revolusi tidur yang mentakrifkan semula pengalaman tidur daripada sekadar keselesaan statik kepada sistem AI yang mampu memahami, menyesuaikan diri dan bertindak balas mengikut keperluan individu secara masa nyata.
Majlis pelancaran yang berlangsung di KLCC Exhibition Hall 5 itu menghimpunkan wakil media, tetamu jemputan, rakan kolaborasi serta pempengaruh bagi menyaksikan pengenalan rasmi inovasi terbaharu AKEMI.
Acara ini turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan AKEMI termasuk Ketua Pegawai Komersial, Koay Ching Mun, serta Pengurus Besar, Kohlson Ong.
Turut hadir ialah para penyelidik dari Universiti Malaya (UM), antaranya Profesor Ir. Dr. Mohd Faizul Mohd Sabri, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi (Pejabat TDR), serta Dr. Chan Chow Khuen, Pensyarah Kanan dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, yang hadir bagi lawatan hormat sempena pelancaran ini.
Teknologi ‘Smart AI Chip’ jadi taruhan

AKEMI Sleep Sync direka dengan Smart AI Chip yang mampu mengesan titik tekanan badan, pergerakan serta corak pernafasan pengguna secara masa nyata.
Teknologi ini membolehkan tilam melaras tahap sokongan secara automatik mengikut perubahan posisi tidur sepanjang malam, sekali gus membantu mengurangkan tekanan pada tulang belakang, meningkatkan kualiti tidur dan menyokong proses pemulihan badan dengan lebih berkesan.
Berbeza dengan tilam konvensional yang menawarkan sokongan statik, Sleep Sync mengintegrasikan sistem AI yang bukan sahaja memantau, tetapi turut melaras sokongan secara aktif berdasarkan berat badan, posisi dan pergerakan pengguna.
Ia turut dilengkapi fungsi Auto Mode, Sleep Aid, Anti-Snore, Reading, Zero Gravity, Wake Up Alarm, Relax Legs dan Head Up, serta ciri Sleep Score yang membantu pengguna menilai kualiti tidur harian mereka. Turut disertakan ialah lampu sensor bawah katil, pengecas tanpa wayar dan sarung divan boleh cuci untuk pengalaman tidur yang lebih moden dan praktikal.
Komitmen terhadap kesihatan pengguna
Menurut Ketua Pegawai Komersial AKEMI, Koay Ching Mun, pelancaran ini membuktikan komitmen syarikat dalam memperkenalkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada kehidupan pengguna.
“Di AKEMI, kami percaya tidur yang berkualiti merupakan asas kepada kesihatan dan kesejahteraan. Dengan AKEMI Sleep Sync, kami bukan sekadar memperkenalkan tilam, tetapi satu penyelesaian tidur yang mampu memahami dan menyesuaikan diri dengan keperluan setiap individu secara masa nyata.
“Kami yakin inovasi ini akan mengubah cara masyarakat melihat tidur sebagai pelaburan penting untuk kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar AKEMI, Kohlson Ong berkata, pembangunan Sleep Sync adalah hasil penyelidikan berfokuskan keperluan pengguna moden yang mahukan pengalaman tidur lebih pintar dan responsif.
“Berbanding tilam konvensional atau kebanyakan tilam AI yang hanya memantau corak tidur, AKEMI Sleep Sync mampu melaras sokongan secara aktif berdasarkan pergerakan dan posisi pengguna dalam masa nyata. Ini menjadikan pengalaman tidur lebih stabil, selesa dan diperibadikan,” jelas beliau.
Rangkul pengiktirafan platinum
Keunggulan inovasi ini turut diiktiraf menerusi Atap Design Award, apabila menerima Platinum Award bagi kategori Best Mattress & Bedding Innovation serta Honourable Mention bagi kategori Best AI Technology, sekali gus mengukuhkan kedudukan AKEMI sebagai peneraju inovasi tempatan bertaraf antarabangsa.
Orang ramai kini boleh merasai pengalaman Sleep Sync di lokasi terpilih termasuk ED Shop Ipoh, AKEMI Home Sunway Pyramid, AKEMI Home Suria Sabah, AKEMI Home The Spring, AKEMI Sleep Studio Seapark Petaling Jaya dan AKEMI Sleep Studio IOI City Mall.
Dengan slogan “Personalised Sleep, Powered By AI”, AKEMI Sleep Sync membuka lembaran baharu dalam industri tidur pintar dengan menawarkan pengalaman tidur yang lebih diperibadikan, selesa dan dipacu teknologi.


