Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven

    October 14, 2026

    Konnichi-WOW: Baskin Robbins Malaysia Perkenal Japan Summer Series Menerusi Tiga Perisa Ikonik

    October 13, 2026

    Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu

    October 12, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven
    • Konnichi-WOW: Baskin Robbins Malaysia Perkenal Japan Summer Series Menerusi Tiga Perisa Ikonik
    • Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu
    • Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’
    • Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan
    • SiPEMAS 2026: MPPN, KPDN Perkasa Hak Pengguna Warga Emas Mendepani Status Negara Tua 2030
    • KL International Beauty Week 2026 Kembali, Himpun Lebih 120 Jenama Terkemuka Di MVEC
    • STREET IN FOCUS: FUJIFILM & atmos Satukan Warisan Analog Dan Identiti Streetwear Di Kuala Lumpur
    Friday, October 16
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      MySihat Expo 2026 MAEPS sasar 100,000 pengunjung

      October 8, 2026

      Eskayvie Jalin Kerjasama Strategik Bersama Universiti Malaya, Jalankan Kajian Klinikal Mindtropic

      September 29, 2026

      Pensyarah Bawa Pulang Perodua Traz Selepas Berbelanja RM250 di SOGO

      September 27, 2026

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026

      SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul

      September 25, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

      October 9, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Grand Hyatt Kuala Lumpur lancar edisi kedua #DinewithChef, gabung pelbagai hidangan dari seluruh dunia 
    KULINARI

    Grand Hyatt Kuala Lumpur lancar edisi kedua #DinewithChef, gabung pelbagai hidangan dari seluruh dunia 

    Team KLHypeBy Team KLHypeMay 17, 2024Updated:May 20, 2024No Comments7 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    grand hyatt
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Siri #DinewithChef 2024 menyaksikan Ketua Chef dari Grand Hyatt Kuala Lumpur, Park Hyatt Kuala Lumpur, dan Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur bekerjasama dengan chef-chef tempatan dan antarabangsa bagi menyajikan pelbagai hidangan istimewa di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

    KUALA LUMPUR –  Grand Hyatt Kuala Lumpur baru-baru ini melancarkan pesta makanan tempatan dan antarabangsa tahunan anjurannya, mempersembahkan pelbagai hidangan istimewa chef-chef tempatan dan antarabangsa sepanjang Mei.

    Pertama kali dilancarkan pada 2023, #DinewithChef diadakan bagi menghimpunkan para pencinta serta penggemar makanan dan pakar kulinari kreatif sebagai menghargai seni penyajian makanan. 

    Tahun ini, Ketua Chef dari Grand Hyatt Kuala Lumpur, Park Hyatt Kuala Lumpur, dan Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur akan bekerjasama dengan pakar kulinari dari Indonesia, Poland, Jepun dan Malaysia untuk menjayakan pesta eksplorasi kulinari yang menakjubkan dan belum pernah disaksikan sebelum ini.  

    Siri #DinewithChef 2024 akan mempamerkan pelbagai ruang berbeza di sekitar hotel tersebut, termasuk restoran THIRTY8 dan JPteres yang terkenal, restoran separa terbuka POOLHOUSE, dan dewan acara yang baru dibuka di Level 5 Grand Hyatt Kuala Lumpur. 

    Di sepanjang bulan Mei, #DinewithChef akan menampilkan kemeriahan kolaborasi gastronomi antara ketua chef dan chef jemputan bagi menjayakan pelbagai acara yang telah disusun khas di hotel itu bermula dari 9 Mei.

    Barisan Cef Pilihan 

    Barisan chef untuk siri #DinewithChef 2024 bakal diketuai oleh Chef Eksekutif Grand Hyatt Kuala Lumpur, Chef Grzegorz Odolak, yang juga dikenali sebagai Chef Greg, seorang chef veteran Hyatt dengan lebih dari dua dekad pengalaman profesional dalam dunia kulinari. 

    Chef Greg memulakan kerjaya di tanah airnya di Poland, beliau berjaya mencipta namanya yang tersendiri di beberapa hotel Hyatt di seluruh dunia, termasuk Hyatt Regency Warsaw di Poland, Hyatt Regency Dubai, Grand Hyatt Doha Hotel & Villas, dan Park Hyatt Chennai. 

    Berpegang teguh kepada prinsip Hyatt “Food Thoughtfully Sourced, Carefully Served“, Chef Greg sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan kulinari dan kelestarian, melalui kerjasama dengan pembekal tempatan yang mementingkan alam sekitar seperti Cultiveat untuk menjadikan Grand Hyatt Kuala Lumpur sebagai sebuah hab kreativiti dan kelestarian. 

    “Sebagai penggemar makanan dan pakar kulinari kreatif, kami sentiasa mencari cara baharu untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah kami pelajari dengan para tetamu dan rakan kami. 

