KUALA LUMPUR, 29 September – Eskayvie Sdn Bhd, memperluas usaha penyelidikan dan inovasinya menerusi kerjasama strategik bersama Universiti Malaya (UM) bagi menjalankan kajian klinikal terhadap produk nutrisi minda popular mereka, Mindtropic.
Kajian berprestij ini bertujuan menilai keberkesanan formulasi lengkap Mindtropic dalam pelbagai aspek utama termasuk prestasi kognitif, daya tahan terhadap tekanan, fungsi sistem saraf autonomi, serta kualiti tidur.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen Eskayvie untuk memperkukuh asas saintifik produknya, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk kesihatan buatan tempatan.

Dalam majlis tersebut, Universiti Malaya diwakili oleh Naib Canselor, Professor Dato’ Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, manakala Eskayvie diwakili oleh Pengarah Urusan, Datin Dr Kartika Wati Mohamed.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif & Ketua Penyelidikan & Inovasi Eskayvie, Datuk Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Duta Eskayvie, Datuk Aznil Haji Nawawi dan barisan penyelidik utama serta wakil pengurusan tertinggi daripada kedua-dua organisasi.
17 Tahun Mengutamakan Kualiti & Keselamatan
Menurut Datin Dr Kartika Wati Mohamed, selepas 17 tahun bertapak dalam industri pembangunan produk kesihatan, Eskayvie mahu terus meningkatkan mutu produk dengan menjadikan penyelidikan sebagai keutamaan paling atas.

“Kepercayaan pengguna terhadap Mindtropic mendorong kami untuk terus melangkah lebih jauh dalam penyelidikan dan inovasi. Melalui kerjasama dengan Universiti Malaya, kami mahu menilai formulasi lengkap Mindtropic secara klinikal bagi mendapatkan bukti saintifik yang lebih menyeluruh tentang keberkesanannya.
“Bagi kami, kepercayaan itu datang bersama tanggungjawab untuk terus mengutamakan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk. Kami berharap kerjasama ini turut membuka peluang kepada lebih banyak penyelidikan dan penerbitan saintifik pada masa hadapan.” – Datin Dr Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie.
Kajian klinikal khas ini akan dijalankan bersama Clinical Investigation Centre (CIC), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berpandukan protokol ketat yang diluluskan serta memenuhi piawaian penyelidikan klinikal piawai.
Formulasi Lengkap Kesihatan Minda & Pengurusan Stres

Menjelaskan lebih lanjut dari sudut formulasi, Datuk Dr Syid Ayob menekankan bahawa pembangunan Mindtropic mengambil kira perkaitan rapat antara fungsi kognitif, tindak balas stres, dan kualiti tidur.
“Mindtropic dirumuskan dengan gabungan bahan yang dipilih berdasarkan fungsi dan rasional saintifik masing-masing. Dalam menilai prestasi minda, kita bukan sahaja melihat fokus dan daya ingatan, tetapi juga keupayaan seseorang menghadapi tekanan serta mendapatkan tidur yang berkualiti.
Setiap bahan mempunyai asas penyelidikannya tersendiri. Melalui kajian klinikal ini, kami mahu melangkah lebih jauh dengan menilai keberkesanan gabungan bahan tersebut sebagai satu formulasi lengkap.
Datuk Dr Syid Ayob, Pengarah Eksekutif & Ketua Penyelidikan & Inovasi Eskayvie.
Sinergi Pakar Akademi & Keperluan Industri
Sementara itu, Naib Canselor UM, Professor Dato’ Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman menyambut baik kolaborasi ini yang disifatkan mampu memberi impak terus kepada masyarakat.
“Di Universiti Malaya, kami percaya penyelidikan bukan sahaja perlu menghasilkan ilmu baharu, tetapi juga memberi manfaat kepada masyarakat. Kerjasama dengan Eskayvie membolehkan kami menggabungkan kepakaran saintifik dan keupayaan penyelidikan universiti dengan inovasi serta keperluan industri.
Professor Dato’ Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor UM.
Pemangkin Menerusi Eskayvie Research & Innovation Centre
Inisiatif kerjasama ini juga merupakan kesinambungan daripada penubuhan Eskayvie Research & Innovation Centre — sebuah hab penyelidikan dan inovasi dalaman yang memberi tumpuan khas kepada:
- Kajian Klinikal & Pembangunan Formulasi
- Pendidikan Kesihatan Awam
- Penerokaan Teknologi Kesihatan Baharu
Menerusi pusat ini, Eskayvie berhasrat untuk terus memperluas kerjasama strategik bersama universiti, penyelidik, dan pakar kesihatan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa demi membawakan penyelesaian kesihatan berasaskan sains yang diyakini.


