Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi

    September 25, 2025

    Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

    September 24, 2025

    Pecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman

    September 24, 2025
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi
    • Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara
    • Pecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman
    • Peniaga dakwa tanah dikaveat secara tidak sah, mahu fail tuntutan pada syarikat peminjam wang berlesen
    • Dr. Suresh Kumarasamy dari Hospital Gleneagles Penang terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Asian Society of Gynaecologic Oncology
    • Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital
    • Inovasi digital Pinn Yang: 20 platform tempatan untuk kemudahan seharian
    • Ahmad’s Fried Chicken sasar 80 cawangan menjelang akhir 2025
    Friday, September 26
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

      September 24, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025

      Sans Wellness rai 25 tahun kejayaan: Angela Chan dipilih duta jenama, seru wellness jadi gaya hidup

      September 6, 2025

      GGR Motor terima kunjungan Pegawai JPJ Wilayah Persekutuan

      September 6, 2025
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Farid Kamil muncul artis pertama buka kedai motosikal elektrik (EV)

      September 13, 2025

      RingConn, cincin pintar ultra nipis pertama dunia dengan pemantauan apnea tidur kini di Malaysia

      August 18, 2025

      Proton X50 terbaharu didedahkan: kini lebih sporty, bergaya & luas

      July 1, 2025

      Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

      May 1, 2025

      Gempa bumi Afghanistan: angka korban meningkat kepada 2,200 

      September 5, 2025

      MAHAR kecam layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan kanak-kanak Palestin

      July 9, 2025

      Kuala Lumpur tuan rumah dua persidangan belia IGN tahun depan

      November 7, 2024

      Anna Jobling menyinar di negara seberang, terima tiga tawaran filem selepas Lembayung

      September 18, 2024

      Nur Amisha sedia uji Milena, bakal pamer kejutan di RF3 Kuda Merah

      September 8, 2025

      Mat Korro puas benam pencabar Thailand

      August 22, 2025

      Dari Muzium ke Raintree Walk, semua ada dalam Heritage Ride

      August 22, 2025

      PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 kembali dengan sasaran 200,000 penonton, dimeriahkan 2 festival EDM

      August 18, 2025

      Misi Wan Ajaib segarkan media Islam, sentuh jiwa generasi digital

      September 19, 2025

      Malam 3 Suara: Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito bersatu dalam konsert eksklusif di Kuala Lumpur

      September 10, 2025

      Sans Wellness rai 25 tahun kejayaan: Angela Chan dipilih duta jenama, seru wellness jadi gaya hidup

      September 6, 2025

      PromasterSkill Academy bawa revolusi pendidikan kecantikan TVET ke aras baru

      August 24, 2025
    KLHypeKLHype
    Home » PM rasmi Alamanda berwajah baru
    BIZ

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    Team Editorial KLHypeBy Team Editorial KLHypeFebruary 24, 2025No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    PUTRAJAYA – Alamanda Shopping Centre, yang diuruskan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah melancarkan penjenamaan semulanya yang berwajah baharu dengan pelaburan bernilai RM100 juta daripada Putrajaya Holdings Sdn Bhd, semalam.

    Majlis disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menekankan kepentingannya sebagai nadi utama dalam landskap runcit dan gaya hidup Putrajaya. 

    Sebagai mercu tanda yang dihargai di Putrajaya, penjenamaan semula Alamanda menandakan langkah ke hadapan bagi bandar ini, mewujudkan hab yang lebih meriah untuk komuniti setempat dan pelawat.

    Beliau berkata, kerjasama antara Putrajaya Holdings dan kerajaan telah memperkenalkan Kiosk Sentuhan Madani pertama di negara ini di Alamanda, membolehkan orang ramai melakukan transaksi digital dengan jabatan kerajaan terpilih di luar waktu operasi. 

    Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

    Penjenamaan semula ini, yang bermula pada 20 Jun 2023, menandakan perubahan besar pertama sejak penubuhan pusat beli-belah ini pada tahun 2004.

    Pengalaman baharu di Alamanda

    Terletak di pusat transformasi ini ialah Escape Putrajaya yang serba baharu di Esplanade – taman pengembaraan luar seluas 151,548 kaki persegi yang dibangunkan dengan kerjasama Sim Leisure Group Ltd. 

    Direka untuk menggabungkan elemen pengembaraan dan alam semula jadi, ia menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk setiap lapisan masyarakat.

    Bagi meningkatkan lagi penawaran hiburan, Alamanda kini menampilkan 10 ruang pawagam TGV Cinemas yang mesra keluarga serta pusat boling U-Bowl X yang diperluas dengan 26 lorong, menawarkan lebih keseronokan kepada pengunjung.

    Transformasi ini juga memperkenalkan peningkatan 27% dalam Kawasan Bersih Boleh Disewa (NLA) seluas 199,000 kaki persegi, termasuk Escape Putrajaya. 

    Selari dengan tagline Alamanda, “Easy, Vibrant Shopping”, pusat beli-belah ini menyambut kehadiran 29 kedai baharu, dengan lebih banyak lagi bakal dibuka.

