Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    September 22, 2026

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 2026

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa
    • Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?
    • Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia
    • R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9
    • ProreX Intai Pasaran Asia Tenggara, Penuhi Keperluan Pedagang Generasi Pintar
    • Sultan Kedah Berkenan Rasmikan Hilton Burau Bay Langkawi Resort
    • Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines
    • Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan
    Wednesday, September 23
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

      September 17, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

      September 8, 2026

      ED Fest Kembali Lagi di Summit USJ: Lebih 100 Jenama Dan 500 Barangan Tawaran Hebat Menanti Anda!

      September 5, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » EMAX Beauté buka 4 cawangan baru di Pavilion Bukit Jalil
    Beauty

    EMAX Beauté buka 4 cawangan baru di Pavilion Bukit Jalil

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaDecember 13, 2023No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    EMAX Beauté adalah definisi tentang kecantikan dan keyakinan, yang sentiasa komited dalam menyediakan solusi kecantikan dan kesejahteraan holistik kepada pengguna.

    Seiring dengan itu, peneraju kecantikan yang berpengalaman dan inovatif ini mengorak langkah berani dengan pelancaran empat buah cawangan baru, di Pavilion Bukit Jalil. 

    12 tahun sejak penubuhan jenama pertamanya iaitu Beauté Library, EMAX Beauté terus fokus untuk mendominasi industri kecantikan dengan memberikan rawatan terbaik merangkumi penjagaan kecantikan yang lengkap daripada wajah, rambut dan badan. 

    Di bawah EMAX Beauté terdapat 4 jenama kecantikan yang berbeza konsep dan rawatan iaitu:

    • Beauté Library – Menawarkan solusi penjagaan wajah mewah dan bukan invasif (non invasive). Seleksi rawatan yang ditawarkan akan disesuaikan dengan jenis kulit anda dan mendapat sentuhan teknologi serta mesin yang canggih. Outlet terbaru di Pavilion Bukit Jalil membawa konsep elegan, mewah dan eksklusif. 
    • Curvena – Pendekatan holistik dan seimbang untuk rawatan pelangsingan badan menggunakan teknologi canggih untuk misi bentuk badan idaman semua. Berkonsepkan earthy tones daripada pemilihan warna, perabot dan hiasan dalaman, setiap sudut membuatkan anda rasa selesa, harmoni dan privasi. 
    • Venusde – Fokus pada penjagaan rambut dan kulit kepala, bukan sahaja pada wanita malah juga lelaki untuk rambut yang lebih sihat dan kuat. Hadir dengan konsep yang lebih ceria dan fun, anda pasti terpesona dengan konsep hiasan dalamannya. Lebih menarik, ia menyediakan ruang privasi terutamanya buat hijabi untuk lebih selesa ketika melakukan rawatan rambut. 
    • B+ Clinic – Menyediakan seleksi rawatan estetik yang invasif . Ia juga untuk memberi pengalaman rawatan estetik yang efisyen, selamat dan berkesan yang dikendalikan oleh barisan doktor profesional dan bertauliah. 

    Menurut Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) EMAX Beauté, Wilson Lee menekankan bahawa pertambahan jenama itu sejajar dengan keperluan pengguna yang semakin meningkat dan juga untuk menangani jurang dalam pasaran kecantikan Malaysia hari ini. 

    Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) EMAX Beauté, Wilson Lee.

    “Kami banyak memberi penekanan dan fokus pada aspek keperluan dan kesejahteraan pelanggan kerana kami percaya kecantikan bukan sahaja semata-semata pada luaran. 

    “Kecantikan yang sebenar perlulah seimbang dari semua aspek. Setiap pelanggan mempunyai kemahuan dan jangkaan mereka sendiri, dan kami menyasarkan untuk memberikan rawatan penyelesaian yang berkesan dan berkualiti supaya kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan mereka tercapai.“

    “Matlamat kami adalah untuk memberikan servis dan solusi yang terbaik pada pelanggan supaya mereka rasa selesa dengan kulit, tampil lebih yakin dan berjaya memiliki kulit idaman mereka,” katanya.

    Sedekad EMAX Beauté

    Bermula dengan skala yang sederhana pada 2011, sehingga kini 2023, EMAX Beauté telah berjaya menerajui industri kecantikan dengan jayanya dan mempunyai satu pasukan yang besar dengan 194 orang pekerja. 

