KUALA LUMPUR, 21 November 2025 — Jenama telekung terkemuka negara, Siti Khadijah (SK), terus memperluas empayar fizikalnya dengan pembukaan butik flagship terbaharu di Bangsar, sekali gus menjadikannya pusat rujukan utama jenama ini di ibu negara.
Butik ini dikenali sebagai “The Home of Siti Khadijah di Kuala Lumpur”, menampilkan konsep mewah, eksklusif dan penuh nilai spiritual.
Keistimewaan butik ini diperkaya dengan kewujudan Galeri Pelawat Mini Siti Khadijah, galeri kedua selepas lokasi pertama di Laman Khadijah.
Ruang ini membawa pengunjung menyelami sejarah dan perjalanan penuh inspirasi SK melalui sesi penceritaan eksklusif, salah satu usaha memperkukuh hubungan bersama pelanggan setia serta rakan korporat.

Menurut Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn. Bhd., pembukaan butik ini bukan sekadar menambah lokasi jualan, tetapi menjadi platform untuk komuniti dan profesional berkumpul serta berkolaborasi.
“Butik ini bukan hanya ruang membeli-belah, tetapi hub komuniti tempat bertemu, berkongsi idea dan mencipta impak bersama.
Mohammad Munzir
Pelancaran tiga koleksi telekung baharu

Majlis pembukaan yang berlangsung dari 20 hingga 30 November turut menyaksikan pengenalan tiga koleksi telekung terbaharu SK:
✨ Flair Dityaa
Menonjolkan simbol pengabdian, kesantunan dan elegan yang abadi.
✨ Broderie Safiye
Direka dengan sentuhan sulaman bunga timbul yang lembut pada bahagian kepala serta lapisan dalaman, memberikan aura feminin dan halus.
✨ Broderie Rania SE
Diilhamkan daripada keindahan bunga Poppy, menampilkan sulaman lembut dalam corak bulat dan berliku yang memukau.
Setiap koleksi mengekalkan DNA utama Siti Khadijah — telekung yang menenangkan, selesa dan berkualiti tinggi, sesuai untuk wanita moden yang menitikberatkan kesempurnaan ibadah.





Mini runway turut diadakan, mempersembahkan rangkaian eksklusif seperti Noah Top dan Elira Lines Outerwear, meluaskan lagi pilihan gaya hidup di bawah jenama SK.
Hadiah & tawaran istimewa #FamiliSK
Sebagai tanda penghargaan, 100 pengunjung terawal berpeluang menerima hadiah percuma. SK turut menawarkan diskaun 20% untuk pembelian produk terpilih di luar promosi, merangkumi koleksi lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Butik ke-60, sokongan dari pelbagai rakan strategik

Pembukaan butik ke-60 ini diraikan dengan kehadiran tetamu kehormat serta rakan industri utama seperti CelcomDigi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Ambank Group, dan wakil korporat lain yang menyokong perkembangan jenama SK di pasaran.
Bakal buka cawangan di Menara Merdeka 118
Munzir turut mengumumkan bakal membuka sebuah lagi cawangan di Menara Merdeka 118.
“Insya Allah cawangan baru ini bakal dibuka pada tahun hadapan.
“Cawangan ini merupakan penanda aras jenama ini terus kukuh dan meletakkannya sebaris jenama terkemuka lain” tambahnya.


