Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort

    September 15, 2026

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort
    • Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines
    • Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan
    • Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus
    • Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’
    • Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM
    • Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 
    • Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 
    Tuesday, September 15
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

      September 8, 2026

      ED Fest Kembali Lagi di Summit USJ: Lebih 100 Jenama Dan 500 Barangan Tawaran Hebat Menanti Anda!

      September 5, 2026

      cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti

      August 29, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort
    Featured

    Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort

    Team KLHypeBy Team KLHypeSeptember 15, 2026No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    LANGKAWI, 15 September 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman, berkenan merasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort dalam satu majlis gemilang yang berlangsung di Dewan Utama Orkid, baru-baru ini.

    Pelancaran komersial sepenuhnya resort flagship 251 bilik milik Tradewinds Corporation Berhad itu menandakan penanda aras baharu bagi sektor hospitaliti dan perkhidmatan MICE antarabangsa di pulau ini, sekali gus menyokong kempen Visit Malaysia 2026.

    Majlis perasmian diraja tersebut turut disemarakkan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah, Tuanku Raja Muda Kedah; DYTM Che Puan Muda Zaheeda; Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff, Tunku Mahkota Kedah; DYAM Che Puan Nur Julie Ariff; serta paduka-paduka cucunda Baginda.

    Turut hadir merayakan majlis berkenaan ialah Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama isteri, Tok Puan Hajah Jusmalailani Jusoh, serta wakil Tradewinds Corporation Berhad, Tuan Syed Danial Syed Mokhtar Syah Albukhary.

    Keberangkatan DYMM Tuanku Sultan Kedah ini mencerminkan sokongan Baginda terhadap pembangunan berasaskan jati diri pulau berkenaan, selaras dengan titah Baginda sempena Hari Keputeraan ke-84 lalu yang menekankan supaya pembangunan Langkawi memelihara khazanah alam semula jadi serta warisan uniknya tanpa meniru destinasi luar seperti Phuket atau Bali.

    Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tradewinds Corporation Berhad, Izmir Abdul Karim, menyifatkan pembukaan resort baharu ini sebagai bukti keyakinan berterusan syarikat terhadap potensi pelancongan Langkawi.

    Cermin Keperibadian Langkawi

    “Hilton Burau Bay Langkawi Resort merupakan penambahan terbaharu kepada portfolio hospitaliti Tradewinds yang telah lama bertapak di Langkawi, menyertai empat resort sedia ada kami di pulau ini.

    Resort ini menepati seruan Tuanku, dibina untuk mencerminkan keperibadian pulau ini dan bukan meniru destinasi lain. Pembukaannya mencerminkan keyakinan kami yang berterusan terhadap Langkawi serta komitmen jangka panjang kami dalam menyokong pertumbuhan industri pelancongannya

    Izmir Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Pemangku), Tradewinds Corporation Berhad.

    “Komitmen kami tidak terhenti setakat membangunkan hotel. Melalui pelaburan kami, kami berhasrat untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang bermakna bagi masyarakat setempat, menyokong perniagaan tempatan serta ekosistem pelancongan yang lebih luas, dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Langkawi dan Kedah, sambil menghormati warisan Geopark Global UNESCO pulau ini,” tambah beliau.

    “Adalah satu penghormatan yang tidak terhingga bagi Tradewinds Corporation Berhad kerana beroleh kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah untuk memuliakan majlis perasmian Hilton Burau Bay Langkawi Resort. Kehadiran Tuanku merupakan satu keberkatan yang mencerminkan kebanggaan dan tanggungjawab yang kami pikul dalam melabur di Langkawi, permata Kedah,” sambung beliau.

    Sementara itu, Naib Presiden Kawasan dan Ketua Asia Tenggara Hilton, Alexandra Murray, menegaskan bahawa pembukaan resort ini mengukuhkan komitmen Hilton dalam membawakan pengalaman perkhidmatan penuh standard antarabangsa ke destinasi peranginan terkemuka di Malaysia.

    “Pembukaan Hilton Burau Bay Langkawi Resort mencerminkan komitmen Hilton dalam membawa pengalaman jenama unggulan kami ke destinasi peranginan Malaysia yang paling disegani. Dengan resort ini, kami menawarkan penanda aras baharu yang canggih bagi hospitaliti perkhidmatan penuh di Langkawi,” katanya.

    Terletak di atas tapak seluas hampir 22 ekar di Teluk Burau, Padang Matsirat, resort berkenaan menawarkan pemandangan indah Laut Andaman dan Gunung Mat Cincang serta berdekatan dengan tarikan utama seperti kereta kabel Langkawi.

    Selain menampilkan empat konsep restoran eksklusif dan kemudahan Eforea Spa, resort ini turut dilengkapi Dewan Utama Orchid seluas 4,455 kaki persegi yang mampu menampung sehingga 210 tetamu bagi penganjuran pelbagai acara.

    Featured Featured Slider
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines
    Team KLHype

    Related Posts

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort

    By Team KLHypeSeptember 15, 2026

    LANGKAWI, 15 September 2026 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin…

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort

    September 15, 20264K

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 20266K

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 20265K

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 20265K

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    September 10, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort

    September 15, 2026

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.