Close Menu
KLHypeKLHype

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from FooBar about art, design and business.

    What's Hot

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026
    Facebook X (Twitter) Instagram WhatsApp
    Trending
    • Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines
    • Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan
    • Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus
    • Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’
    • Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM
    • Dianiaya Rakan Kongsi, Rayme Zainal Tidak Serik Jadi Penganjur Acara 
    • Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 
    • Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026
    Monday, September 14
    KLHypeKLHype
    • Home
    • News
      • Terkini
    • Lifestyle

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

      September 8, 2026

      ED Fest Kembali Lagi di Summit USJ: Lebih 100 Jenama Dan 500 Barangan Tawaran Hebat Menanti Anda!

      September 5, 2026

      cirKLe. makan²: Merdeka Semester 2026 Menyatukan Malaysia Melalui Makanan, Budaya dan Komuniti

      August 29, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026
    • Fashion
    • Leisure & Dine
      1. Kembara
      2. Foodie
      3. Attraction
      4. View All

      Kembara Santai Hujung Minggu: Meneroka Sisi Sempurna Toyota Vios HEV Baharu 

      June 4, 2026

      Toyota Yaris Cross Gegarkan Segmen B-SUV, Tampil Lebih Dinamik Bersama Pilihan Enjin Hibrid Cukup Menjimatkan

      June 1, 2026

      Semarakkan Demam Piala Dunia, Toyo Tires Lancar Kempen ‘Goal Fest 2026’

      May 31, 2026

      Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Untuk Ribuan Pengunjung PBAKL 2026

      May 30, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Venezuela Isytihar Darurat: Gempa Bumi Kuat Ragut 32 Nyawa, Caracas Lumpuh

      June 25, 2026

      Lebih 80 Negara Kutuk Tindakan Israel di Tebing Barat, Gesa Pematuhan ‘Deklarasi New York’

      February 19, 2026

      Israel Hadkan Kemasukan Jemaah Palestin ke Masjid Al-Aqsa Sepanjang Ramadan

      February 19, 2026

      ‘Kontrol Game Anda’, Men’s Biore University Cup 2026 Bina Keyakinan Anak Muda

      July 29, 2026

      Demam Final Piala Dunia 2026: Jom Tengok Bola & ‘Semarak Subuh’ Bersama TPM Ahad Ini di Bangi Square 2

      July 18, 2026

      ikhlas.com Perluas Ekosistem Gaya Hidup Muslim, Lancar Half Marathon Pertama

      July 13, 2026

      Demam Bola Sepak di Sunway Wangsa Mall: SWM GoalFest 2026 Cetus Fenomena Gaya Hidup Sukan Selama 11 Hari

      June 14, 2026

      Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

      September 9, 2026

      888 Tea & Coffee Lancar Kolaborasi Muzikal Bersama Kita Tertarik Sempena Merdeka

      August 26, 2026

      Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort Lancar Bilik Superior Triple Khas Untuk Percutian Kumpulan

      July 27, 2026

      Capati Rusuk Kambing Afghanistan Restoran Ya Salam Cetus Fenomena Buat Pencinta Makanan

      June 4, 2026
    KLHypeKLHype
    Home » TV AlHijrah buka tirai 2024 dengan aneka program Islamik terbaik
    Lifestyle

    TV AlHijrah buka tirai 2024 dengan aneka program Islamik terbaik

    Isz YuslizaBy Isz YuslizaJanuary 17, 2024No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    alhijrah
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

    TV AlHijrah membuka tirai tahun baharu 2024 dengan dengan nafas baharu pengisian program terbaik sepanjang tahun untuk penonton setia stesen ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah melabuhkan tirai tahun 2023 dengan pelbagai kejayaan dan rekod terbaik yang berjaya dicapai.

    “2023 menyaksikan TV AlHijrah kekal menjadi saluran Islamik nombor satu di Malaysia dengan peningkatan sebanyak 45% berbanding pada tahun sebelumnya.

