Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records
    • Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman
    • DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara
    • TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium
    • Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi
    • Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest
    • DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia
    • MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10
    Tuesday, May 5
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

      May 4, 2026

      Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan ke Kem Pangkalan Everest

      April 28, 2026

      DC Skin, Dr Cute raih pengiktirafan antarabangsa, bukti jenama lokal mampu ke pentas dunia

      April 28, 2026

      MHS Gold Lancar Aplikasi Emas Digital Interaktif, Beli Emas Serendah RM10

      April 27, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Bukan Sekadar Kereta Kompak! Ini Sebab Kenapa Toyota Yaris G Jadi Pilihan Paling ‘Stailo’ Untuk Anak Muda

      April 8, 2026

      Toyota Harrier 2.5 HEV 2026 Kini di Malaysia, Keselesaan Mutlak & Kuasa Hibrid Dinamik

      March 4, 2026

      Toyota Corolla Cross HEV GR Sport 2026 Kini Lebih Sporty & Segar – Kekal Peneraju SUV Hibrid di Malaysia

      February 25, 2026

      Fry-volution: Philips Perkenal Airfryer 5000 Series Paling Versatil Dengan Inovasi SteamFry

      February 20, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Decathlon Malaysia Lancar Kasut Larian Kiprun, Perkasa Ekosistem Gaya Hidup Aktif Rakyat Malaysia

      March 28, 2026

      TGR Racing Malaysia Ditubuhkan – Toyota Malaysia Kini Lebar Sayap ke Litar GT4 Thailand Super Series 2026

      March 16, 2026

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026

      Hairkunst Lancar Hijabis Luxe, Fokus Standard Kecantikan Patuh Syariah

      February 10, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » KL Fashion Week 2024 kembali untuk tahun ke-12, lebih 50 pereka fesyen ‘gegar’ KLCC
    Fashion

    KL Fashion Week 2024 kembali untuk tahun ke-12, lebih 50 pereka fesyen ‘gegar’ KLCC

    Team KLHypeBy Team KLHypeJuly 21, 2024Updated:July 23, 2024No Comments5 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Saban tahun, Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau KL Fashion Week (KLFW) pasti dinanti pereka serta penggemar fesyen tanah air. Berita baik buat mereka apabila KLFW edisi ke-12 tahun ini bakal membuka tirainya dari 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

    Menariknya, buat julung kali acara fesyen tahunan ini akan diadakan di struktur yang dibina khas di KLCC, berlatarkan keindahan Menara Berkembar PETRONAS.

    Meliputi seluruh kawasan Esplanade, Taman KLCC, ruang pertunjukkan fesyen khas untuk lebih 50 pereka fesyen dan jenama itu dijangka akan menjadi ikon baharu KLFW.

    Merangkumi ruang berjumlah 12,000 kaki persegi, struktur setingkat yang boleh memuatkan 500 tetamu pada satu masa itu menempatkan sebuah dewan utama, pentas fesyen serta pelbagai ruang pengaktifan. 

    Pengasas KLFW Andrew Tan berkata, berikutan kejayaan format baharu KLFW 2023 yang terdiri daripada tujuh ruang berbeza dalam tujuh hari, pihaknya bersemangat untuk memenuhi harapan dan aspirasi yang lebih tinggi untuk memaparkan trend terkini, impak yang lebih bermakna dan fesyen bertaraf dunia pada tahun ini. 

    “KLFW dan ruang peragaan ikonik baharu pada tahun ini adalah bukti perjalanan selama 12 tahun kami dalam mempertahankan industri fesyen negara. 

    Andrew Tan

    Beliau turut menambah, usaha itu mustahil dicapai tanpa sokongan pereka, penaja, rakan niaga dan komuniti celik fesyen tempatan.

