KUALA LUMPUR, 25 Februari 2026 — Sektor kafe di Asia Tenggara kini bukan sekadar gaya hidup, tetapi sebuah lubuk ekonomi yang sedang meledak. Mengambil momentum kebangkitan ini, International Café and Beverage Show (ICBS) 2026 bakal kembali untuk edisi kelima yang dijanjikan lebih besar, lebih padat, dan lebih antarabangsa!
Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 7 hingga 9 Mei 2026, ICBS menjadi destinasi wajib buat pemilik kafe, barista, pembekal, dan peminat tegar minuman premium untuk melihat sendiri hala tuju industri masa hadapan.
Rekod jualan luar biasa: bukan sekadar pameran
ICBS bukan sekadar tempat “cuci mata”. Berdasarkan edisi 2025, pameran ini terbukti menjadi platform komersial yang agresif:
- 50% Pesanan Ditutup On-Site: Separuh daripada pempamer berjaya memuktamadkan jualan terus di lokasi.
- 91% Leads Berkualiti: Majoriti peserta mendapat prospek perniagaan yang serius.
- Kehadiran Profesional: Melibatkan lebih 2,000 pemilik kafe dan 900 barista berpengalaman.
Inovasi baharu: segmen teh jadi tumpuan
Buat pertama kalinya, ICBS 2026 memperkenalkan segmen khas untuk Teh. Langkah strategik ini diambil bagi memenuhi permintaan pasaran minuman sedia diminum (RTD) di Malaysia yang dijangka berkembang sebanyak ASD 67.8 juta menjelang 2030.

Untuk memastikan segmen ini bertaraf dunia, ICBS bekerjasama dengan HJC Global Tea Fair (penganjur pameran teh terbesar dunia dari Shenzhen, China) bagi membawakan Pavilion Teh yang menghimpunkan pembekal utama dan produk inovatif dari China terus ke pasaran ASEAN.
“Kopi kekal menjadi teras, namun momentum dalam segmen teh herba dan produk teh khusus sangat luar biasa. Ini adalah masa terbaik untuk pembekal dan pengedar membina pengaruh dalam pasaran yang sedang memacu laju,” kata Alun Jones, Pengarah Projek Montgomery Asia.
Apa yang menanti pengunjung di ICBS 2026?
Selain menjadi pusat transaksi perniagaan, ICBS 2026 akan dipenuhi dengan aktiviti berenergi tinggi:
- Kejuaraan Barista Kebangsaan: Menyaksikan bakat elit berentap merebut gelaran juara.
- Pertandingan Mixology Halal: Inovasi minuman kreatif yang mesra muslim bersama rakan kerjasama, Eciatto.
- Sesi Brewing & Demo Produk: Peluang mencuba mesin kopi dan peralatan dapur paling latest di pasaran.
- Expert-Led Presentations: Belajar strategi scaling bisnes kafe daripada pakar industri.
Pintu masuk utama ekonomi minuman Asia Tenggara
Sama ada anda usahawan yang baru mahu bermula, atau jenama besar yang ingin mengukuhkan kedudukan regional, ICBS 2026 adalah titik pertemuan paling efisien.
Dengan penglibatan rakan strategik seperti Barista Guild Asia, pameran ini bukan sekadar trend, tetapi satu ekosistem perniagaan yang matang.
Sedia untuk ‘Next Level’ dalam dunia kafe? Dapatkan maklumat lanjut mengenai peluang pameran dan pendaftaran di laman sesawang rasmi:intl-cbs.com.


