Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

    September 25, 2026

    Syurga Gourmet Baharu Warga Klang: Cold Storage Kini Dibuka di Klang Parade

    September 25, 2026

    SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul

    September 25, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC
    • Syurga Gourmet Baharu Warga Klang: Cold Storage Kini Dibuka di Klang Parade
    • SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul
    • Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’
    • Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September
    • Hub Kargo Baharu Asia Tenggara: Lion Parcel Pilih Malaysia Sebagai Tapak Pertama Rangkaian Antarabangsa
    • Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?
    • Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia
    Saturday, September 26
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

      September 25, 2026

      SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul

      September 25, 2026

      Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’

      September 24, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Dermatix Malaysia Lancar kempen See Her Heal – 1,000 Untold Stories Sempena Ulang Tahun ke-15 di Malaysia

      September 17, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      R-HAAN Perkenal Hidangan Samrub Baharu “Wisdom of Thai Happiness” Sempena Ulang Tahun Ke-9

      September 17, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » Mahkamah Tinggi Malaysia, United Kingdom perintah Ranjeet bayar lebih RM600 juta kes seleweng dana dan pecah amanah
    News

    Mahkamah Tinggi Malaysia, United Kingdom perintah Ranjeet bayar lebih RM600 juta kes seleweng dana dan pecah amanah

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaDecember 8, 2023No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KUALA LUMPUR – Susulan kes penipuan dan penyelewengan dana pelaburan didakwa dilakukan oleh Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu seperti dilaporkan media sebelum ini, kini mendapat penghakiman muktamad dari mahkamah di Malaysia dan United Kingdom (UK).

    Ranjeet yang juga bekas Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Zavarco kini didakwa atas pelbagai kesalahan korporat dan penyelewengan dana termasuk pecah amanah. Individu ini juga difahamkan merupakan pengasas dan pengarah semasa kumpulan Vascory, kumpulan 3Lyon dan pemilik/pengawal benefisial Kuber Venture Berhad.

    Penghakiman muktamad terhadap Ranjeet kira-kira RM512 juta di Mahkamah Tinggi UK bagi kesalahan jenayah di negara itu iaitu mengeluarkan saham syarikat awam (Zavarco Plc) kepada dirinya tanpa membayar balasan tunai. 

    Selain itu, Ranjeet turut berdepan penghakiman sebanyak RM29 juta (tidak termasuk faedah) di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana secara salah memanipulasi akaun Zavarco Berhad untuk menuntut wang untuk dirinya sendiri sebagai bayaran balik untuk pendahuluan pengarah.  

    Individu itu turut berdepan penghakiman RM61 juta (termasuk ganti rugi punitif dan teladan tetapi tidak termasuk faedah) di Mahkamah Tinggi Malaysia kerana melesapkan RM12 juta wang pelabur ke dalam akaun peribadinya. 

    Menurut kenyataan Perhubungan Pelabur Zavarco Plc, dalam perkembangan kes perundangan, Ranjeet kini berdepan dengan beban tuntutan yang besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi UK dalam kes terhadapnya. 

    Jelasnya, mahkamah telah memerintahkan Ranjeet membayar €84 juta dan faedah tambahan kira-kira €17.5 juta kepada Zavarco plc, yang diterjemahkan kepada penghakiman lebih RM 500 juta dalam kadar pertukaran mata wang semasa.

    “Walaupun Ranjeet telah membuat rayuan mencabar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut, Hakim Mahkamah Rayuan di UK memutuskan bahawa Ranjeet tetap bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang ditetapkan kepada Zavarco Plc. 

    “Mahkamah Rayuan membuat kesimpulan pada 22 Julai 2022 bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk melepaskan Ranjeet daripada liabilitinya di bawah memorandum pertubuhan syarikat,” kata kenyataan itu di sini, semalam.

    Menurut kenyataan itu lagi, untuk satu kes lain, Zavarco Plc melalui Mahkamah Tinggi Malaysia telah menyaman Ranjeet sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Zavarco dan Loo Seng Kit iaitu bekas Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Zavarco, untuk satu penyelewengan wang pelabur lebih RM12 juta yang telah dilesapkan oleh Ranjeet dengan bantuan Loo Seng Kit ke dalam akaun bank peribadinya dan akaun bank rakan-rakannya. 

    Mahkamah Tinggi pada 24 April 2018, telah memerintahkan Ranjeet dan Loo membayar balik wang RM 12 juta yang dicuri kepada Zavarco plc (masih belum dibayar sehingga hari ini).