    Pentas pereka muda pamer bakat

    Menumpukan keinginan untuk memajukan dunia fesyen, KLFW 2024 juga akan dipertingkatkan menerusi kepelbagaian baharu dalam gaya, yang mana tetamu yang hadir pasti akan teruja melihat rekaan kontemporari yang memperluaskan sempadan fesyen, rekaan berani yang mencabar norma-norma tradisi, pakaian jalanan dengan sentuhan sofistikated serta rekaan hibrid yang menggabungkan elemen keselesaan dengan busana.

    Membuat penampilan sulung di KLFW 2024 adalah jenama fesyen sedia dipakai Akudesign, Corak, Ghostboy, LARNEY, SHALS dan Tact, yang telah bertapak kukuh dalam kalangan pengguna celik digital dan dikenali sebagai jenama kegemaran generasi muda.  

    Seorang veteran dalam karya-karya bespoke, Fuzana Mokhtaza, buat kali pertama akan tampil di medan KLFW 2024, berkongsi pentas peragaan bersama jenama-jenama gah dunia fesyen seperti Rizman Ruzaini, Fiziwoo, Nurita Harith dan Alia Bastamam.

    Read More: Decathlon buka cawangan ke-19 di 1 Utama

    Dalam semangat sama yang meraikan ikon dunia fesyen, KLFW 2024 akan menggabungkan teknik-teknik fesyen moden dan tradisional dengan memberi tumpuan terhadap kehalusan seni batik dalam satu slot baharu yang digelar “Fashion Forward Batik Malaysia’‘ menerusi jenama batik berpangkalan di Kelantan, Ruzzgahara.

    Dipacu oleh rekaan PEUGEOT 408 serba baharu, segmen “Design to Sustain” akan memaparkan 15 finalis Pertandingan Pencarian Pereka KLFW 2024 beserta karya mereka. 

    Pereka-pereka baharu ini akan mengikuti jejak langkah Uzair Shoid, pemenang Pencarian Pereka KL10 2020 yang telah memperagakan koleksi penuhnya dalam segmen sama pada tahun lalu dan akan menampilkan jenama eponimnya di KLFW 2024.

    Kerjasama sulung bersama KLCC

    Antara penaja KLFW 2024 termasuk KLCC, KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Kumpulan AmBank, L’Oréal Paris, Poh Kong, MOCCONA dan rakan kerjasama, PEUGEOT. 

    Acara itu turut menerima sokongan padu daripada rakan-rakan usaha sama seperti Philips Garment Care, Magnum, Colgate, Laurier dan Skechers, serta hotel-hotel rasmi yang terdiri daripada Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Traders Hotel Kuala Lumpur dan Impiana KLCC Hotel yang telah menjadi lokasi penting bagi pelbagai acara dan pengaktifan sehingga ke minggu peragaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH), Datuk Md. Shah Mahmood berkata, tahun ini menjadi lebih istimewa kerana pihaknya meraikan Ulang Tahun ke-25 Menara Berkembar Petronas, satu mercu tanda kecemerlangan seni bina yang juga mempunyai kepentingan budaya. 

    Usaha sama KLCCH dengan KLFW bukan sahaja menyerlahkan budaya dan tenaga ekonomi KLCC The Place tetapi juga mewujudkan persekitaran yang membolehkan bakat-bakat tempatan berkembang menerusi daya kreatif dan inovasi yang dimiliki. 

    Datuk Md. Shah Mahmood

    “Kami amat gembira untuk membawa pengalaman ini ke KLCC The Place yang merupakan nadi bandar raya ini serta menjadi titik tumpuan inspirasi bertemu kemungkinan,” katanya.

    Andrew Tan bersama Datuk Md Shah Mahmood, Group Chief Executive Officer, KLCC (Holdings) Sdn Bhd (kiri) dan Francis Tan, CEO Suria KLCC Sdn Bhd.

    Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd Francis Tan berkata, sebagai rakan lokasi rasmi KLFW 2024, Suria KLCC amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah acara penting ini. 

    Katanya, tiada destinasi lebih sempurna untuk meraikan acara terbaik dalam dunia fesyen dan gaya hidup berbanding KLCC The Place, epitome semangat inovasi dan kecemerlangan Malaysia. 

