Memandangkan sambutan Halloween bakal tiba pada Sabtu, 31 Oktober ini, platform e-Pembaca terkemuka, Rakuten Kobo, mempersembahkan senarai pilihan naskhah seram dan misteri khusus buat pembaca yang gemarkan suasana mendebarkan sepanjang hujung minggu.
Himpunan buku kali ini menggabungkan penceritaan berunsur kebudayaan tempatan Malaysia dengan genre fiksyen seram moden.
Istimewa buat pembaca di Malaysia, Rakuten Kobo menawarkan diskaun 25 peratus di seluruh laman web bagi eBook bermula 16 hingga 18 Oktober menggunakan kod promo SYOK26102 (tertakluk kepada terma dan syarat Kobo).
Kisah mistik dan alam ghaib berlatarkan Malaysia
Buat pembaca yang menggemari naratif berteraskan cerita rakyat dan persekitaran tempatan:

- The Ghost Bride (Yangsze Choo) – RM23.99: Berlatarkan zaman kolonial Melaka sekitar tahun 1890-an, karya penulis tempatan Yangsze Choo ini mengisahkan Li Lan yang menerima pinangan perkahwinan daripada keluarga seorang pemuda yang telah meninggal dunia. Naskhah ini membawa pembaca meneroka dunia roh, rahsia keluarga, serta selok-belok hubungan romantik.
- Mood: Misteri, romantik dan hantu.
- Rupert Wong, Cannibal Chef (Cassandra Khaw) – RM14.44: Menampilkan Kuala Lumpur sebagai latar cerita, Rupert Wong menguruskan kerjaya luar biasa dengan menyediakan hidangan khas untuk makhluk halus dan mengendalikan hal ehwal pentadbiran Ten Chinese Hells. Karya Cassandra Khaw ini menggabungkan elemen fantasi ghaib, humor gelap, dan kulinari mengerikan.
- Mood: Fantasi ghaib dan humor gelap. (Nota kandungan: Keganasan grafik dan kanibalisme).
Pilihan buat penggemar watak aneh, pelik
Bagi mereka yang menyukai kisah mendebarkan yang mencabar realiti:

- Incidents Around the House (Josh Malerman) – RM45.39: Adaptasi filem naskhah ini, Other Mommy, telah mula ditayangkan di pawagam Malaysia sejak 8 Oktober lalu. Mengisahkan kanak-kanak berusia lapan tahun, Bela, dan entiti ghaib yang dipanggilnya Other Mommy, novel ini mendedahkan gangguan ghaib dari perspektif seorang kanak-kanak.
- Mood: Suspen ghaib intensif. (Nota kandungan: Kanak-kanak dalam bahaya).
- Bunny (Mona Awad) – RM35.79: Gabungan elemen sindiran akademik dan seram surealisme, naskhah ini mengisahkan seorang pelajar penulisan kreatif yang menyertai kumpulan elit rakan sekelasnya sebelum segalanya bertukar menjadi situasi aneh dan menakutkan.
- Mood: Dark academia dan seram sureal.
Eksperimen seram dan ‘Body Horror’
Khusus buat pembaca yang mempunyai toleransi tinggi terhadap unsur seram ekstrem:
- The Salt Grows Heavy (Cassandra Khaw) – RM40.29: Kisah dongeng yang diolah semula secara puitis dan mengerikan mengenai perjalanan seekor duyung dan doktor wabak (plague doctor) ke dalam hutan berpuaka.
- Mood: Dongeng gelap dan body horror. Boleh didapati menerusi perkhidmatan langganan Kobo Plus pada harga RM27 sebulan.
Peranti Kobo eReader untuk pengalaman membaca maksimum


Bagi melengkapkan sesi pembacaan, peranti Kobo eReader hadir menerusi pelbagai pilihan skrin seperti Kobo Clara BW (skrin hitam putih 6-inci), Kobo Clara Colour (skrin berwarna), serta Kobo Libra Colour (skrin berwarna 7-inci dengan butang fizikal). Semua model dilengkapi teknologi ComfortLight PRO yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan mata.
Aplikasi percuma Kobo Books juga boleh dimuat turun pada telefon pintar dan tablet. Pembelian peranti dan aksesori rasmi Kobo boleh dibuat menerusi kedai rasmi Kobo di platform Shopee dan Lazada.