    Siri #DinewithChef 2024 menjadi wadah untuk kami mempamerkan kehebatan dan kepelbagaian pasukan chef yang dihimpunkan oleh Hyatt di Kuala Lumpur – sebagai tanda penghormatan kami kepada sebuah bandar raya yang dinamik, serba moden dan penuh dengan pengembaraan gastronomi. 

    “Setiap seorang daripada kami akan membawakan perspektif yang berbeza terhadap makanan dan pengalaman menjamu selera, serta memberi peluang kepada para tetamu untuk merasai sendiri rasa yang serba baharu di samping meluaskan lagi perspektif mereka,” jelasnya.

    Beliau menambah, Grand Hyatt Kuala Lumpur sentiasa menjadi pilihan utama tetamu yang menginginkan pengalaman unik untuk merehatkan minda, bersuka ria, dan mencuba hidangan yang baharu. 

    Justeru katanya, menerusi siri #DinewithChef 2024 ini, tetamu diharap dapat mempelajari tentang makanan daripada pelbagai budaya dan dapat menghargai kualiti masakan tempatan dan antarabangsa yang kami persembahkan di hotel ini.

    Acara tahun ini turut mengetengahkan Chef Eksekutif, Stig Drageide  dan Chef Pastri Eksekutif, Holger Deh yang telah mengatur menu eksklusif bagi membolehkan para tetamu mendapat gambaran awal tentang hidangan istimewa yang akan bakal disajikan apabila mereka menerajui Park Hyatt Kuala Lumpur yang akan dibuka tidak lama lagi. 

    Chef Stig berasal dari Norway dan pernah berkhidmat di beberapa restoran terkemuka di sepanjang kerjayanya termasuk Bagatelle di Oslo, satu-satunya restoran di Norway yang dianugerahkan dengan dua bintang Michelin sehingga 2012, Hotel Hyatt di seluruh dunia, dan Hotel Continental di Norway. 

    Chef Holger ialah chef pastri terkemuka antarabangsa  yang berasal dari Jerman. Beliau mempunyai pengikut setia dan kepakaran kulinari yang telah membawanya dalam perjalanan yang mengagumkan, dari restoran terkemuka seperti Rosewood Hong Kong, dan The Datai Langkawi, hingga ke restoran Haerlin di Raffles Hotel Vier Jahreszeiten Hamburg, yang berjaya menerima bintang Michelin dalam tempoh dua tahun. 

    Chef Stig
    Chef Shinpei
    Chef Ramu
    Chef Greg
    Chef Holger
    Chef Enzo
    Chef Danny Tan
    Chef Marcin Budyne
    Chef Mariusz Olechno
    Chef Izmin
    Chef Pande Cipta

    Turut menyertai barisan cef-cef terkemuka tersebut ialah Chef Eksekutif Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur, Chef Vincenzo Carbone, atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Chef Enzo. 

    Chef Enzo membawakan lebih dari 30 tahun pengalaman berkhidmat di restoran dan hotel di seluruh dunia termasuk Itali, Switzerland, Oman, UK, Korea Selatan, China, Jepun, Singapura, Hong Kong, Turki, dan New Zealand. 

    Beliau memulakan kerjayanya di Circolo Della Stampa di Naples di mana beliau mula membina pendekatannya unik terhadap masakan Itali, yang kemudiannya dapat dilihat menerusi restorannya  iaitu CAPO (Shanghai), Mamma mia! (Shanghai, Guangzhou, Wuxi and Suzhou), 208 Duecento Otto (Hong Kong) dan PiPa (Istanbul). Pada tahun 2022, Chef Enzo telah dilantik sebagai Chef Eksekutif Pakar untuk rantau Asia Pasifik. 

    Sebagai sebahagian daripada siri #DinewithChef 2024, beliau berjanji untuk mempersembahkan cita rasa Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur apabila ia dibuka di bandar raya itu nanti. 