    “Menghargai usaha keras pasukan berdedikasi, kami teruja untuk mengalu-alukan kedatangan KLFW ke Suria KLCC yang sememangnya merupakan destinasi unggul bagi pencinta fesyen. 

    Also Read: TV AlHijrah sumbang 100 bakul makanan sempena sambutan ulangtahun ke-14

    “Dengan berlatar belakang Menara Berkembar PETRONAS yang mempesonakan sudah pasti menambahkan kesempurnaan sebagai tuan rumah acara fesyen ini.

    Andrew Tan ketika berucap pada majlis perasmian KLFW2024, baru-baru ini.

    “Kolaborasi ini mencerminkan komitmen kami dalam memupuk bakat tempatan dan memajukan industri fesyen negara. 

    “Dengan menyediakan sebuah pentas kepada lebih 50 pereka dan jenama fesyen, kami amat berbangga untuk mengangkat status Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi fesyen antarabangsa, mengilhamkan kreativiti dan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

    KLFA dan Fashion Connect.24 kembali

    Dalam perancangan selepas anjuran KLFW 2024 adalah Fashion Connect.24 dan Anugerah Fesyen Kuala Lumpur (KLFA) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendorong dan memberi pengiktirafan kepada industri fesyen tempatan. 

    Fashion Connect, adalah acara pendidikan dan rangkaian yang komprehensif dan direka untuk meningkatkan keseluruhan rantaian bekalan industri fesyen dengan menggalakkan ekosistem yang mampan dan berfikiran jauh.

     Acara sehari ini menawarkan siri perbincangan dan perkongsian pengalaman dengan pereka, penggiat industri dan tokoh-tokoh budaya. 

    Ahli panel daripada penganjuran tahun-tahun sebelum termasuk pereka fesyen Kit Woo, Nurita Harith dan Rizman Nordin bersama-sama penggiat penting lain daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kumpulan AmBank, Zalora dan Capital A.

    Mengiktiraf sumbangan pereka fesyen dan tokoh-tokoh industri negara, KLFA menganugerahkan 14 anugerah berprestij pada edisi 2023 termasuk Jenama Terbaik, Pencapaian Cemerlang dan Ikon Fesyen Tahunan. 

    Majlis anugerah yang dipenuhi nama-nama terkemuka itu turut memberi penghormatan terhadap ketahanan dan inovasi yang ditunjukkan oleh pereka fesyen dan pencipta gaya negara.

    Untuk maklumat lanjut dan program terkini acara KLFW 2024, layari laman rasminya di http://klfashionweek.website/ atau follow @KLFashionWeek di Facebook  dan Instagram.


    Fashion Fashion Forward Featured Featured Slider KL Fashion Week KLFW
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTV AlHijrah sumbang 100 bakul makanan sempena sambutan ulangtahun ke-14
    Next Article JL99 tawar cabutan bertuah bernilai RM3 juta buat pembeli kediaman 99 Legend
    Team KLHype

    Related Posts

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    By Team KLHypeMay 4, 2026

    PUTRAJAYA, 4 Mei 2026 – PTTI Group Sdn. Bhd. sekali lagi mencipta pencapaian membanggakan apabila…

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 20265K

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 20263K

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 20262K

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 20263K

    Potensi 2026: Inisiatif Baharu RichWorks Bantu Usahawan Hadapi Tekanan Ekonomi

    April 30, 20261K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    PTTI Cipta Rekod 534 Pelajar Raih Straight A SPM 2025, Diiktiraf Tiga Kali Malaysia Book of Records

    May 4, 2026

    Rissa Skin lancar Rissa Night Silk Cream bersama Amira Othman

    May 4, 2026

    DPDDM, DPPKL Jalin Rangkaian Strategik, Perkukuh Ekosistem Pendidikan & Keusahawanan Negara

    May 3, 2026

    TCL Perkukuh Dominasi di Malaysia, Lancar SQD-Mini LED 2026 Sasar Segmen Premium

    May 1, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.