Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

    November 18, 2026

    MAMSB Perkasa Transformasi Digital, Pastikan Industri Perkhidmatan Wang Kekal Berdaya Saing

    November 16, 2026

    Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’

    November 16, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1
    • MAMSB Perkasa Transformasi Digital, Pastikan Industri Perkhidmatan Wang Kekal Berdaya Saing
    • Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’
    • Langkah Penuh Gaya: Sepatu Tricia Lew Sempurnakan Busana di Pentas Fashionably Modest Asia 2026
    • Satu Lapisan, Dua Iklim: 5 Cara UNIQLO HEATTECH Mengiringi Percutian Musim Sejuk Hingga ke Gaya Harian di Malaysia
    • Rambut Gugur vs Gaya Hidup: Apa Sebenarnya yang Cuba Disampaikan oleh Tubuh Anda?
    • Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti
    • AI Bakal Jadi Pemacu Kecekapan Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun
    Thursday, November 19
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

      November 18, 2026

      Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti

      November 13, 2026

      KHIND Raikan 65 Kisah Inspirasi Rakyat Malaysia Menerusi Kempen ‘Sebut Namamu’

      November 11, 2026

      Sunway Putra Hotel & Sunway Velocity Hotel Tampil Wajah Baharu: Kelab Lounge Mewah, Sarapan Khas Oriental Kopi Jadi Tarikan Utama

      November 3, 2026

      Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

      November 2, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      The Image Creator Cipta Rekod Asia Menerusi SHIFT by TIC, Platform Pembelajaran Gamifikasi Berkuasa AI

      October 29, 2026

      Revolusi Automasi Dapur: TT360 2026 Uji Keupayaan Teknologi Memasak Robotik Di Malaysia

      October 4, 2026

      Step into Your Reading Era, in Colour with Rakuten Kobo this September

      September 24, 2026

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      Aksi Bintang Bola Sepak Dunia di AllStar Legends 2026: Senarai Pemain dan Trofi Rasmi Kini Didedahkan

      October 2, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Persiapan Raya 2027 Bermula! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya Kembali 66 Jam Tanpa Henti

      November 13, 2026

      Institut Jantung Negara Jenama Semula Stesen MRT Raja Uda–IJN Demi Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan

      October 30, 2026

      Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

      October 30, 2026

      Lee Junho Tawan Hati Peminat di Pop-up CUCKOOTOPIA Pavilion Bukit Jalil Sempena Ulang Tahun ke-12 CUCKOO Malaysia

      October 27, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » TIS2023 Gesa pemimpin Islam perangi pendukung Islamofobia
    News

    TIS2023 Gesa pemimpin Islam perangi pendukung Islamofobia

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaJune 1, 2023No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    KEMUNCULAN Islamofobia atau salah faham terhadap Islam berpunca daripada perpecahan rakyat, kejahilan pemimpin dan kelemahan para ulama kerana terkesan dengan pelbagai ideologi selain kejahilan agama sendiri sehingga menganggap Islam tiada hubungannya dengan cara kehidupan manusia dalam segala aspek.

    Pengerusi Bersama Terengganu International Summit 2023 (TIS 2023), Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, TIS2023 telah menggariskan beberapa resolusi untuk diambil perhatian oleh pemimpin, pertubuhan dan umat Islam supaya tidak terlalu bersikap defensif dalam berhadapan dengan golongan yang fobia, paranoid dan pesimistik dengan Islam.

    Beliau berkata, mereka sebaliknya mestilah bersikap lebih proaktif dan dinamik dalam membetulkan pemikiran dan kefahaman mereka tentang kesyumulan Islam.

    “Ingin juga ditegaskan bahawa pemimpin dan umat Islam mesti berpegang teguh dengan ajaran Islam yang syumul serta sentiasa mempromosikan dan mendahulukan penyelesaian Islam dalam menangani isu dan masalah lokal dan global yang dihadapi.

    “Penyatuan ummah juga menjadi syarat penting kepada keberhasilan agenda menentang Islamofobia yang sedang berleluasa dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa,” katanya pada Terengganu International Summit 2023 (TIS 2023) yang berlangsung hari ini di Taman Tamadun Islam, Terengganu.

    TIS2023 telah menampilkan tokoh-tokoh ilmuan, politik dan pendakwah Islam antaranya Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Malaysia), Dr. Zakir Abdul Karim Naik (India), Syeikh Muhammad al-Hasan al-Diddu al-Shanqiti (Qatar) dan Al-Habib Dr. H. Salim Segaf Al-Jufri (Indonesia) bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan umat Islam.

    Persidangan antarabangsa tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

    Dalam pada itu, Dr Muhammad Khalil berkata, TIS2023 bersetuju agar usaha penyatuan ummah antara pemimpin dan umat Islam diperkukuhkan bermula daripada setiap negara umat Islam sehinggalah mampu menghasilkan kelestarian kesatuan yang lebih utuh di peringkat antarabangsa.

