Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!

    July 25, 2026

    The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur

    July 24, 2026

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!
    • The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur
    • ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara
    • Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik
    • Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2
    • Pop Wasabi Awards 2026 Edisi Sulung Bakal Serlah Generasi Baharu Cef Sushi
    • Nikmati Wagyu, Angus Yakiniku di Sushi King Bawah RM40
    • ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama
    Saturday, July 25
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      AKEMI Lancar Sleep Sync AI Mattress: Tilam Pintar AI Pertama Malaysia Revolusikan Kualiti Tidur

      July 10, 2026

       Baru tahu susah jadi ‘buta’

      July 9, 2026

      BOKITTA Kembali Ke Alamanda Putrajaya: Lebih Besar, Mewah & Berkonsep ‘Premium Lifestyle’

      June 30, 2026

      TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-16, Lancar AlHijrah Media Nexus Di Cyberjaya

      June 24, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Destinasi Sukan Urban Baharu Di Tengah Ibu Kota: Perdana KLCC Kini Tampil Dengan Gelanggang Pickleball & Padel ‘In the Sky’

      June 10, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026

      TV AlHijrah Bawa Musim Haji Lebih Dekat di Hati Penonton, Ustaz Don Kembali Dengan Dua Program Khas

      April 24, 2026

      “Ya, Abah Saya Security”: Naskhah Aidilfitri D’Herbs Meruntun Jiwa

      March 13, 2026

      Pesona Soirée PETRA Lebaran 2026

      February 11, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan
    Celebrities

    Jodoh ‘Halal’ Danial Dashuki & Tiara Suraya Setahun Disimpan Kemas, Kini Fokus Lebar Empayar Perniagaan

    Team KLHypeBy Team KLHypeApril 4, 2026Updated:April 4, 2026No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    Dalam diam, rupanya sudah setahun pelakon yang juga usahawan, Danial Dashuki, 31, melayari bahtera rumah tangga bersama permaisuri hatinya, Tiara Suraya.

    Tiada majlis gah dicanang, tiada juga hantaran tular memenuhi garis masa. Sebaliknya, Danial memilih jalan ‘sunyi’ demi menjaga privasi dan kesucian sebuah ikatan daripada pandangan yang mungkin mampu menggoyahkan keharmonian.

    Hanya pada 4 April 2026, tanggal yang genap setahun usia pernikahan mereka, pasangan ini akhirnya memilih untuk berkongsi khabar gembira itu kepada umum.

    Iktibar ‘tsunami’ rumah tangga artis

    Bukan niat menafikan tuntutan menguar-uarkan pernikahan, namun Danial mengakui dia mengambil iktibar daripada senario semasa industri hiburan yang kini bagaikan dilanda ‘tsunami’ perceraian.

    “Setahun dua ini ramai kawan-kawan artis yang putus, bercerai. Semalam pun ada lagi berita sedih. Jadi, saya pilih untuk simpan rahsia ini sehingga hubungan kami benar-benar kukuh dan stabil.

    Danial

    “Saya mahu lindungi isteri. Kini, barulah saya bersedia supaya tidak timbul fitnah atau penyakit ‘ain’. Biarlah orang tahu kami sudah halal,” katanya yang juga usahawan kopi berjaya.

    Kemanisan ‘ketegasan’ ibu

    Menariknya, bibit cinta pasangan ini bukanlah bermula dengan perkenalan lama. Hanya tiga bulan mengenali hati budi di set penggambaran drama Di Hatiku Ada Kamu, takdir terus menyatukan mereka.

    Hubungan erat antara kedua-dua belah keluarga Danial dan Tiara

    Namun, di sebalik kepantasan itu, wujud tembok disiplin yang cukup tinggi. Tiara, 25, yang merupakan pengasas produk kosmetik Venus Rose, sebenarnya datang daripada latar belakang keluarga yang sangat mementingkan batas.

    Tiara merupakan Pengasas produk kecantikan Venus Rose.

    Ibunya dikenali sebagai seorang yang sangat tegas dan strict dalam menjaga maruah serta pergaulan anak gadisnya. Ketegasan itu jugalah yang membuatkan Danial tidak melengah-lengahkan masa untuk menghantar rombongan merisik dan bertunang pada Disember 2024.