    Sorotan Acara

    • 9 – 11 Mei | THIRTY8: Acara rasmi pertama siri #DinewithChef menyaksikan Cef Greg berganding bahu dengan dua cef terkenal dari tanah airnya sendiri, iaitu Cef Marcin Budunek dan Cef Mariusz Olechno dari Poland. Dengan kerjasama Kedutaan Poland di KL, ketiga-tiga cef itu akan menyajikan hidangan à la carte yang berteraskan warisan kulinari Poland dan “Semangat Poland” dengan teknik kontemporari.
    • 12 Mei | THIRTY8: Grand Hyatt Kuala Lumpur akan menganjurkan Mother’s Day Brunch pada harga RM198 seorang dalam satu pameran kulinari eksklusif oleh Chef Greg, Chef Stig, Chef Holger, Chef Enzo dan chef-chef dari Grand Hyatt Kuala Lumpur serta Chef Pande dari Andaz Bali. Para tetamu juga boleh menikmati tawaran istimewa untuk wain serta moktel dan koktel unik seperti “Dear Mummy” pada harga RM48 segelas.
    • 13 – 17 Mei | JPteres: Grand Hyatt Kuala Lumpur akan bekerjasama dengan  Chef Pande Cipta dari Andaz Bali bagi menawarkan menu bufet makan tengahari berinspirasikan Indonesia pada harga RM128 seorang, berserta dengan jenama Teh Asli Thai, ChaTraMue dan pilihan minuman yang diadun khas sebagai pelengkap kepada bufet tersebut. 
    • 17 Mei | Level 5: Salah satu acara utama dalam siri #DinewithChef iaitu “Sake Tasting” Omakase Dinner yang eksklusif dan intim pada harga RM628 seorang dengan kerjasama Sushi Azabu.
    • 18 – 19 Mei | THIRTY8: Menyajikan menu minum petang yang enak pada harga RM148 seorang atau RM268 seorang dengan segelas Champagne dari 12 tengah hari hingga 5 petang, Chef Stig dan Chef Holger akan mengambil alih THIRTY8 bagi menjamu para tetamu dengan versi hidangan savuri dan manis klasik yang eksklusif. Para tetamu juga boleh menikmati resepi hidangan Nordic dan pencuci mulut istimewa!
    • 23 – 25 Mei | THIRTY8: Para tetamu #DinewithChef akan disajikan dengan hidangan eksklusif khusus untuk Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur apabila ia diterajui oleh Chef Enzo dari Napoli nanti, menampilkan pelbagai hidangan Itali dari antipasti, pasta segar, hidangan utama dan pencuci mulut hinggalah kepada snek bar yang disusun khas.
    • 25 Mei | POOLHOUSE: Grant Burge Guiding Wine Tasting yang dianjurkan dengan kerjasama Milawa menjemput para tetamu untuk menikmati pelbagai pilihan wain dengan hidangan canapés yang menyelerakan pada harga RM180 seorang dari 4:00 petang hingga 6:00 petang. Acara ini terhad kepada 20 tetamu.
    • 1 – 30 Mei | POOLHOUSE dan JPteres: Chef Ramu dan Chef Izmin dari Grand Hyatt Kuala Lumpur akan menyajikan hidangan terkenal mereka  daripada dapur masing-masing di Weekday Malaysian Buffet Lunch di JPteres pada harga RM128 seorang dan Weekend A La Minute BBQ di POOLHOUSE pada harga RM178 seorang.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai #DinewithChef, acaranya dan restoran di Grand Hyatt Kuala Lumpur, sila kunjungi laman sesawang, Facebook atau Instagram. 

    Untuk tempahan dan pertanyaan, sila e-mel kepada restaurant.kuagh@hyatt.com atau hantar mesej melalui WhatsApp di +60 12 621 9869.

    Dinewithchef food review Grand Hyatt KL
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDJ Lin menang lagi – diiktiraf penyampai radio paling dipercayai
    Next Article IHH Healthcare lancar kempen pencegahan awal penyakit, Act Sooner Live Better
    Team KLHype

    Related Posts

    Cita Rasa Jepun Dalam Tin! Yeo’s Tampil Kelainan Menerusi Teriyaki Tuna Pertama di Malaysia

    September 28, 2026

    R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

    September 17, 2026

    cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti

    August 29, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven

    By Team KLHypeOctober 14, 2026

    Ada kalanya, apa yang diidamkan hanyalah snek yang ringkas, ringan, namun tetap memuaskan tanpa perlu…

    Konnichi-WOW: Baskin Robbins Malaysia Perkenal Japan Summer Series Menerusi Tiga Perisa Ikonik

    Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven

    October 14, 20262K

    Konnichi-WOW: Baskin Robbins Malaysia Perkenal Japan Summer Series Menerusi Tiga Perisa Ikonik

    October 13, 20268K

    Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu

    October 12, 20267K

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 20266K

    Bath & Body Works Malaysia Lancar Café Collection, Bawakan Haruman Unik Inspirasi Kafe Tempatan

    October 9, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Snek, Celup Dan Nikmati: The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Kini Boleh Didapati di 7-Eleven

    October 14, 2026

    Konnichi-WOW: Baskin Robbins Malaysia Perkenal Japan Summer Series Menerusi Tiga Perisa Ikonik

    October 13, 2026

    Cold Storage Kembali ke 1 Mont Kiara, Bawa Pengalaman Beli-Belah Barangan Dapur Premium Menerusi Wajah Baharu

    October 12, 2026

    Eco Business Park VII Anjur Business Ascend Forum Edisi Kedua: Teroka Potensi Menerusi ‘The Next Leap’

    October 10, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.