    “Mahkamah juga merekodkan satu deklarasi bahawa Ranjeet dan Loo telah bertindak dalam cara yang memungkiri kewajipan-kewajipan dan/atau obligasi-obligasi kontraktual, statutori dan/atau peraturan, fidusiari dan/atau undang-undang lazim mereka sebagai pengarah-pengarah eksekutif dan/atau pengarah-pengarah Zavarco plc.

    “Dengan kata lain, Ranjeet dan Loo telah melakukan jenayah pecah amanah. Ranjeet dan Loo telah memfailkan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan dan kemudiannya di mahkamah Persekutuan, di mana rayuan-rayuan mereka telah ditolak sebulat suara dengan kos.

    “Mahkamah juga telah memerintahkan penghakiman bayaran ganti rugi am kepada Zavarco plc serta ganti rugi punitif dan teladan berjumlah kira-kira RM49 juta terhadap Ranjeet dan Loo,” kata kenyataan itu.

    Tambah kenyataan itu, dalam satu lagi kes lain, Ranjeet didakwa telah menipu cuba menuntut wang daripada Zavarco Berhad dengan mengubah akaun Zavarco Berhad. 

    Mahkamah Tinggi bagaimanapun telah menolak tuntutan Ranjeet dan sebaliknya memberikan ganti rugi khas yang perlu dibayar oleh Ranjeet kepada Zavarco Berhad berjumlah lebih RM29 juta. 

    Mahkamah Tinggi Malaya juga merekodkan pengisytiharan berasingan bahawa Ranjeet telah bertindak dalam cara yang memungkiri kewajipan-kewajipan dan/atau obligasi-obligasi kontraktual, staatutori dan/atau peraturan, fidusiari dan/atau undang-undang lazim mereka sebagai pengarah-pengarah eksekutif dan/atau pengarah-pengarah Zavarco Berhad.

    Secara ringkasnya, Ranjeet dikatakan telah melakukan jenayah pecah amanah terhadap Zavarco Berhad. Seterusnya Ranjeet telah memfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan kemudiannya di mahkamah Persekutuan, di mana kedua-dua rayuan beliau ditolak sebulat suara dengan kos.

    Baru-baru ini, Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (MAPER) mendedahkan seorang individu bergelar ‘Datuk’ didakwa mendalangi sindiket penipuan pelaburan membabitkan ratusan pelabur dengan hasil pelaburan mencecah RM1 bilion sejak beberapa tahun lalu.

    Malah, difahamkan lelaki tersebut didakwa menjalankan rantaian sindiket penipuan pelaburan ini dengan berselindung di sebalik rakannya bergelar Tan Sri yang didakwa mempunyai pengaruh dengan pihak berkuasa.

    Baca juga:

    Mangsa penipuan pelaburan diminta tampil ke hadapan, usah gusar ugutan ‘Datuk R’ – peguam
    pecah amanah pelaburan penipuan penyelewengan ranjeet scammer Zavarco
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleInfluencer AZ Pemurah kekal sorok identiti, bimbang wujud riak dan takbur
    Next Article YEG Academy, Kolej Antarabangsa Inovatif perkenal Program ‘Work-based Learning’ Diploma Pengurusan Haji dan Umrah tahun depan
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Tuntutan RM2.5 Bilion EHP: Mengapa Pelaburan Felda Ini Masih Sepi?

    September 21, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Mounjaro (Tirzepatide): Revolusi Rawatan Medikal Moden Untuk Atasi Perut Buncit & Lemak Visceral

    September 7, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

    By Team KLHypeSeptember 25, 2026

    Dunia seni dan kreatif tempatan kini melangkah ke era baharu! The Labs yang terletak di…

    Syurga Gourmet Baharu Warga Klang: Cold Storage Kini Dibuka di Klang Parade

    SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul

    Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

    September 25, 20265K

    Syurga Gourmet Baharu Warga Klang: Cold Storage Kini Dibuka di Klang Parade

    September 25, 20264

    SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul

    September 25, 20265K

    Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’

    September 24, 20263K

    Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

    September 24, 20262K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    The Labs × M&M Creations Artist Series: Inovasi Seni & IP Tempatan Kuasai BBCC

    September 25, 2026

    Syurga Gourmet Baharu Warga Klang: Cold Storage Kini Dibuka di Klang Parade

    September 25, 2026

    SOFY Lancar SOFY Ultra Silk: Tuala Wanita Ultra Nipis 0.06cm Daripada Sutera Tulen Terunggul

    September 25, 2026

    Carlo Rino Takes Fashion On A Dreamlike Journey With Its Autumn/Winter 2026 ‘The Wandering Stitch’

    September 24, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.