    Ruang baru lebih elegan, mesra pengunjung

    Susun atur baharu Alamanda direka untuk menyesuaikan pengalaman membeli-belah dan riadah dengan perubahan demografi Putrajaya. 

    Pusat beli-belah ini kini tampil dengan rupa lebih moden, menampilkan lantai marmar yang elegan, balustrad kaca, dan pegangan tangan keluli tahan karat.

    Selain itu, Plaza dan fasad baharu Alamanda kini disepadukan dengan landskap moden yang menghubungkan pengunjung dengan pengalaman runcit yang lebih menarik.

    Di bahagian luar, landskap seluas 60,000 kaki persegi menampilkan rumput menghijau yang menghadap tasik, tempat duduk binaan yang dihiasi spesies tumbuhan tempatan, serta dek yang diperbuat daripada bahan mampan.

    Manakala, Esplanade baharu Alamanda dilengkapi kipas HVLS (High Volume Low Speed) untuk kawalan suhu yang optimum, memberikan pengalaman makan luar yang lebih selesa sambil menikmati suasana Escape Putrajaya.

    Bagi memenuhi peningkatan jumlah pengunjung, aliran trafik parkir telah dioptimumkan, memastikan pengalaman membeli-belah yang lancar dan mudah untuk semua.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Sdn Bhd, Dato’ Ir. Ts. Izwan Hasli Mohd Ibrahim berkata, lebih 30 tahun yang lalu, Putrajaya Holdings telah membayangkan dan membangunkan Putrajaya bukan sekadar dari segi infrastruktur, tetapi dengan mewujudkan ruang yang memperkayakan komuniti. 

    “Penjenamaan semula Alamanda adalah langkah tepat ke hadapan dalam pembangunan yang lebih berasaskan tujuan.

    Dato’ Ir. Ts. Izwan Hasli

    “Ia bukan sahaja memacu pertumbuhan tetapi juga memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti di Putrajaya dan seterusnya,” katanya.

    Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan, turut berkongsi Alamanda Shopping Centre bukan sekadar ruang runcit; ia adalah mercu tanda komuniti di mana keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga berkumpul. 

    “Penjenamaan semula ini menaik taraf Alamanda menjadi destinasi gaya hidup yang lebih meriah, menggabungkan elemen runcit moden, kulinari, dan hiburan dengan ruang yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat Putrajaya. 

    “Dengan penambahan baharu ini, Alamanda kini bersedia menetapkan penanda aras baharu dalam dunia ‘retailtainment’,” katanya.

    Kemudahan digital, sokongan kesedaran kesihatan mental

    Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan, pengunjung kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada baucar fizikal, kerana Alamanda memperkenalkan e-Voucher sebagai alternatif mesra alam. 

    Akan datang di laman web Alamanda, e-Voucher ini adalah hadiah yang sempurna untuk apa jua acara.

    Sementara itu, ”Alamanda Green Ribbon Pin” yang menyokong kesedaran kesihatan mental boleh didapati di kaunter Concierge dengan setiap pembelian pin ini akan menyumbang RM10 kepada NGO terpilih.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.alamanda.com.my atau Facebook www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBeli rumah, dapat kereta dalam Kempen 60 Tahun PKNS Giveaway
    Next Article Anna Jobling kini duta jenama untuk koleksi Tomei Raya Keepsakes: Written in Gold
    Team Editorial KLHype

    Related Posts

    KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi

    September 25, 2025

    Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

    September 24, 2025

    Pecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman

    September 24, 2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 202529K

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 202528K

    Don't Miss

    KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi

    By Team Editorial KLHypeSeptember 25, 2025

    KUALA LUMPUR, 25 September 2025 – Koperasi Aman Berhad (KOPERAB) memeterai kerjasama strategik dengan P2P…

    Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

    Pecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman

    Peniaga dakwa tanah dikaveat secara tidak sah, mahu fail tuntutan pada syarikat peminjam wang berlesen

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi

    September 25, 20253K

    Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

    September 24, 20255K

    Pecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman

    September 24, 20252K

    Peniaga dakwa tanah dikaveat secara tidak sah, mahu fail tuntutan pada syarikat peminjam wang berlesen

    September 22, 20257K

    Dr. Suresh Kumarasamy dari Hospital Gleneagles Penang terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Asian Society of Gynaecologic Oncology

    September 22, 2025119
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team Editorial KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025

    Zahnita Wilson kini Wajah NRC Raya 2025

    February 14, 2025

    PM rasmi Alamanda berwajah baru

    February 24, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    KOPERAB, Nusa Kapital jalin kerjasama strategik perluas akses pembiayaan koperasi

    September 25, 2025

    Festival Cita Rasa Warisan tarik minat pengunjung luar negara

    September 24, 2025

    Pecutan Akhir Peperiksaan PSRA: Bimbingan Eksklusif Ustaz Azahari Sulaiman

    September 24, 2025

    Peniaga dakwa tanah dikaveat secara tidak sah, mahu fail tuntutan pada syarikat peminjam wang berlesen

    September 22, 2025
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.