Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh
    • Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026
    • IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS
    • Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia
    • Nootkaherb raih pengiktirafan Parenthood Records untuk Semburan Perlindungan Lampin Pertama di Malaysia
    • guardian Malaysia raikan Tahun Baharu Cina dengan segalanya ONG, kempen ‘Stay ONG in Health and Radiance’
    • Gema Raya Putrajaya sasar muncul destinasi ikonik festival raya
    • Hwajing Travel & Tours rai kehadiran M/V Piano Land di Port Klang, lebar sayap industri pelayaran serantau
    Wednesday, January 28
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Hwajing Travel & Tours rai kehadiran M/V Piano Land di Port Klang, lebar sayap industri pelayaran serantau

      January 17, 2026

      FitFlop Buka Butik Terbaru di Sunway Pyramid, Ikon Global Song Hye Kyo Dilantik Sebagai Duta Jenama untuk AW25/SS26

      January 7, 2026

      Malam Warisan Yu Ting & Chef Martin Yan: 68 tahun keunggulan, nilai dan legasi

      December 31, 2025

      Glocal Travel & Tours lancar pakej Haji 1447H/2026M, bentuk pasukan sokongan motivasi & kesihatan komprehensif untuk jemaah

      November 26, 2025

      Siti Khadijah buka flagship store baharu di Bangsar, tingkatkan pengalaman ibadah dengan sentuhan premium

      November 21, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 tawar aksi permotoran & hiburan menggamatkan

      September 30, 2025

      DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah

      September 30, 2025

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah
    CSR

    DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah

    Team Editorial KLHypeBy Team Editorial KLHypeSeptember 30, 2025No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    SHAH ALAM, 30 September 2025 – DMS Motors Sdn Bhd, pelopor dalam perkhidmatan menjual kereta mewah dan eksklusif buat julung kali menganjurkan Program DMS Berselawat berjaya menghimpunkan lebih 500 peserta yang terdiri daripada pelajar dari 10 sekolah tahfiz terpilih, pelanggan setia serta tetamu jemputan khas.

    Majlis yang bermula seawal jam 4 petang itu diisi dengan pelbagai pengisian kerohanian termasuk bacaan 30 juzuk al-Quran, disusuli penyerahan sumbangan dan diakhiri dengan acara kemuncak selawat beramai-ramai dan tausiyah.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Abd Rahman, majlis itu bukan hanya memenuhi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, DMS Berselawat merupakan kesinambungan daripada kejayaan program DMS Raikan Ramadan 2025 yang telah dianjurkan Ramadan lalu.

    “Jika sebelum ini masyarakat sudah mengenali DMS melalui majlis berbuka puasa dan sumbangan Ramadan, kini DMS memperluaskan inisiatif tersebut dengan memberi tumpuan kepada selawat sebagai wadah menghubungkan masyarakat dengan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

    “Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Ramai yang hadir bersama keluarga, guru-guru serta rakan-rakan pelanggan DMS. Kami ingin menjadikan acara ini sebagai tradisi tahunan, selain program Ramadan, supaya masyarakat dapat bersama-sama menghayati nilai ibadah dan kebersamaan,” ujar Mohamad Salim.

    Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Abd Rahman.

    Kehadiran tokoh ilmuan agama seperti Ustaz Ashraf Suarin dan Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari selain selebriti seperti Nash dan Ebby Yus yang turut menyerikan majlis, malah mereka sendiri pernah terlibat dalam beberapa siri program terdahulu anjuran DMS.

    Perkukuh jaringan kerjasama dengan komuniti

    Sokongan mereka yang berterusan sejak awal dilihat membantu memperkukuh jaringan kerjasama DMS dengan pelbagai lapisan masyarakat.

    Menariknya, majlis kali ini tidak hanya berfokus pada aspek kerohanian, tetapi turut menjadi platform DMS berkongsi perkembangan terkini syarikat.

    Antara yang diumumkan ialah pelancaran DMS Capital, iaitu sistem pembiayaan patuh syariah yang membolehkan pelanggan mendapatkan kemudahan kredit kenderaan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada bank.

    Melalui inisiatif ini, DMS mampu mengeluarkan lebih 30 hingga 40 unit kenderaan setiap bulan, sekali gus memudahkan pelanggan termasuk mereka yang sebelum ini menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman.

    Turut diumumkan ialah pelancaran DMS Care yang menawarkan perlindungan tambahan untuk setiap pembelian kereta, merangkumi jaminan enjin, gearbox, ECU serta beberapa komponen penting lain.

    Dengan sokongan tiga buah bengkel milik DMS, pelanggan dijamin lebih yakin dengan tahap penyelenggaraan serta khidmat selepas jualan.

    CEO DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Abd Rahman

    “Matlamat kami bukan sahaja menggerakkan perniagaan automotif, tetapi juga membina legasi yang memberi manfaat kepada masyarakat. Kami bukan sahaja ingin berjaya dalam perniagaan, tetapi juga ingin memberikan impak positif kepada masyarakat. Program seperti ini adalah salah satu cara kami untuk memberi kembali kepada masyarakat,” katanya.

    “Melalui program seperti DMS Berselawat dan DMS Raikan Ramadan, kami berharap dapat terus menyumbang nilai rohani, manakala melalui DMS Capital dan DMS Care, kami ingin memberikan kemudahan duniawi yang memudahkan urusan harian pelanggan,” jelasnya.

    Dengan sambutan luar biasa yang diterima pada penganjuran sulung ini, DMS Berselawat diyakini bakal menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan, bukan sahaja sebagai wadah kerohanian, tetapi juga sebagai simbol komitmen DMS dalam menyantuni masyarakat dengan pendekatan menyeluruh, dunia dan akhirat.

    CSR DMS Berselawat DMS Motors Featured Featured Slider leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKLIBW 2025 kembali untuk tahun keempat 24-26 Oktober di MVEC, sasar 30,000 pengunjung 
    Next Article Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 tawar aksi permotoran & hiburan menggamatkan
    Team Editorial KLHype

    Related Posts

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    By Team Editorial KLHypeJanuary 26, 2026

    Dalam landskap kesihatan global yang semakin kompleks, keperluan terhadap solusi berteraskan ilmu, sains dan nilai…

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 20261K

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 20261K

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 20262K

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 20262K

    Nootkaherb raih pengiktirafan Parenthood Records untuk Semburan Perlindungan Lampin Pertama di Malaysia

    January 20, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.