    Bagi Danial, ketegasan ibu mertuanya itu bukanlah beban, sebaliknya satu rahmat yang membuatkan fasa ‘bercinta selepas nikah’ mereka terasa begitu ranum dan manis.

    “Sebab itu kami pilih untuk tidak bercinta lama sebelum ini. Segalanya bermula selepas ijab dan qabul. Tahun pertama ini adalah waktu kami benar-benar mengenali hati budi. Kemanisan itu berbeza apabila setiap sentuhan dan pandangan itu sudah mendapat keberkatan,” kongsi Danial lagi.

    Reda walau dikecam ‘belum halal’

    Sepanjang setahun merahsiakan status, pasangan ini tidak lari daripada menjadi mangsa telahan netizen. Kemesraan mereka ketika sesi fotografi mahupun saat Tiara menemani Danial urusan perniagaan di luar negara sering dipandang serong.

    Ada yang tanya dah kahwin ke? Teruk juga saya kena kecam. Kadang-kadang ada komen yang menyakitkan hati, kononnya kami tak tahu hukum halal haram.

    Tetapi saya diamkan saja. Dalam hati saya berkata, tak apa… di mata Allah kami sudah halal,” jelasnya tenang.

    Membina empayar dalam diam

    Bukan sekadar sibuk di lokasi penggambaran, pasangan ini rupa-rupanya sedang ligat membina empayar perniagaan yang luar biasa. Sepanjang setahun bergelar suami isteri, Danial dan Tiara lebih banyak menghabiskan masa terbang melintasi benua.

    Bukan sekadar di Malaysia, mereka kini sedang rancak commuting atau berulang-alik menguruskan urusan perniagaan antara Australia, Dubai, Riyadh, Kuwait, dan Thailand. Fokus mereka bukan sahaja pada bidang minyak dan gas, malah mengukuhkan jenama produksi mereka, Difiniti Productions.

    Bulan madu di Maldives

    Pasangan yang juga rakan kongsi syarikat Difiniti Productions ini mendedahkan rancangan awal untuk menunaikan ibadah umrah sebagai bulan madu terpaksa ditangguhkan ekoran pergolakan di Asia Barat.

    Sebagai ganti, mereka memilih pulau peranginan Maldives untuk meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

    Bagi Danial, tidak kira di mana pun lokasinya, yang paling utama adalah membina asas perkahwinan yang kukuh bersama Tiara. Seorang isteri yang disifatkan sebagai pelengkap hidup yang membawa ketenangan luar biasa dalam setiap doanya.

    “Tahun pertama ini adalah waktu untuk kami bercinta selepas nikah dan mengenali hati budi dengan lebih mendalam. Kami mahu mengukuhkan asas perkahwinan ini terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan dunia,” ujar pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Teater Tradisional (ATM 2023) itu menutup bicara.

    artis Featured Featured Slider kahwin selebriti Tiara Rose
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePHKL Lancar Pergerakan ‘What Women Want’ Menerusi Sesi Santai ‘Sip & Share’ Kupas Isu Perimenopause
    Next Article Eskayvie sasar negara ASEAN bagi fasa pengembangan pasaran
    Team KLHype

    Related Posts

    Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!

    July 25, 2026

    The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur

    July 24, 2026

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Don't Miss

    Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!

    By Team KLHypeJuly 25, 2026

    Mahu mendapatkan barangan keperluan harian sambil menyokong produk tempatan? RisSMart Grocer di Urban Eats@Kwasa Damansara…

    The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!

    July 25, 20262K

    The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur

    July 24, 20265K

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 20262K

    Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik

    July 19, 20263K

    Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

    July 18, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Lokal Lah!! Berbelanja Sambil Menyokong Usahawan Tempatan-Semuanya Ada di RisSMart Grocer!

    July 25, 2026

    The Food Yard, Port Santai Baharu di Tengah Kuala Lumpur

    July 24, 2026

    ALCI Lancar Visi Ekonomi Kreatif Baharu, Perkasa Ekosistem Perfileman & Teknologi Digital Negara

    July 21, 2026

    Wajah Baharu iORA Mid Valley Megamall, Nafas Segar & Lebih Estetik

    July 19, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.