    Empat cawangan terbaru dibuka di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Selain daripada dedikasi untuk menjadi jenama unggul dan pilihan ramai dalam industri kecantikan  (penjagaan kulit, rambut, badan dan estetik) EMAX Beauté juga fokus melakukan program berbentuk CSR atau tanggungjawab sosial korporat bagi memberi sokongan kepada komuniti. 

    Antara program yang telah dianjurkan oleh EMAX Beauté ialah acara amal berbuka melalui kempen Beauté Library B-Oooh-Ka Puasa. Ini adalah satu usaha untuk kutipan amal yang akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia (SUKA Society).

    Melalui iftar amal ini, setiap tetamu yang hadir Beauté Library komited untuk menderma RM100 dan jumlah selebihnya akan disumbangkan  oleh Wilson Lee yang mana menjadikan jumlah keseluruhan kutipan amal untuk acara ini ialah RM20,000. Jumlah kutipan ini digunakan untuk membeli barang asas dan keperluan seperti makanan, mandian, cucian dan lain-lain. 

    “Pada bulan Oktober baru-baru ini, EMAX Beauté telah menganjurkan satu larian amal iaitu Pinky Run dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara seterusnya membiayai pemeriksaan kanser untuk golongan kurang berkemampuan. 

    “Dengan sokongan orang ramai, rakan penaja dan selebriti yang hadir, kami telah berjaya mengumpul RM20,000 melalui larian amal ini,” jelas Wilson.

    Industri kecantikan dan perniagaan

    Melalui pelancaran empat cawangan baru ini, EMAX Beauté berhasrat untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri kecantikan tempatan. 

    Dengan mengutamakan profesionalisme dan kredibiliti, setiap jenama ini berusaha untuk memberikan solusi rawatan yang unggul dan berkesan dengan sentuhan teknologi, formula dan inovasi terkini dalam dunia penjagaan kecantikan. 

    Melalui pelancaran cawangan baharu ini, EMAX Beauté berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri kecantikan tempatan dan seterusnya. 

    Dengan mengutamakan profesionalisme dan kredibiliti, ditambah dengan perkhidmatan yang cemerlang dan terkemuka, setiap jenama berusaha untuk memberikan penyelesaian yang cemerlang dan berkesan dengan teknologi, ramuan dan inovasi terkini dalam penjagaan kecantikan.

    Dengan penyelesaian komprehensif yang menyasarkan pelbagai aspek kecantikan dan kesihatan, EMAX Beauté berusaha untuk mempromosikan penjagaan diri di kalangan pelanggan kami, supaya mereka merasa yakin dengan kulit mereka sendiri. Kami mahu menjadi pilihan pelanggan dalam mencari solusi dan keberkesanan rawatan serta menyediakan ruang yang selesa. 

    Sama ada ingin memanjakan kulit dengan rawatan muka yang mewah, menjaga kulit kepala dan rambut atau penjagaan badan yang holistik EMAX Beauté adalah tempat untuk anda. Kami tidak sabar untuk menantikan kehadiran anda,” tambah Wilson Lee lagi. 

    Pembukaan besar-besaran empat cawangan ini menandakan satu kejayaan penting dalam komitmen EMAX Beauté untuk pengalaman kecantikan yang luar biasa ini. Pelanggan dijemput untuk meneroka dan mencipta pengalaman menarik di  Beauté Library, Curvena, Venusde dan B+ Clinic Pavilion Bukit Jalil. 

    B+ Clinic Beauté Library beauty Curvena EMAX Beauté estetik kecantikan Venusde
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKempen Lose to Win, Su.Re Sihat KL kutip dana bantu B40 dan asnaf derita obesiti jalani bariatrik
    Next Article Nivea perkenal serum anti-bintik hitam terbaru Nivea Luminous
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 2026

    NOIR Perkukuh Agenda Eksport Global, Taja RM300,000 Untuk WiEX@MIHAS 2026

    August 20, 2026

    Bath & Body Works dan Vera Bradley Bawa Kolaborasi Eksklusif Inspirasi Buah Pic

    July 31, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    By Team KLHypeSeptember 22, 2026

    SUBANG JAYA, 22 September 2026 – Pasaran logistik dan e-dagang rentas sempadan negara menerima suntikan…

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    September 22, 20262K

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 20263K

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 202610K

    R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

    September 17, 20263K

    ProreX Intai Pasaran Asia Tenggara, Penuhi Keperluan Pedagang Generasi Pintar

    September 17, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa

    September 22, 2026

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 2026

    Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

    September 17, 2026

    R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

    September 17, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.