Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh
    • Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026
    • IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS
    • Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia
    • Nootkaherb raih pengiktirafan Parenthood Records untuk Semburan Perlindungan Lampin Pertama di Malaysia
    • guardian Malaysia raikan Tahun Baharu Cina dengan segalanya ONG, kempen ‘Stay ONG in Health and Radiance’
    • Gema Raya Putrajaya sasar muncul destinasi ikonik festival raya
    • Hwajing Travel & Tours rai kehadiran M/V Piano Land di Port Klang, lebar sayap industri pelayaran serantau
    Saturday, January 31
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Hwajing Travel & Tours rai kehadiran M/V Piano Land di Port Klang, lebar sayap industri pelayaran serantau

      January 17, 2026

      FitFlop Buka Butik Terbaru di Sunway Pyramid, Ikon Global Song Hye Kyo Dilantik Sebagai Duta Jenama untuk AW25/SS26

      January 7, 2026

      Malam Warisan Yu Ting & Chef Martin Yan: 68 tahun keunggulan, nilai dan legasi

      December 31, 2025

      Glocal Travel & Tours lancar pakej Haji 1447H/2026M, bentuk pasukan sokongan motivasi & kesihatan komprehensif untuk jemaah

      November 26, 2025

      Siti Khadijah buka flagship store baharu di Bangsar, tingkatkan pengalaman ibadah dengan sentuhan premium

      November 21, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Aurzen ZIP Dilancar di Malaysia: Projektor Tri-Fold Pertama Dunia Ubah Lanskap Hiburan Mudah Alih

      December 8, 2025

      Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 tawar aksi permotoran & hiburan menggamatkan

      September 30, 2025

      DMS Berselawat jadi acara tahunan DMS MOTORS, himpunkan 500 peserta dalam suasana penuh barakah

      September 30, 2025

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Heritage Run 2025 catat penyertaan tertinggi, tarik 5,500 peserta

      October 29, 2025

      Kayuhan penuh gaya di Lebuhraya LEKAS

      October 12, 2025

      Karnival Sukan Pemotoran: Merakyatkan Litar Sepang, Fokus Keselamatan dan Pendidikan

      October 5, 2025

      Northern Festival Of Speed sasarkan 70,000 pengunjung

      October 4, 2025

      Konsert KITA – Suara Anti Buli 2025: Muzik, empati dan keberanian bersatu di bawah satu pentas

      October 14, 2025

      Crocs x SKULLPANDA: fantasi timur bertemu futurisme dalam koleksi terbaharu

      September 29, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » GGR Motor terima kunjungan Pegawai JPJ Wilayah Persekutuan
    BIZ

    GGR Motor terima kunjungan Pegawai JPJ Wilayah Persekutuan

    Team Editorial KLHypeBy Team Editorial KLHypeSeptember 6, 2025Updated:September 6, 2025No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR, 6 September – Usaha GGR Motor, untuk menjadi pengeluar motosikal elektrik (EV) pertama Malaysia menerima sokongan penuh daripada agensi utama kerajaan iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan.

    Seramai 25 anggota JPJ Wilayah Persekutuan diketuai Timbalan Pengarahnya, Eric Jusiang hadir mengadakan lawatan kerja ke kilang GGR Legacy (M) Sdn Bhd di Kampung Sungai Penchala, di sini, pada Khamis lalu.

    Pendekatan ini dilakukan bertujuan mendedahkan mereka secara lebih dekat dengan proses pemasangan motosikal EV disamping meninjau operasi kilang GGR Motor sebagai pengeluar motosikal elektrik (EV) pertama tempatan.

    Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussaddiq Mohamed Azmi berkata, langkah itu menjadi titik permulaan penting dalam memastikan pengeluaran motosikal EV di negara ini berjalan mengikut piawaian ditetapkan.

    “Ini merupakan lawatan pertama pihak berkuasa ke kilang kami dan diharap kerjasama ini dapat melancarkan urusan prosedur operasi standard (SOP) pengeluaran motosikal EV mengikut undang-undang ditetapkan.

    “Kami amat berbangga dan berbesar hati atas kesudian pihak JPJ WP meluangkan masa melawat kilang kami. Ia ibarat penghargaan terhadap usaha kami membangunkan motosikal EV di Malaysia,” katanya.

