Jenama kasut tempatan terkemuka, LARRIE meraikan para pemenang hadiah utama peraduan Travel with LARRIE: Spend & Win 2026 menerusi satu majlis penyampaian hadiah eksklusif yang berlangsung di Ibu Pejabat LARRIE, Bukit Serdang, baru-baru ini.
Majlis penuh bermakna itu turut diserikan dengan kehadiran barisan pihak pengurusan tertinggi LARRIE, para pemenang bertuah serta rakan-rakan media sebagai simbolik penutup kempen dan tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang menyokong jenama berkenaan.
Sokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026
Berlangsung selama tiga bulan bermula Julai hingga September 2026, peraduan Spend & Win 2026 dirangka khusus untuk menggalakkan pelanggan menikmati ganjaran berganda menerusi pembelian produk LARRIE, sambil berpeluang memenangi pakej percutian yang diinspirasikan daripada keindahan serta kepelbagaian destinasi di Malaysia.

Selaku rakan strategik Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026), penganjuran kempen ini secara tidak langsung mempromosikan keunikan produk pelancongan domestik dan kekayaan khazanah alam semula jadi negara kepada masyarakat tempatan.
Senarai Pemenang Hadiah Utama
Dalam majlis tersebut, tiga pemenang bertuah membawa pulang pakej percutian mewah ke destinasi ikonik negara berserta baucar tunai produk LARRIE:
- Tempat Pertama: Nurlina binti Awang – Pakej The Ultimate Borneo Wildlife Adventure bernilai RM15,000 berserta baucar produk LARRIE bernilai RM1,000.
- Tempat Kedua: Muhammad Azizi bin Arif – Pakej The Lost World of Sarawak bernilai RM10,000 berserta baucar produk LARRIE bernilai RM800.
- Tempat Ketiga: Low Pork Nee – Pakej Mutiara Taman Negara, Pahang bernilai RM5,000 berserta baucar produk LARRIE bernilai RM500.
Pengalaman Eksplorasi Melangkaui Gaya


Daripada keunikan hidupan liar yang menakjubkan di Sabah, misteri keindahan alam semula jadi di Sarawak sehinggalah kehijauan hutan hujan tropika tertua di Taman Negara, Pahang, kesemua hadiah ini direka untuk memberi peluang kepada pemenang meneroka sendiri keistimewaan landskap Malaysia dengan penuh keselesaan.
Menerusi kerjasama strategik bersama Tahun Melawat Malaysia 2026 ini, LARRIE komited untuk terus menyemai rasa cinta orang ramai terhadap destinasi, budaya serta warisan tempatan, sekali gus membuktikan dedikasi jenama itu dalam mencipta pengalaman gaya hidup bermakna buat pelanggan, melangkaui sekadar penawaran produk kasut berkualiti.
Pihak LARRIE dalam satu kenyataan turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang serta berterima kasih atas sambutan luar biasa rakyat Malaysia sepanjang tempoh peraduan berlangsung.


