Kumpulan Suria KLCC menjemput orang ramai meraikan Pesta Cahaya dalam suasana penuh gemilang menerusi kempen sambutan Deepavali yang meriah di tiga pusat membeli-belah di bawah naungannya iaitu Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre, dan Mesra Mall.
Menampilkan gabungan dekorasi berinspirasikan istana diraja India dan seni tradisional, sambutan ini bermula sejak 23 Oktober 2026 dan berlangsung menjelang sambutan Deepavali.
Seiring dengan kemeriahan Kuala Lumpur menyambut pelancong global sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, inisiatif ini turut memberi peluang kepada pelancong luar untuk merasai keunikan tradisi dan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Suria KLCC: Persada Istana Diraja di pusat bandar


Dari 23 Oktober hingga 11 November 2026, Centre Court Suria KLCC bertukar wajah menjadi sebuah Persada Istana India yang mempesonakan.
Diinspirasikan daripada seni bina istana diraja India, ruang legar ini menampilkan sepasang burung merak setinggi 10 kaki di pintu gerbang utama, skrin LED berunsurkan elemen air serta sebuah pavilion megah berukiran kekisi keemasan dan sutera berwarna-warni.
Suasana perayaan turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik:
- Persembahan Tarian Tradisional: Menampilkan gerak tari berirama pada 1, 7, dan 8 November 2026.
- Bengkel Menghias Tart Kolam (bersama Flaaah): Diadakan pada 31 Oktober serta 1, 8, and 9 November 2026, menawarkan hiasan Tart Kastard Masala Chai edisi terhad berserta diskaun eksklusif 20% bagi pembelian kotak penuh.
- Bengkel Gubahan Bunga Kertas (bersama Yves Rocher): Diadakan pada 31 Oktober serta 1, 7, dan 8 November 2026, memberikan pengalaman deria melalui gubahan bunga kad kertas yang disembur wangian koleksi Pleines Natures.


Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, berkata konsep rumah terbuka di Malaysia menjadi inspirasi utama di sebalik dekorasi dan pengisian tahun ini.
“Perayaan Deepavali di Malaysia mengetengahkan amalan rumah terbuka – pintu yang terbuka, hidangan tersedia di atas meja dan suasana yang mengalu-alukan. Itulah suasana yang ingin kami bawa ke pusat membeli-belah kami.
“Sebuah persada istana merupakan tempat para tetamu disambut, jadi kami membina suasana tersebut untuk para pelanggan dan pengunjung – sebuah ruang untuk menikmati persembahan tarian tradisional, menghias tart kolam atau mengambil foto keluarga… Sama ada anda bersama kami di Suria KLCC, Alamanda atau Mesra Mall, kami mahu setiap pengunjung berasa seperti tetamu kehormat.”
— Francis Tan, Pengarah Eksekutif & CEO Suria KLCC Sdn Bhd


Ganjaran Membeli-belah Suria KLCC:
- Pelanggan yang berbelanja RM1,000 dan ke atas dalam dua resit layak menerima e-Voucher membeli-belah bernilai RM50 (terhad kepada 300 penebusan pertama).
- Pelanggan yang membeli e-Voucher Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima e-Voucher tambahan bernilai RM100 (terhad kepada 20 pelanggan pertama).
Alamanda Shopping Centre: semarak warna-warni di Putrajaya
Bermula 23 Oktober sehingga 9 November 2026, Alamanda Shopping Centre di Putrajaya dihiasi dengan hiasan kolam berwarna-warni yang diterangi lampu tradisional serta gerbang perayaan yang memukau.
Sepanjang kempen berlangsung, kempen amal jualan Green Ribbon Pin turut diadakan bagi menyokong inisiatif kesedaran kesihatan mental, di mana setiap sumbangan RM10 disalurkan terus kepada badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.
Ganjaran Di Alamanda:
- Berbelanja RM500 dan ke atas (dalam maksimum dua resit) untuk menerima e-Voucher Alamanda bernilai RM30 dan dua batang lilin wangi.
- Berbelanja tinggi RM1,500 dan ke atas untuk menerima e-Voucher bernilai RM80 dan sepasang lilin wangi.
Mesra Mall: sentuhan klasik istana di Pantai Timur
Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall turut meriah menyambut Deepavali dari 1 hingga 10 November 2026. Kawasan kaunter Concierge dihias indah berkonsepkan Persada Istana India dengan gabungan elemen bunga-bungaan, motif tradisional, dan pencahayaan hangat yang kaya dengan elemen budaya.
Menerusi Program Ganjaran Pelanggan Mesra Mall, 100 pelanggan pertama yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit berpeluang menebus Baucar Membeli-belah Mesra Mall bernilai RM30.
Kumpulan Suria KLCC mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan pelancong untuk bersama-sama merasai kemeriahan, kehangatan tradisi, serta ganjaran eksklusif sepanjang musim perayaan ini.