    Kunjungan Eric Jusiang bersama anggotanya disambut oleh Pengerusi GGR Motor, Tengku Syarif Temenggong Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail dan Muhammad Mussaddiq.

    Eric Jusiang (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Pengerusi GGR Motor, Tengku Syarif Temenggong Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail (tengah) diiringi Muhammad Mussaddiq (kiri).

    Menerusi sesi itu, pegawai dan anggota JPJ diberi taklimat operasi selain meninjau secara langsung proses pemasangan serta pengeluaran motosikal EV.

    Mereka turut dibawa melawat bangunan jualan aksesori, bengkel servis dan bahagian operasi syarikat yang dibangunkan bagi menyokong ekosistem kenderaan elektrik.

    Dalam perkembangan berkaitan, Mussaddiq berkata, geran serta nombor pendaftaran motosikal EV jenama Lion G1 keluaran GGR Motor boleh didaftarkan secara rasmi melalui sistem JPJ bermula 1 September lalu.

    “Kita jangkakan dalam tempoh terdekat, motosikal EV yang ditempah sudah boleh didaftarkan. Lebih 6,000 unit tempahan dijangka akan diserahkan kepada pemilik dalam masa terdekat,” katanya.

    Lion G1 menjadi model sulung GGR Motor yang dibangunkan hasil penyelidikan tempatan dan direka khusus bagi pasaran Malaysia dengan penekanan terhadap kos mampu milik serta mesra alam.

    Kilang GGR Legacy (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Sungai Penchala sebelum ini dilancarkan dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran motosikal elektrik di rantau ASEAN.

    Industri EV negara turut menerima sokongan kerajaan melalui pelbagai insentif dan dasar, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada pengeluar tempatan seperti GGR Motor untuk mengukuhkan kedudukan dalam pasaran.

    Terdahulu pada sidang media pelancaran motosikal EV pertengahan Julai lalu, GGR Motor menyasarkan pengeluaran sehingga 30,000 unit motosikal EV menjelang akhir 2025, selari dengan pertumbuhan permintaan terhadap mobiliti elektrik di Malaysia.

    Sambutan luar biasa

    Sambutan luar biasa terhadap model sulung, Lion G1, yang mencatat lebih 2,500 unit tempahan dalam masa seminggu selepas pelancaran, menjadi petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia semakin menerima EV sebagai alternatif mobiliti harian.

    Permintaan ini membuktikan motosikal elektrik buatan tempatan mampu bersaing, dengan kualiti tinggi pada harga mampu milik.

    Musaddiq

    Menurutnya, bagi memenuhi permintaan, GGR Motor bakal membina kilang pemasangan baharu di utara Semenanjung, di atas tapak seluas lebih satu ekar, yang akan menjadi hab pengeluaran utama bagi model Lion G1 serta beberapa model baharu akan datang.

    “Kilang ini dijangka mencipta lebih 50 peluang pekerjaan baharu, khusus dalam bidang teknologi hijau dan automotif elektrik.

    “Usaha ini turut diperkuatkan melalui kerjasama strategik bersama PMH Motor, Bateriku.com, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM), merangkumi latihan teknikal, penyelenggaraan dan rantaian bekalan,” katanya.

    EV Featured Featured Slider GGR Motor leisure lifestyle
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePerisma Pahang, Dr Afif ringankan beban keluarga anak OKU
    Next Article Sans Wellness rai 25 tahun kejayaan: Angela Chan dipilih duta jenama, seru wellness jadi gaya hidup
    Team Editorial KLHype

    Related Posts

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    By Team Editorial KLHypeJanuary 26, 2026

    Dalam landskap kesihatan global yang semakin kompleks, keperluan terhadap solusi berteraskan ilmu, sains dan nilai…

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 20261K

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 20261K

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 20262K

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 20262K

    Nootkaherb raih pengiktirafan Parenthood Records untuk Semburan Perlindungan Lampin Pertama di Malaysia

    January 20, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Dari tujuan ke impak, Eskayvie teruskan perjalanan membina jenama lebih kukuh

    January 26, 2026

    Langkah ringan dan bergaya, terokai koleksi Geox musim bunga/panas 2026

    January 24, 2026

    IGTI terajui transformasi ESG, perkasa daya saing PKS

    January 24, 2026

    Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand perkukuh hubungan dengan komuniti Malaysia

    January 21, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.