HARI bahagia bukan sekadar majlis resepsi, tetapi ia adalah naratif cinta, nilai dan aspirasi peribadi setiap pasangan. Memahami evolusi perkahwinan moden yang kini lebih mementingkan pengalaman unik, Marriott Bonvoy kembali dengan acara tahunan yang paling dinantikan, Marriott Bonvoy Wedding Showcase 2026 – The Journey Series.
Acara yang kini memasuki tahun ketiga penganjurannya bakal berlangsung pada 25 dan 26 April 2026, bertempat di Grand Ballroom, Aras 1, Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre. Bermula jam 10 pagi hingga 8 malam, pameran imersif ini menghimpunkan segala inspirasi bermula daripada lokasi impian, trend terkini hinggalah kepada khidmat pakar perancang perkahwinan.


Naib Presiden Pasaran Malaysia, Marriott International, George Varughese berkata, matlamat utama pameran ini adalah untuk memperkasakan pasangan dalam melakar hari bersejarah yang benar-benar mencerminkan identiti mereka.
Menerusi pameran ini, kami ingin mencipta pengalaman yang melampaui sekadar perancangan biasa dengan menghubungkan mereka bersama pakar industri terbaik.
George Varughese
“Perkahwinan hari ini bukan lagi sekadar acara biasa, ia adalah ekspresi mendalam tentang kisah hidup pasangan tersebut.
Perjalanan Cinta Dalam Tiga Zon
Berbeza dengan pameran perkahwinan tradisional, The Journey Series membawa pengunjung menerokai tiga zon kurasi khas iaitu “Say I Do” yang memfokuskan kepada resepsi mewah di dewan utama, “Just Us Two” untuk inspirasi bulan madu romantis, serta “Ties That Bind” yang menonjolkan keindahan majlis intim bertemakan kekayaan budaya.


Pasangan mempunyai pilihan luas dengan lebih 23 lokasi perkahwinan di bawah portfolio Marriott Bonvoy, merangkumi dewan tarian yang gah, resort tepi pantai yang tenang, hinggalah kepada ruang taman dan urban yang sofistikated.
Sentuhan Magis Pakar Tempatan
Kehebatan lokasi Marriott Bonvoy diserikan lagi dengan kehadiran barisan pakar perkahwinan terkemuka tanah air. Antara yang mencuri tumpuan ialah koleksi busana pengantin eksklusif daripada Fiziwoo, HeetamPuteh, The Gown Atelier, serta 23 Wedding Luxe by WeiLi Couture.

Bagi melengkapkan penampilan ratu sehari, barang kemas daripada Amee Philips serta sentuhan magis jurusolek tersohor seperti Bosco Ryzal, Gabriel Padan, dan Khir Khalid sedia membantu.

Dari segi dekorasi, jenama seperti Flair Design, Impian Design, dan Ayu Deco bakal mempamerkan konsep bunga-bungaan yang mempesonakan, manakala momen indah anda bakal diabadikan oleh pakar lensa Bangsawan Pictures serta Hue and Heart.
Ganjaran Mewah ‘Wedding On Us’
Bukan sekadar mencuci mata, pasangan yang mengesahkan tempahan perkahwinan sepanjang pameran ini berpeluang menikmati ganjaran luar biasa yang sukar dilepaskan. Antaranya ialah kempen “Wedding On Us” di mana pasangan berpeluang memenangi semula kos pakej perkahwinan mereka sehingga nilai RM150,000.
Selain itu, tawaran “Honeymoon On Us” turut menanti dengan pakej bulan madu mewah ke Thailand yang merangkumi penginapan di vila tepi pantai Phulay Bay, A Ritz-Carlton Reserve, lengkap dengan tiket penerbangan kelas perniagaan.
Tidak ketinggalan, pakej ke Bali yang menawarkan penginapan di Strand Villa, The St. Regis Bali turut menjadi rebutan bagi pasangan yang mendambakan percutian romantis selepas bergelar suami isteri.
Bagi pasangan yang sedang merancang untuk melangkah ke jinjang pelamin, pameran ini adalah destinasi wajib kunjung untuk memulakan perjalanan cinta anda dengan penuh gaya dan ganjaran.
Pendaftaran awal kini dibuka bagi membolehkan pasangan mengamankan slot masing-masing, sekali gus menikmati akses awal ke ruang pameran eksklusif, bertemu rakan kerjasama terpilih dan merebut pelbagai keistimewaan khas pada hari acara berlangsung.
Untuk senarai penuh hotel dan lokasi perkahwinan Marriott Bonvoy yang mengambil bahagian, sila layari laman web rasmi Marriott Bonvoy.