    “Fahaman Islamofobia bukan perkara remeh sebaliknya isu kritikal yang memerlukan kerjasama serta kesedaran semua pihak.

    “Justeru itu, segala resolusi yang telah ditekankan dapat diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan fahaman Islamofobia dapat dibanteras,” katanya.

    Menyedari besarnya cabaran yang dialami oleh umat Islam dari segenap penjuru, Persidangan Antarabangsa Terengganu yang bersidang hari ini turut memutuskan 10 Deklarasi berikut:

    1. Menggesa semua pihak untuk bersama-sama mengangkat konsep kesyumulan Islam sebagai tonggak kesatuan ummah dalam masyarakat berbilang kaum.
    2. Menggesa kepemimpinan negara agar menjadikan kesyumulan Islam dalam usaha penyelesaian isu-isu masyarakat secara keseluruhan.
    3. Menolak usaha menyebar kefahaman Islam yang salah dalam semua bidang termasuklah media, ekonomi, politik dan pendidikan.
    4. Memperkasakan kefahaman ummah terhadap konsep fiqh ta’ayush dan batasannya.
    5. Mempertingkat tahap kewaspadaan ummah terhadap cabaran Islamophobia dalam pelbagai wajah di samping membanteras kefahaman salah dan melampau yang berpotensi mencemar imej Islam sebenar yang syumul dan universal.
    6. Melestarikan dakwah dengan mengutamakan titik persamaan selari dengan uslub yang komprehensif menerusi penguasaan terhadap kemahiran advokasi dakwah di dunia realiti dan maya.
    7. Memperluas pengetahuan dan kefahaman terhadap pegangan dan amalan masyarakat majmuk.
    8. Memberi perhatian penuh terhadap usaha penyatuan ummah yang dibina atas thawib ad deen (tonggak tetap agama) melalui cara berpolitik Islam yang sebenar dalam masyarakatdengan mendahulukan pendekatan muwajahah silmiyyah (secara damai), sekaligus menolak politik “matlamat menghalalkan cara”
    9. Bersetuju untuk mengadakan acara persidangan antarabangsa secara berkala di Terengganu bagi membincangkan isu-isu kesatuan ummah dan perpaduan dalam kalangan pemimpin serta umat Islam di rantau ini.
    10. Menyeru umat Islam beristiqamah, teguh dan tegas di atas prinsip teras Islam yang tidak berubah dan bersifat anjal dalam perkara yang murunah (fleksibel), sekaligus berupaya menangani perbezaan pandangan dan aliran dengan matang serta berlapang dada bagi menghadapi cabaran global dengan kebijaksanaan.

    dr zakir naik islamofobia persidangan terengganu TIS2023
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUlang tahun ke 30, JATI cipta rekod guni beras terberat di Malaysia
    Next Article Anak belia tempatan terima anugerah Prince’s Trust Sustainability Award for Asia 2022
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’

    November 16, 2026

    Thule Expo 2026: Jenama Gergasi Sweden Bawa Inovasi ‘Car Seat’ Generasi Baharu Ke Malaysia

    November 2, 2026

    Blackmores Lancar Multivitamin Baharu Dengan Habbatus Sauda, Dapat Pensijilan Halal Jakim

    October 30, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

    By Team KLHypeNovember 18, 2026

    Bagi pengembara Muslim, kemudahan ruang solat yang bersih dan kelengkapan ibadah yang selesa merupakan elemen…

    MAMSB Perkasa Transformasi Digital, Pastikan Industri Perkhidmatan Wang Kekal Berdaya Saing

    Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’

    Langkah Penuh Gaya: Sepatu Tricia Lew Sempurnakan Busana di Pentas Fashionably Modest Asia 2026

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

    November 18, 202610K

    MAMSB Perkasa Transformasi Digital, Pastikan Industri Perkhidmatan Wang Kekal Berdaya Saing

    November 16, 20263K

    Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’

    November 16, 20262K

    Langkah Penuh Gaya: Sepatu Tricia Lew Sempurnakan Busana di Pentas Fashionably Modest Asia 2026

    November 15, 20265K

    Satu Lapisan, Dua Iklim: 5 Cara UNIQLO HEATTECH Mengiringi Percutian Musim Sejuk Hingga ke Gaya Harian di Malaysia

    November 14, 20263K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Siti Khadijah & Malaysia Airports Perkasa Kemudahan Ibadah di KLIA Terminal 1

    November 18, 2026

    MAMSB Perkasa Transformasi Digital, Pastikan Industri Perkhidmatan Wang Kekal Berdaya Saing

    November 16, 2026

    Dr Kervis Soo Himpunkan Tokoh Perfileman Hong Kong dan Malaysia, Buka Lembaran Baharu ‘Filem + Platform’

    November 16, 2026

    Langkah Penuh Gaya: Sepatu Tricia Lew Sempurnakan Busana di Pentas Fashionably Modest Asia 2026

    November 15, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.