    “TV AlHijrah berada di kedudukan top 5 daripada semua saluran semasa kempen #PalestinKembali diadakan lantas menjadikan prestasi TV AlHijrah pada masa ini adalah paling tinggi sejak penubuhan TV AlHijrah 13 tahun yang lalu.

    “Selain itu, stesen ini melalui data AC Nielsen menjadi pilihan utama penonton sepanjang Ramadan, Syawal, Haji, Awal Muharam dan Maulidur Rasul tahun lalu,” katanya ketika ditemui pada sidang media Program Pembuka Tirai 2024 TV AlHijrah di Tenera Hotel Bangi, semalam.

    Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.

    Jelasnya, sebagai rekod program-program menarik lain yang telah mencatatkan capaian penonton tertinggi 2023 ialah rancangan Assalamualaikum  yang berjaya mencapai 12.5 juta screenview sepanjang tahun.

    Berita AlHijrah pula katanya berjaya mencapai sebanyak 7.3 juta screenview; Quran@114 juga cemerlang dengan pencapaian screenview 7.3 juta setahun dan Pentas Marhaban dengan 3.2 juta screenview.

    Menurut Namanzee, tahun 2024 TV AlHijrah bermula kompetitif apabila stesen ini berada di tangga lima teratas saluran TV di Malaysia pada awal Januari 2024.

    Namanzee turut menambah, bagi tahun 2024, stesen TV AlHijrah masih lagi mengekalkan konsep hiburan berilmu dengan meneroka format baharu rancangan Islamik tanpa menepikan pemerhatian khusus kepada tiga kunci utama penyiaran iaitu patuh syariah, kreatif dan popular.

    Justeru, bermula 20 Januari akan datang program Akademi Qurra’ 2024 bakal ditayangkan, setiap Sabtu, jam 9 malam.

    “Program ini kembali di musim baru setelah kejayaan mendapat 4.4 juta tontonan screenview secara keseluruhan di musim pertama siarannya.

    “Ujibakat hibrid yang berlangsung hampir sebulan Disember lalu, menyaksikan 12 orang qari qariah berbakat, lingkungan usia 18 hingga 35 tahun dipilih sebagai role model yang berpotensimentarbiah serta melahirkan masyarakat penonton yang cintakan al-Quran dan seni persembahannya.

    “Dua mudarrisah baru diperkenalkan iaitu Mudarrisah Suhailah Zulkifly serta Mudarrisah Nadia Hashim. Manakala, Mudarris Amar Mukhlis masih dikekalkan,” ujarnya.

    TV AlHijrah turut membariskan rancangan terbaik lain tahun ini antaranya Riwayat Akhir Zaman, Quran@114 dan Carta 114. Kesemua program ini membaja ilmu, iman serta ketakwaan kepada Sang Pencipta.

    Tidak dilupakan, bagi penggemar rancangan 30 Minit Bersama, tahun ini TV AlHijrah bawakan pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Datuk Shamsuri Ahmad untuk memandu perbahasan Kitab Bahrul Mazi, yang merupakan huraian Syeikh Idris al-Marbawi terhadap hadis Rasulullah SAW yang dipilih daripada kitab Sunan al-Tirmidzi. Program ini akan bersiaran setiap hari Selasa jam 8:30 malam.

    Namanzee turut berkongsi, selain boleh dinikmati di platform televisyen dan aplikasi AlHIjrah Plus, rancangan terbaik stesen ini turut boleh dinikmati pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

    “Alhamdulilah, kini rancangan-rancangan terbaik TV AlHijrah turut boleh dinikmati para penumpang yang menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk perjalanan utara ke selatan tanah air dan sebaliknya.

    “Bukan itu sahaja, untuk pastikan penumpang perkhidmatan ETS menikmati pengalaman dunia penyiaran di dalam perjalanan mereka, ETS Istimewa ini kita datangkan dengan look & feel program-program kita dari segi hiasan dalaman mahupun luaran.

    “Saya cadangkan, ambil masa, berkelanalah bersama yang tersayang menaiki ETS TV AlHijrah. Semakin banyak tempat dijejak, semakin banyak yang dipelajari serta semakin banyak pengalaman dilalui,” katanya.

    Sebagai tambahan, aplikasi AlHijrah Plus yang memiliki lebih 8 ribu kandungan tersedia dan secara langsung juga telah dimuat turun oleh 100 ribu pemuat turun dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Kesemua negara ini juga merupakan antara negara yang tertinggi menonton AlHijrah Plus Live TV.

    akademi Qurra' tirai 2024 TV alhijrah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleYC Bersatu perkenal bioteknologi penapaian, hasilkan kicap dan sos lebih sihat
    Next Article Captain Miller, filem India sarat aksi zaman pemerintahan British
    Isz Yusliza
    • Website

    Related Posts

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta 2026 Lonjak Industri Pelancongan, Perkasa Usahawan Tempatan 

    September 9, 2026

    Jadi Batek & Bokitta Lancar The Art Series: Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

    September 8, 2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    Demo
    Top Posts

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    March 5, 202545K

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 202645K

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 202542K

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 202542K

    Don't Miss

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    By Team KLHypeSeptember 12, 2026

    Bagi mengukuhkan lagi kehadiran Taiwan dalam pasaran pelancongan keluar (outbound) di Malaysia, Pentadbiran Pelancongan, Kementerian…

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    Stay In Touch
    • Facebook
    • Instagram
    • YouTube
    • TikTok
    • WhatsApp

    Subscribe to Updates

    Get the latest creative news from KLHype about news & lifestyle.

    Demo
    Latest Posts

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 20266K

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 20265K

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 20265K

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    September 10, 20265K

    Pengiktirafan MICPA Perkukuh Nilai Graduan Diploma Perakaunan KPTM

    September 10, 20265K
    POPULAR POST

    Steve Madden lancar kolaborasi eksklusif Raya bersama Ameera Zaini

    By Team KLHypeMarch 5, 2025

    Musim Raya kali ini, jenama fesyen global ternama, Steve Madden, memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama jenama…

    Philips Cipta Rekod MBOR, Berjaya Gosok 49 Helai Kemeja Sekolah dalam Masa 60 Minit

    August 14, 2026

    Proton X70 Facelift 2025: padu, kemas, dan semakin matang!

    May 1, 2025

    PROTON X50 Serba Baharu Dilancarkan dengan Pengecaman Suara Bahasa Malaysia

    August 14, 2025

    Koleksi ikonik Anuar Faizal & Royal Sembilan menyinar di CIMB Merah Meriah Raya 2025

    February 28, 2025

    Dari flat usang ke residensi moden: JL99 Group buktikan kejayaan pembaharuan bandar

    May 1, 2025
    About Us
    About Us

    Your source for the lifestyle news. KL Hype adalah sebuah media digital memaparkan sorotan berita terkini dwi bahasa dalam dan luar negara, kisah inspirasi, gaya hidup, travel, bisnes dan isu semasa.
    Reviews, events or any inquiries, kindly email us at
    Email Us: editor@klhype.com
    Contact: +6016-2434700

    Our Picks

    Pameran MATTA 2026: Taiwan Perkenal Kempen Taiwan-100 Ways, Kukuh Kerjasama Dengan Malaysia Airlines

    September 12, 2026

    Misi Hayat Syam: Global Hayat & Sukarelawan UK Bantu Lebih 5,100 Pelarian Syria, Lubnan

    September 11, 2026

    Sarat Misteri & Pengajaran, TV AlHijrah Pertaruh 4 Drama Premium Menerusi Aplikasi AlHijrah Plus

    September 11, 2026

    Setahun UTV: Zul Ariffin & Siti Khadijah Disatukan Buat Julung Kali Menerusi ‘Takdirnya Cinta’

    September 10, 2026
    Copyright © KL Hype 2024.
    • Home
    • Hubungi Kami
    • Privacy
    • Iklan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.